Haze crisis: Peraturan sektor kewangan perlu wujudkan medan persaingan saksama / Financial sector regulation needed to level the playing field

AL JAZEERA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Empat dekad janji kosong sejak 1982 telah memuncak kepada krisis jerebu rentas sempadan hari ini, sekali gus mendedahkan bagaimana rangka kerja sukarela hanya melindungi penguatkuasaan yang lemah sambil menyemarakkan lagi pengembangan ladang monokultur berskala besar yang memusnahkan alam sekitar.

Kecemasan ekologi ini menuntut tindak balas yang bersifat sistemik. Namun, sektor kewangan seperti yang didedahkan oleh laporan baharu gabungan global Forests & Finance terus membiayai faktor-faktor utama yang mencetuskan krisis di Asia Tenggara, iaitu penebangan hutan, kemerosotan tanah gambut dan pencabulan hak komuniti. Keadaan ini menyerlahkan keperluan mendesak bagi peraturan kewangan yang lebih ketat.

Diterbitkan hanya beberapa hari sebelum kerajaan-kerajaan dunia berkumpul di Armenia bagi Persidangan Biodiversiti PBB (COP17), laporan Banking on Biodiversity Collapse 2026 merupakan analisis global paling komprehensif setakat ini mengenai pembiayaan yang menjejaskan biodiversiti.

Laporan ini meneliti pembiayaan bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di kawasan hutan tropika dunia di Asia Tenggara, Amerika Selatan, serta Afrika Tengah dan Barat dengan matlamat untuk mengaitkan keputusan pembiayaan dengan impak sebenar di lapangan serta merapatkan jurang akauntabiliti yang membolehkan bank terus membiayai aktiviti yang membawa kemudaratan.

Di peringkat global, bank-bank telah menyalurkan kredit berjumlah $531bn kepada syarikat yang beroperasi dalam sektor agrokomoditi tropika berisiko tinggi sejak 2016. Bank-bank utama Malaysia, CIMB dan Maybank, merupakan antara pemberi pinjaman terbesar bagi sektor agrokomoditi di Asia Tenggara, dengan jumlah pinjaman terkumpul hampir $12bn sepanjang dekad yang lalu.

Purata skor bagi polisi bank yang meliputi pembiayaan bagi agrokomoditi berisiko terhadap hutan hanyalah 25%; ini menunjukkan bahawa kebanyakan bank mempunyai langkah perlindungan yang minimum, komitmen awam yang samar, serta jurang pelaksanaan yang ketara.

Memandangkan piawaian yang rendah dan ketiadaan penguatkuasaan kawal selia, tidak menghairankan bahawa bank terus membiayai syarikat yang beroperasi dalam sektor yang dikaitkan dengan penebangan hutan, kemusnahan tanah gambut, kebakaran, jerebu, dan pencabulan hak masyarakat orang asli dan orang asal.

READ MORE:  When haze crosses borders, who is accountable?

Walaupun institusi kewangan terbesar Malaysia mencatatkan skor melebihi purata dalam penilaian polisi kemampanan dengan CIMB memperoleh 45% dan Maybank 32%, komitmen mereka tidak bersifat mengikat.

Keadaan semasa berisiko mencetuskan fenomena ‘persaingan ke tahap terendah’, di mana syarikat secara aktif mencari pembiaya yang mengenakan piawaian alam sekitar paling longgar.

Hanya peraturan mandatori mampu mewujudkan keadaan persaingan yang saksama bagi institusi kewangan.

Oleh itu, gabungan Forests and Finance menggesa pengawal selia kewangan, termasuk Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti, untuk memperkukuh dasar dengan mewajibkan institusi kewangan menjalankan usaha wajar yang mantap berkaitan biodiversiti dan hak asasi manusia, meningkatkan ketelusan mengenai pembiayaan bagi sektor berisiko tinggi, serta memastikan institusi kewangan dipertanggungjawabkan apabila pembiayaan mereka menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar atau pencabulan hak.

Sama seperti isu iklim, hak komuniti dan biodiversiti wajar ditangani melalui pendekatan yang lebih berasaskan peraturan. Inisiatif korporat secara sukarela seperti Taskforce on Nature-related Financial Disclosures (TNFD) tidak memadai untuk melaporkan risiko dan impak terhadap hutan serta komuniti, malah ia tidak menjamin pelaksanaan usaha wajar atau penguatkuasaan yang sewajarnya.

Sebarang inisiatif masa depan untuk memperbaharui peraturan kewangan harus melibatkan secara aktif pertubuhan masyarakat sivil yang memperjuangkan hak masyarakat orang asal dan pemeliharaan hutan.

Gabungan ini juga menggesa pihak bank supaya memperkukuh keperluan berkaitan dasar tanpa penebangan hutan atau penukaran guna tanah, tanpa pembangunan tanah gambut, dan tanpa eksploitasi (NDPE); melakukan pengesahan bebas terhadap pematuhan pelanggan; serta menamatkan hubungan pembiayaan dengan syarikat yang berulang kali melanggar piawaian itu.

Laporan ini dihasilkan oleh gabungan Forests & Finance, iaitu satu inisiatif yang melibatkan Rainforest Action Network, TuK Indonesia, Profundo, Amazon Watch, Milieudefensie, CED Cameroon, Repórter Brasil, Observatório da Mineração, BankTrack, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Friends of the Earth US. – SAM

READ MORE:  Haze is a human rights issue

English version

Severe haze prompts calls for financial sector regulation to level the playing field

Forty years of empty promises since 1982 have culminated in today’s transboundary haze crisis, exposing how voluntary frameworks merely shield poor enforcement while fuelling the destructive expansion of large monoculture plantations.

This ecological emergency requires a systemic response.

Yet, the financial sector, as revealed by a new global Forests & Finance coalition report, continues to bankroll the very factors driving the Southeast Asian crisis -clearing of forests, degradation of peatlands and violation of community rights – highlighting the critical need for strict financial regulations.

Published just days before governments gather in Armenia for the UN Biodiversity Conference (COP17), Banking on Biodiversity Collapse 2026 is the largest global analysis of harmful biodiversity finance to date.

The report examines financing for companies operating across the world’s tropical forest regions – Southeast Asia, South America, Central and West Africa – with the goal of connecting financing decisions to real-world impacts and closing the accountability gap which enables banks to continue to finance harm.

Globally, banks issued $531bn in credit to companies operating in high-risk tropical agro-commodity sectors since 2016. Top Malaysian banks CIMB and Maybank are among the largest creditors to agro-commodities in Southeast Asia, together lending close to $12bn over the last decade.

The average score for bank policies covering financing for forest-risk agro-commodities is just 25%, indicating that most banks have minimal safeguards, with vague public commitments and significant gaps in implementation.

Given such poor standards and no regulatory enforcement, it is not surprising that banks continue to finance companies operating in sectors linked to deforestation, peatland destruction, fires, haze and abuses of Indigenous peoples’ rights.

READ MORE:  Why does the haze keep catching us by surprise?

While Malaysia’s largest financial institutions score above average in sustainability policy assessments, with CIMB scoring 45% and Maybank 32%, their commitments remain non-binding.

Current conditions risk triggering a ‘race to the bottom’ where companies actively seek out financiers with the most lenient environmental standards.

Only mandatory regulation will level the playing field for financial institutions.

The Forests and Finance coalition, therefore, urges financial regulators, including Bank Negara and the Securities Commission, to strengthen policies by requiring financial institutions to conduct robust biodiversity and human rights due diligence, improve transparency around financing for high-risk sectors, and hold financial institutions accountable when their financing contributes to environmental destruction or rights abuses.

Similar to climate, community rights and biodiversity ought to be treated through a more rules-based approach. Voluntary corporate initiatives like the Taskforce on Nature-related Financial Disclosures (TNFD) are insufficient for reporting forest and community risks and impacts, nor do they ensure proper due diligence or enforcement.

Any future initiatives to reform the financial regulations should actively involve civil society organisations advocating for Indigenous rights and forests.

The coalition also calls on banks to strengthen no-deforestation or conversion, no peatland development and no exploitation (NDPE) requirements, independently verify client compliance, and end financing relationships with companies that repeatedly violate those standards.

The report was produced by the Forests & Finance coalition, an initiative of Rainforest Action Network, TuK Indonesia, Profundo, Amazon Watch, Milieudefensie, CED Cameroon, Repórter Brasil, Observatório da Mineração, BankTrack, Sahabat Alam Malaysia and Friends of the Earth US. – SAM

Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted