Hentikan keganasan, diskriminasi ke atas ahli politik wanita (Malay/English)

0
77 views
Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

[ENGLISH VERSION BELOW] Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kecewa dan berdukacita dengan serangan ke atas Nurul Izzah Anwar di media sosial baru-baru ini.

Tanpa mengira mana-mana parti politik sekalipun, setiap wakil rakyat kerajaan harus mengecam sebarang taktik kotor seperti seksualisasi, mengobjektifikasi dan gangguan terhadap ahli politik wanita sebagai cara untuk menyerang pendapat yang berbeza atau untuk mendapatkan sokongan politik.

Berikutan daripada serangan yang telah dilakukan, JAG juga menyeru agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan yang lebih proaktif bagi mengelakkan dan menangani keganasan berasaskan gender atas talian, termasuklah kepada ahli politik wanita.

Keganasan berasaskan gender atas talian, seperti serangan di media sosial yang ditujukan kepada Nurul, memberi impak secara langsung terhadap kebolehan wanita untuk melibatkan diri dalam semua bidang kehidupan, daripada bidang profesional, kepada pendidikan, hinggalah sosial.

Apabila serangan ditujukan kepada ahli politik wanita, keganasan berasaskan gender atas talian juga memberi kesan terhadap kebolehan wanita untuk melibatkan diri di ruang awam mahupun politik, lantas akan merencatkan kemajuan Malaysia dalam mencapai kesaksamaan gender secara umumnya.

Serangan ke atas Nurul Izzah bukan hanya mengancam penglibatan politik wanita, malah ianya turut mengancam demokrasi

Serangan di Facebook Nurul baru-baru ini amat bersifat keji dan peribadi. Bukan sahaja ianya mengandungi kandungan yang menjadikan Nurul sebagai objek seks, malah ianya juga bersifat menghasut dan merupakan ancaman keganasan ke atas beliau dengan mendedahkan maklumat peribadinya.

Serangan ke atas ahli politik wanita yang mengobjektifikasi dan berunsur seksual berpunca daripada struktur dan tabiat patriarki yang menjadi barah dalam kemasyarakatan.

Serangan tersebut melambangkan kurangnya keinginan politik yang serius dalam memastikan kemajuan negara ke arah institusi dan struktur kesaksamaan gender, yang akhirnya akan mengagihkan kuasa yang secara tradisionalnya hanya terletak pada tangan lelaki.

Serangan seperti keganasan fizikal, ancaman/gangguan seksual atau komen sensitif mengenai cara pemakaian seorang wanita amat berbahaya dan selalunya dirancang, dengan niat untuk mengekalkan kuasa dan tidak menggalakkan wanita untuk terus terlibat di ruang awam, berkongsi mengenai realiti kehidupan mereka, dan memberi pengaruh ke atas setiap keputusan yang akan menentukan hala tuju negara sama ada di peringkat kampung, bandar, negeri atau di peringkat persekutuan.

Serangan-serangan yang ditujukan kepada Nurul dan ahli politik wanita yang lain secara umumnya akan menghalang wanita daripada menyertai atau terus kekal di ruang awam dan juga dunia politik.

Ia juga boleh mengancam demokrasi. Seperti yang telah dilaporkan oleh Dubravka Simonovic, Pelapor Khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai keganasan ke atas wanita, “Penularan sistemik keganasan berasaskan gender ke atas wanita berpunca daripada diskriminasi yang berterusan ke atas wanita seterusnya membentuk laluan hidup ahli-ahli politik wanita, aktivis, dan pengundi di serata dunia. Impaknya bukan sahaja ke atas mangsa, malah kepada demokrasi juga.”

Keganasan dan diskriminasi berasaskan gender – baik terhadap ahli politik wanita dan wanita yang mempraktikkan hak mereka di ruang awam dan juga politik – adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi iaitu kebebasan bersuara, partisipasi dan pilihan kerana ini akan menyekat kebebasan wanita yang mana wanita merupakan separuh dari populasi rakyat.

Persekitaran politik di Malaysia berterusan menjadi berbahaya kepada wanita

Malangnya, serangan ke atas ahli politik wanita dan juga kaum wanita yang kritikal terhadap isu-isu politik di Malaysia bukanlah satu perkara baru.

READ MORE:  Women's group reacts to Budget 2021

Bermula dengan stereotaip ke atas calon politik wanita, komen seksis di Parlimen ke atas wakil rakyat wanita hinggalah ancaman yang dilakukan melalui Facebook dan juga platform lain ke atas wanita yang mempunyai pendapat kritikal mengenai politik, persekitaran politik di Malaysia sentiasa dan berterusan menjadi persekitaran yang berbahaya buat wanita.

Kedua-dua sebab utama iaitu persekitaran yang berbahaya kepada wanita serta diskriminasi sistemik yang lebih menyedihkan ini menghalang wanita daripada melibatkan diri dalam dunia politik.

Diskriminasi kejam ini dapat dilihat dalam bentuk yang pelbagai seperti bagaimana wanita digambarkan melalui media dan juga peranan gender yang diletakkan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan sejak usia muda sama ada di sekolah ataupun di rumah.

Keadaan ini membentuk persepsi wanita mengenai wanita yang berkebolehan menjadi pemimpin, kepada corak pengundian, dan ianya jelas tergambar: semakin kurang penglibatan wanita secara di ruang awam, semakin berbahaya persekitaran kepada mereka, dan semakin kurang wanita dan kanak-kanak perempuan yang akan melihat partisipasi politik sebagai ruang untuk mengubah sistem.

Malaysia telah gagal untuk menyahut saranan jawatankuasa Cedaw untuk menangani keganasan dan diskriminasi ke atas wanita dalam arena politik

Dalam pemerhatian ke atas Malaysia pada tahun 2018, jawatankuasa Cedaw menyuarakan kebimbangan mereka kepada kerajaan mengenai kurangnya penyertaan wanita dalam politik dan juga di ruang awam.

Dalam pemerhatian rumus pada Mac 2018, jawatankuasa Cedaw menyarankan kepada Malaysia untuk mengambil langkah-langkah tertentu termasuklah langkah-langkah khas sementarabagi “mempercepatkan penyertaan dan penglibatan yang saksama di semua peringkat termasuklah dalam perundangan, jawatan menteri dan kerajaan tempatan, kehakiman dan juga perkhidmatan diplomatik”.

Jawatankuasa itu juga menyarankan kepada kerajaan supaya wakil rakyat yang mengeluarkan pendapat yang seksis dan merendahkan martabat wanita dipertanggungjawabkan, dan menjalankan strategi komprehensif yang bertujuan untuk menghapuskan stereotaip yang mendiskriminasi dan tabiat patriarki dalam peranan dan tanggungjawab wanita di setiap lapisan masyarakat.

Setiap jabatan dan juga agensi kerajaan termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia haruslah mengambil langkah tegas dalam memerangi keganasan dan diskriminasi ke atas ahli politik wanita dan kesemua kaum wanita, sama ada serangan dalam bentuk percakapan, serangan di media sosial, atau tindakan dan ancaman mengenai keganasan fizikal.

Tanpa tindakan yang tegas dan pantas ke atas pelaku yang melakukan serangan di media sosial dan tindakan keganasan yang lain ke atas Nurul, bukan sahaja akan menyebabkan wanita disingkirkan daripada dunia politik dan ruang awam, malah hak mereka untuk melibatkan diri dalam politik dan ruang awam juga akan dicabuli, dan akhirnya akan menyebabkan prinsip demokrasi yang dicipta untuk menjaga kepentingan dan keperluan semua akan terhakis.

Kita harus bertindak untuk menghentikan keganasan berasaskan gender secara atas talian yang merendahkan dan tidak menggalakkan penglibatan wanita dalam politik dan ruang awam. Serangan ke atas ahli politik wanita dan suara wanita adalah serangan ke atas demokrasi.

Disokong oleh organisasi JAG di bawah:

  1. All Women’s Action Society (Awam)
  2. Association of Women Lawyers (AWL)
  3. Justice for Sisters
  4. Kryss Network
  5. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  6. Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  7. Sisters in Islam (SIS)
  8. Tenaganita
  9. Women’s Aid Organisation (WAO)
  10. Women’s Centre for Change (WCC)

English version

Stop violence and discrimination against women politicians

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) is appalled and disturbed by the recent social media attacks against Nurul Izzah Anwar.

READ MORE:  Mind the gender pay gap

Political affiliations aside, every representative of the government must condemn toxic tactics such as the sexualisation, objectification, and harassment of female politicians as a means of attacking opposing viewpoints or garnering political support.

In light of the recent attacks, JAG also calls on the Malaysian Communications and Multimedia Commission to play a more proactive role in preventing and addressing online gender-based violence, including against female politicians.

Online gender-based violence, like the social media attacks targeting Nurul, directly affects the ability of women to participate in all spheres of life, from professional to educational to social.

When targeting female politicians, online gender-based violence directly impedes women’s ability to participate publicly and politically and further hinders Malaysia’s progress in achieving gender equality in the public sphere.

The attacks against Nurul not only threaten female political participation, they threaten our democracy

The recent Facebook attacks on Nurul have been vile and personal. Not only have they contained explicit content sexualising Nurul, they have also encouraged and incited further threats and violence against her by purporting to share her personal contact information.

Attacks on female politicians that resort to objectification and sexualisation are rooted in patriarchal structures and attitudes that continue to plague every aspect of our society.

Such attacks demonstrate a serious lack of political will in ensuring our country’s progression towards more gender-equal institutions and structures, which will redistribute the power that has traditionally been concentrated in the hands of men.

Such attacks – whether in the form of physical violence, explicit sexual threats, or flippant comments about a woman’s dress – are harmful and calculated, made with the intent of preserving power and discouraging women from participating in the public sphere, expressing their lived realities and exerting influence over the decisions that shape the course of the country at the village, city, state and federal level.

Not only do the attacks on Nurul and other attacks on female politicians and women in general dissuade women from entering or remaining in the public and political sphere, they also serve to threaten our democracy.

As Dubravka Simonovic, the United Nations special rapporteur on violence against women, wrote: “The scourge of widespread and systematic gender-based violence against women is deeply rooted in discrimination against women and continues to shape the lives of female politicians, activists, and voters around the world, with devastating impact not only on the victims, but also on democracy itself.”

Gender-based violence and discrimination – both against female politicians and against women exercising their right to public and political participation – is counter to the democratic ideals of freedom of expression, participation, and choice, in that it quashes these freedoms for women, who make up a significant portion of the rakyat.

Political environment in Malaysia continues to be hostile towards women

Unfortunately, attacks on female politicians and women who are critical of the politics in Malaysia are not new developments.

READ MORE:  NGOs condemn online gender-based attacks on rights defender Tengku Emma Zuriana

From the stereotyping of women political candidates to sexist remarks in Parliament against female MPs to threats made via Facebook and other platforms against women who hold a critical political view, the political environment in Malaysia has consistently been and continues to be hostile towards women.

It is both this explicit hostility towards women as well as more insidious and systemic discrimination that prevents women from participating in the political sphere.

This insidious discrimination manifests itself in forms as diverse as the portrayal of women in media and the gender roles that are forced on boys and girls from a young age, both in school and at home.

These manifestations shape everything from the perception of women as capable leaders, to voting preferences and are self-perpetuating: the less women are in the public sphere, the more hostile the environment will continue to be, and the fewer women and girls will see political participation as a viable path.

Malaysia has failed to heed recommendations of the Cedaw committee to address violence and discrimination against women in the political sphere

As recently as in its 2018 review of Malaysia, the Cedaw committee flagged its concerns to the government about the under-representation of women in political and public life.

In its March 2018 concluding observations, the Cedaw committee recommended to Malaysia to take measures – including temporary special measures – to “accelerate the full and equal participation at all levels, including in legislative bodies, ministerial posts and local government, the judiciary, and the diplomatic service”.

The committee also recommended to the government that members of Parliament be held accountable for sexist and condescending remarks about women and that it adopts a comprehensive strategy aimed at eliminating discriminatory stereotypes and patriarchal attitudes around the roles and responsibilities of women at all levels of society.

Every level and agency of the government – including the Malaysian Communications and Multimedia Commission – must take concrete measures to combat violence and discrimination against female politicians and all women, whether in the form of verbal assaults, vulgar social media attacks, or acts or threats of physical violence.

Without decisive and concrete action against the perpetrators of the social media attacks and of other such acts of violence against Nurul, not only will women be forced out of the public and political spheres and their right to public and political participation violated, the democratic ideals that are designed to protect the interests and needs of all Malaysians will be eroded.

We must act to stop online gender-based violence that undermines and discourages women’s public and political participation. Attacks against women politicians and women’s voices are attacks on our democracy.

Endorsed by the following JAG member organisations:

  1. 1.All Women’s Action Society (Awam)
  2. Association of Women Lawyers (AWL)
  3. Justice for Sisters
  4. Kryss Network
  5. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  6. Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  7. Sisters in Islam (SIS)
  8. Tenaganita
  9. Women’s Aid Organisation (WAO)
  10. Women’s Centre for Change (WCC)

30 June 2020

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments