
[ENGLISH VERSION BELOW] Perhimpunan Agung PBB telah mengisytiharkan 21 Mac sebagai Hari Hutan Antarabangsa pada 2012.
Hari ini memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan semua jenis hutan. Pada hari ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menekankan kepentingan hutan Malaysia sebagai khazanah hidup kita.
Tema tahun ini untuk Hari Hutan Antarabangsa ialah “hutan dan makanan”, yang menekankan kepentingan hutan dalam keterjaminan makanan, pemakanan dan mata pencarian.
Hutan bukan sahaja membekalkan makanan, bahan api, pendapatan dan pekerjaan. Tetapi ia juga memelihara kesuburan tanah, melindungi bekalan air dan berfungsi sebagai habitat untuk pelbagai tumbuhan dan haiwan.
Komuniti yang bergantung kepada hutan, terutamanya orang Asli dan orang Asal, bergantung secara signifikan kepada hutan untuk melangsungkan kehidupan.
Hutan hujan Malaysia mengandungi pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan haiwan, termasuk kira-kira 200 spesies mamalia (seperti harimau Malaya yang jarang ditemui, gajah Asia, badak sumbu Sumatera, tapir Malaya, seladang, dan harimau dahan), lebih 600 spesies burung dan 15,000 tumbuhan. Tiga puluh lima peratus daripada spesies tumbuhan ini tidak ditemui di tempat lain di planet ini.
Hutan memainkan peranan penting dalam mitigasi perubahan iklim kerana ia menyimpan dan menyerap sejumlah besar karbon daripada atmosfera. Hutan juga melindungi sumber air kita serta menyokong kehidupan masyarakat yang bergantung kepada hutan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Walaupun kerajaan Malaysia berjanji pada Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992 untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada tanahnya kekal di bawah litupan hutan secara kekal, jumlah keluasan hutan Malaysia terus berada dalam keadaan berubah-ubah: daripada 7.9 juta hektar pada 1966 (sebelum Dasar Perhutanan Negara 1978 diterima pakai) kepada 6.5 juta hektar pada 1984 (tahun Akta Perhutanan Negara digubal oleh Parlimen), kemudian meningkat kepada 20.1 juta hektar pada 1988, dan turun naik dalam hektar antara 1989 dan 2010.
Sebagai rekod, jumlah kawasan hutan bagi 2011 sekali lagi berkurang kepada kira-kira 18.5 juta hektar. Akibatnya, Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai negara dengan litupan hutan yang tinggi dengan kadar penebangan hutan yang tinggi (high forest cover with high rates of deforestation).
Proses menggantikan hutan simpan yang dinyahwartakan seperti yang dikehendaki oleh Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan/atau mewujudkan hutan simpan baharu untuk meningkatkan angka melebihi tahun 2010 adalah agak perlahan.
Antara 2001 dan 2021, Malaysia mengalami penebangan hutan yang pesat, kehilangan 17% daripada litupan hutan hujannya. Menurut Nusantara Atlas TreeMap, litupan hutan sudah kurang daripada 47%. Penebangan hutan paling banyak berlaku di Sarawak.
Hutan hujan Malaysia menghadapi beberapa ancaman, yang utamanya ialah pembersihan tanah hutan, dan pengembangan penempatan manusia telah membahayakan hutan.
Pembalakan dan pembangunan ladang dalam hutan di mana penebangan pokok adalah kaedah cuci mangkuk jelas memusnahkan habitat hutan.
Membina jalan untuk pembalakan telah mengakibatkan pemburuan haram hidupan liar yang terancam.
Perlombongan juga berlaku, dengan kawasan hutan dibersihkan untuk lombong dan pembinaan jalan. Malah aktiviti perlombongan telah mencemarkan tanah dan sungai di beberapa kawasan.
Pembukaan tanah untuk ladang komersial seperti ladang kelapa sawit dan pertanian bagi pengeluaran tanaman makanan telah menjejaskan kelangsungan hidup spesies hidupan liar.
Penebangan hutan membawa ancaman yang teruk kepada ekosistem hutan. Kemusnahan hutan akan membawa akibat yang serius, termasuk kehilangan biodiversiti dan kebimbangan kepupusan, peningkatan kesan perubahan iklim, hakisan dan kemerosotan tanah, dan potensi konflik manusia-hidupan liar.
Hutan adalah salah satu ekosistem yang paling penting di dunia, dan selaras dengan Hari Hutan Antarabangsa, CAP menggesa semua pihak untuk menambah baik amalan perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan hutan, dengan tumpuan untuk memulihkan kawasan yang mengalami kemerosotan dan mewujudkan koridor hutan kritikal bagi hidupan liar untuk bergerak dengan selamat ke seluruh habitatnya.
Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk memulihara hutan untuk generasi akan datang. – CAP
English version
Our forests, our living treasure
The UN General Assembly proclaimed 21 March the International Day of Forests in 2012.
This day commemorates and raises awareness of the importance of all types of forests. In recognition of this day, the Consumers’ Association of Penang (CAP) emphasises the importance of Malaysian forests as living treasures.
This year’s theme for the International Day of Forests is “forests and foods”, which emphasises the importance of forests in food security, nutrition and livelihoods.
Forests not only supply food, fuel, income and work. They also preserve soil fertility, safeguard water supplies and serve as habitat for a variety of plants and animals. Forest-dependent communities, especially Indigenous peoples, rely significantly on the forest to survive.
Malaysian rainforests contain a diverse range of plant and animal life, including roughly 200 mammal species (such as the rare Malayan tiger, Asian elephant, Sumatran rhinoceros, Malayan tapir, gaur and clouded leopard), over 600 bird species and 15,000 plants. Thirty-five per cent of these plant species are found nowhere else on the planet.
Forests play an important role in climate change mitigation because they store and absorb massive amounts of carbon from the atmosphere.
Forests also safeguard our water resources and support the livelihoods of forest-dependent communities.
Despite the Malaysian government’s pledge at the Rio Earth Summit in 1992 to ensure that at least 50% of its land remains permanently under forest cover, Malaysia’s forests continue to be in a state of flux: from 7.9 million ha in 1966 (prior to the year when the National Forestry Policy 1978 was adopted) to 6.5 million ha in 1984 (the year when the National Forestry Act was enacted by Parliament), then increased immediately to 20.1 million ha in 1988, and fluctuated in hectarage between 1989 and 2010.
As a matter of record, the total forested area for 2011 was once again reduced to about 18.5 million ha. As a result, Malaysia can be classified as a country with “high forest cover with high rates of deforestation”.
The process of replacing degazetted forest reserves as required by the National Forestry Act 1984 (Amendment 1993) and/or creating new forest reserves to increase the figure beyond that of 2010 is rather slow.
Between 2001 and 2021, Malaysia experienced severe deforestation, losing 17% of its rainforest cover. According to TreeMap’s Nusantara Atlas, the forest cover was already less than 47%. The most deforestation happened in Sarawak.
Malaysia’s rainforests face several threats, the major one being clearance of forest land. The expansion of human settlements has further imperilled the forests.
The logging and development of plantations, in which the clear felling of trees occur, destroys forest habitats.
The opening of roads for the logging industry has resulted in poaching and illegal hunting of endangered wildlife.
Mining is also common, with forest areas being cleared for the mines and road construction. Mining activities have polluted the land and rivers in some areas.
The opening up of land for commercial plantations such as oil palm plantations and food crop production has been detrimental to the survival of wildlife species.
Deforestation poses a severe threat to the fragile tropical rainforest ecosystem. The destruction of the forest will have serious consequences, including biodiversity loss and extinction concerns, increasing climate change, soil erosion and degradation, and potential human-wildlife conflict.
Forests are one of the world’s most important ecosystems, and in line with the International Day of Forests, CAP calls on all entities to improve forest protection, conservation and management practices, with a focus on restoring degraded areas and establishing critical forest corridors for wildlife to safely travel throughout their habitats.
It is everyone’s responsibility to conserve forests for future generations. – CAP
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme