Hentikan pengasingan gender ketika menonton wayang di Pahang

0
30 views

Gabungan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) memandang serius akan cadangan yang diberi oleh pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabbar, untuk mengasingkan lelaki dan perempuan di panggung wayang di Pahang.

Semenjak Pas mengambil alih pemerintahan Kelantan pada tahun 1990-an, mereka memperkenalkan beberapa dasar baru ketika itu. Antaranya adalah, pengasingan gender di kaunter bayaran pasaraya, penutupan panggung wayang dan pengharaman persembahan kebudayaan tradisional seperti wayang kulit dan tarian Mak Yong. Baru-baru ini pula, pada Julai 2020, mereka telah memperkenalkan dasar ini di panggung wayang di negeri Terengganu. Kini, Rosli pula menyarankan dasar ini diperkenalkan di negeri Pahang.

Rakyat Malaysia terpaksa akur kepada peraturan-peraturan yang diperkenalkan semasa perintah kawalan pergerakan selama tiga bulan untuk mengekang penularan wabak pandemik Covid-19. Peluang yang diambil oleh Pas untuk melaksanakan peraturan-peraturan pengasingan gender dalam keadaan ini adalah amat mencurigakan kerana ianya berlaku tanpa perbincangan dan perbahasan awam dan seterusnya, tiada peluang bantahan daripada rakyat.

Peraturan-peraturan pengasingan gender mempunyai kesan yang membesarkan lagi jurang pemisahan keluarga dan masyarakat daripada berhibur dan meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti terpilih, dalam keadaan di mana sudah adanya perintah kawalan pergerakan dan pengasingan tempat duduk di ruang-ruang hiburan dan tempat awam untuk membendung wabak Covid-19 daripada menular.

Di dalam kenyataan Rosli, beliau berkata “pihak berkuasa patut menyekat perkara yang mendorong pergaulan bebas”.

Kenyataan ini tidak berasas kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan masalah sosial dapat dibendung dengan pengasingan gender di tempat-tempat awam. Di samping itu, persoalan dan pemikiran tentang erti pergaulan bebas dalam ruang awam pada zaman sekarang mestilah diperhalusi dan tidak menjadi alasan umum yang menyekat masyarakat untuk melakukan aktiviti dan acara bersama dengan cara yang sihat dan terhormat.

Pengasingan gender di ruang awam tidak mendorong kepada kemahiran pergaulan sosial yang sihat dan kukuh, tidak memupuk rasa hormat dan tanggungjawab kepada kepelbagaian gender dan ianya mengekalkan cara pemikiran seksis yang menganggap perempuan sebagai objek seks dan punca kejahatan dan fitnah. Ini menguatkan lagi persepsi dan perlakuan yang prejudis terhadap perempuan bahawa mereka boleh diperlakukan dengan tidak baik semata-mata mereka berada di ruang awam ataupun peribadi dalam apa jua keadaan.

Oleh itu, JAG menasihatkan agar Pas dan parti-parti politik yang lain supaya berkembang dalam pemikiran mereka tentang pergaulan dalam masyarakat dan menjadi lebih matang dalam hal ini kerana hanya mengenakan peraturan pengasingan gender dalam ruang awam bukanlah penentu pengakhiran gejala sosial dan keganasan terhadap perempuan. Apa yang perlu adalah pesanan yang memupuk masyarakat supaya sentiasa berlaku sivil, sopan dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain tidak kira gender dan di mana mereka berada, dalam ruang awam ataupun peribadi.

Disokong oleh organisasi anggota Gabungan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) seperti berikut:

  • Justice for Sisters (JFS)
  • Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (Kryss Network)
  • Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  • Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  • Perak Women for Women Society (PWW)
  • Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Tenaganita
  • Women’s Centre for Change (WCC)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments