Ikram memandang serius dan mengambil berat perkembangan mutakhir berhubung sentimen perkauman dan agama yang berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya yang disebar melalui media sosial.
Isu-isu perkauman dan agama telah dijadikan modal dalam kempen pilihan raya umum 2022 dan setelah berakhirnya pilihan raya. Sekiranya isu-isu perkauman dan agama tidak dibanteras, ia boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sehubungan itu, Ikram menggesa semua pihak agar menghentikan sebarang cubaan untuk memainkan isu-isu perkauman dan agama.
Semua pemimpin sama ada pemimpin politik atau pemimpin masyarakat, hendaklah berperanan untuk memastikan pengikut masing-masing khususnya dan masyarakat secara amnya, menjaga keharmonian dan perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Sebarang cubaan untuk menggugat keharmonian negara hendaklah dibanteras berlandaskan peruntukan undang-undang negara.
Ikram mengambil maklum bahawa cuaca politik negara masih panas memandangkan tiada gabungan politik yang mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat, berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang baru diumumkan.
Walau bagaimanapun, Ikram menyeru semua rakyat bertenang sementara proses kerajaan baru dibentuk berlandaskan lunas-lunas perlembagaan negara.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Ikram amat mengambil berat sensitiviti umat Islam di Malaysia dan pada masa yang sama menghormati hak dan pandangan semua kaum di negara ini.
Negara kita dibina sebagai sebuah negara majmuk supaya rakyat hidup dengan aman damai dan makmur. Perpaduan yang utuh di antara masyarakat pelbagai kaum merupakan prasyarat untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, maju dan progresif.
Perpaduan yang utuh amatlah kritikal dalam masa sekarang, ketika negara menghadapi pelbagai cabaran dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Ikram menyeru agar semua pihak untuk berganding bahu mempertautkan dan mengukuhkan semula hubungan di antara sesama anggota masyarakat, setelah negara melalui satu pilihan raya umum yang telah menimbulkan rasa tidak senang di antara satu sama lain.
Sebagai rakan strategik dalam pembinaan negara, Ikram akan sentiasa memberikan komitmen yang terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan nasional di negara ini dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung aspirasi yang sama. – Ikram
Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme