Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) melahirkan rasa kesal atas kegagalan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.
Rang undang-undang ini merupakan sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang penting dalam memperkukuh sistem demokrasi di Malaysia.
Had dua penggal bukan ditujukan kepada mana-mana individu, tetapi sebagai langkah struktur untuk memastikan keseimbangan kuasa, mencegah pemusatan kuasa yang berpanjangan serta memupuk budaya peralihan kepimpinan yang sihat dan bertanggungjawab.
Ikram memandang serius hakikat bahawa hampir satu pertiga ahli Parlimen tidak menyokong atau tidak hadir dalam sesi undian yang amat penting ini. Sebarang ketidakhadiran tanpa uzur syarii atau alasan munasabah adalah suatu pengabaian amanah rakyat.
Firman Allah SWT:
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا ٱلْأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.” (Surah an-Nisa’: 58)
Sebagai wakil rakyat, ahli Parlimen memikul amanah besar untuk membuat dasar yang memberi kesan jangka panjang kepada negara dan kepemimpinannya.
Dalam kerangka negara rahmah, pemimpin yang kompeten, berintegriti dan berakauntabiliti adalah asas penting.
Rang undang-undang ini bertujuan memastikan sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri pada masa hadapan tertakluk kepada had dua penggal demi menjamin tadbir urus yang lebih telus dan seimbang.
Ikram berharap peristiwa ini menjadi pengajaran kepada semua pihak, khususnya ahli Parlimen, agar lebih tegas dan konsisten dalam menyokong reformasi yang memperkukuh integriti institusi negara.
Reformasi bukan sekadar slogan, tetapi menuntut komitmen, keberanian dan kesetiaan kepada amanah rakyat. – Ikram
Badlishah Sham Baharin adalah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

