[ENGLISH VERSION BELOW] Pesuruhjaya kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung insiden tikaman yang melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor.
Kami merakamkan simpati kepada kanak-kanak yang cedera dan mendoakan agar beliau segera sembuh sepenuhnya. Kami mengakui kesan emosi yang dialami oleh keluarga, warga sekolah serta semua kanak-kanak yang terjejas akibat insiden yang amat menyedihkan ini.
Pesuruhjaya kanak-kanak menegaskan bahawa mangsa dan individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut adalah kanak-kanak.
Sehubungan itu, mereka berhak mendapat perlindungan serta jaminan yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak PBB yang telah disertai Malaysia sejak tahun 1995.
Memandangkan kes ini masih dalam siasatan polis, adalah amat penting agar hak, maruah dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak yang terlibat dihormati sepenuhnya sepanjang proses perundangan.
Pesuruhjaya kanak-kanak amat bimbang dengan penyebaran meluas gambar, video, maklumat peribadi serta dakwaan yang belum disahkan berkaitan kanak-kanak yang terlibat melalui media sosial dan platform pemesejan.
Tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kesan psikologi yang berpanjangan, mendedahkan kanak-kanak kepada stigma masyarakat, mengganggu siasatan yang sedang dijalankan serta menjejaskan proses pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat pada masa hadapan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Orang ramai, organisasi media serta semua pengguna platform dalam talian diingatkan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan atau penyebaran apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding atau perkara yang dilindungi di bawah akta tersebut.
Larangan ini merangkumi nama, gambar, video, maklumat sekolah, maklumat keluarga, alamat atau apa-apa butiran lain yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak berkenaan.
Mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pesuruhjaya kanak-kanak turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini, termasuk keadaan kesihatan, ketidakupayaan, kesihatan mental atau motif yang didakwa melibatkan kanak-kanak berkenaan.
Spekulasi sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, berisiko menjejaskan siasatan yang sedang berjalan, serta boleh meningkatkan stereotaip dan diskriminasi yang memudaratkan.
Laporan media baru-baru ini menunjukkan bahawa peguam yang mewakili suspek menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut merupakan seorang autistik.
Sekiranya maklumat ini disahkan, pesuruhjaya kanak-kanak menegaskan bahawa ketidakupayaan sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk stigma, memburukkan atau menghasut kebencian terhadap mana-mana kanak-kanak.
Setiap kanak-kanak, termasuk kanak-kanak kurang upaya, berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang, penghormatan terhadap maruah, layanan tanpa diskriminasi serta akses kepada perkhidmatan sokongan yang bersesuaian.
Insiden ini juga wajar dijadikan peringatan mengenai kepentingan untuk memperkukuh:
- Langkah-langkah pencegahan keganasan di sekolah melalui pengenalpastian awal faktor risiko
- Penyediaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial yang mudah diakses
- Mekanisme perlindungan kanak-kanak yang berkesan
- Kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan
- Intervensi yang tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang terdedah kepada risiko sebelum sesuatu krisis berlaku.
Pesuruhjaya kanak-kanak akan terus memantau perkembangan kes ini dengan teliti serta berinteraksi dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan semua kanak-kanak yang terlibat dilindungi selaras dengan Akta Kanak-Kanak, Akta Anti-Buli 2026, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, serta undang- undang lain yang berkaitan.
Pesuruhjaya kanak-kanak menyeru setiap anggota masyarakat supaya bertindak secara bertanggungjawab dengan tidak berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang boleh mengenal pasti atau mengeksploitasi kanak-kanak.
Melindungi kanak-kanak bukan sekadar memastikan keselamatan fizikal mereka, tetapi juga memerlukan perlindungan terhadap privasi, maruah dan masa depan mereka. – Suhakam
English version
School stabbing incident: Protect children’s privacy
The Children’s commissioners of the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) express their deep concern over the recent stabbing incident involving students at a secondary school in Banting, Selangor.
We extend our heartfelt sympathies to the child who was injured and wish her a full and speedy recovery. We also acknowledge the emotional distress experienced by the families, school community, and all children affected by this tragic incident.
The children’s commissioners emphasise that both the victim and the alleged perpetrator are children and are therefore entitled to the protection and safeguards afforded under Malaysian law and the UN Convention on the Rights of the Child, which Malaysia is a party to since 1995.
While the incident is currently under police investigation, it is imperative that the rights, dignity and best interests of every child involved are fully respected throughout the legal process.
The children’s commissioners are particularly alarmed by the widespread circulation of photographs, videos, personal information, and unverified claims relating to the children involved on social media and messaging platforms.
Such actions can cause lasting psychological harm, expose children to public stigma, interfere with investigations, and compromise their rehabilitation and future reintegration into society.
The public, media organisations and all online users are reminded that Section 15 of the Child Act 2001 prohibits the publication or dissemination of any information that may lead to the identification of a child involved in proceedings or matters protected under the act.
This prohibition extends to names, photographs, videos, school details, family information, addresses or any other particulars capable of revealing the identity of the child.
Any person who contravenes subsection this provision commits an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding RM10,000 or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
The children’s commissioners further urge the public to refrain from speculation regarding the circumstances of the case, including the child’s medical condition, disability, mental health or alleged motive.
Such speculation is irresponsible, risks prejudicing ongoing investigations, and may perpetuate harmful stereotypes and discrimination.
Recent media reports indicate that the suspect’s legal counsel has stated that the child is autistic.
Should this information be confirmed, the children’s commissioners stress that disability must never be used to stigmatise, vilify or incite hatred against any child.
Every child, including children with disabilities, has the right to equal protection before the law, dignity, non-discrimination and access to appropriate support services.
This incident should also serve as a reminder of the importance of strengthening:
- Violence prevention measures in schools through early identification of risk factors, accessible mental health and psychosocial support
- Effective child protection mechanisms
- Collaboration between schools, parents and relevant agencies
- Timely interventions that address the needs of vulnerable children before crises occur
The children’s commissioners will continue to monitor developments closely and engage with the relevant authorities to ensure that the rights and welfare of all children involved are safeguarded in accordance with the Child Act, the Anti-Bullying Act 2026, the Convention on the Rights of the Child, and other applicable laws.
The children’s commissioners call upon every member of the public to act responsibly by refraining from sharing or forwarding any content that identifies or exploits children.
Protecting children extends beyond ensuring their physical safety. It also requires safeguarding their privacy, dignity and future. – Suhakam
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


