Haramkan pengimportan e-waste ke Malaysia (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, ahli-ahli Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa (Malaysia Stop Waste Trade Coalition), amat kecewa dengan hujah yang dikemukakan oleh ‘pakar-pakar’ yang menggesa Malaysia untuk membenarkan pengimportan sisa elektronik (e-waste).

Gambaran yang diberikan tentang landskap e-waste Malaysia dan ekonomi perdagangan sisa global adalah sebahagiannya ternyata salah.

Lebih buruk lagi, naratif itu termasuk serangan langsung, yang tidak berasas, terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana menjalankan tugas dalam melindungi negara daripada pencemaran.

Dalam keghairahan mereka untuk melobi bagi pengimportan e-waste, pengkritik menggabungkan isu-isu bernuansa yang tidak semua dapat diselesaikan dengan menarik pelaburan langsung asing dalam pembangunan fasiliti kitar semula ‘hijau’ untuk memproses e-waste yang diimport.

Pertama, perbandingan dengan Eropah adalah di luar sasaran – Terdapat perbezaan besar antara Eropah dan Jepun yang mengimport e-waste bernilai tinggi atau pra-proses, berbanding China dan kini Malaysia, yang disasarkan dengan e-waste yang bernilai rendah dan tidak diisih.

Selepas berdekad memproses sisa import, China membuat keputusan yang mengambil kira bahawa kos pencemaran daripada sisa import melebihi keuntungan dalam jangka panjang, dan mula menumpukan kepada pelaburan dalam menguruskan sisa domestik. Kini sudah tujuh tahun berlalu. China telah mengekalkan larangan import sisanya.

Apa yang mengecewakan kami ialah perniagaan kotor ini telah berpindah ke Asia Tenggara, dengan Malaysia menjadi destinasi utama. Jika China tidak dapat mengawal pencemaran, seperti yang mereka akui dalam penghujahan mereka kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai larangan import, bagaimana dengan Malaysia?

Kedua, kesan import e-waste terhadap kitar semula domestik kami – Di Malaysia, pengurusan e-waste pasca pengguna masih kurang berkembang tetapi kemajuannya memberikan harapan.

Malaysia boleh dikatakan mempunyai infrastruktur kitar semula e-waste isi rumah paling maju di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai perkhidmatan kutipan yang membayar pekerja bebas (freelance) untuk mengambil e-waste dari rumah, ganjaran tunai sebagai pertukaran bagi e-waste, dan perkhidmatan Pos Malaysia prabayar bagi penghantaran e-waste dari kawasan luar liputan.

Infrastruktur untuk pengurusan e-waste tidak diabaikan, sebaliknya, JAS telah memupuk pembangunannya sejak 20 tahun lalu di bawah kategori sisa terjadual.

Malaysia mempunyai kadar pengumpulan dan kitar semula yang agak tinggi bagi e-waste daripada industri, dengan undang-undang sedang dibangunkan untuk mengawal selia e-waste daripada entiti komersial, institusi dan isi rumah dengan lebih baik. Sistem e-waste Malaysia tidak terlalu bergantung kepada pelabur asing dengan ‘teknologi hijau’ mereka.

Membenarkan bekalan mudah dengan e-waste yang diimport akan meningkatkan keuntungan bagi pemproses e-waste, tetapi ia mungkin berakhir dengan mengabaikan kutipan e-waste  domestik, menurunkan permintaan dan menurunkan harga, seperti yang dilihat di Thailand di mana ratusan pemungut sisa daripada Thailand Saleng and Recycle Trader Association yang membantah selama berminggu-minggu pada 2021 terhadap sisa asing yang diimport yang mengancam mata pencarian mereka.

Ketiga, pihak yang terlibat dalam penyeludupan e-waste adalah penjenayah -Konvensyen Basel telah dikemaskini baru-baru ini untuk bertindak dengan lebih agresif terhadap sindiket antarabangsa yang memperdagangkan sisa dan mengekalkan ‘penjajahan sisa’ iaitu sisa dari negara utara (Global North) yang mengalir ke arah pemprosesan sisa kotor di negara selatan (Global South).

Bertindak balas terhadap jenayah dengan menjadikan jenayah itu sah akan meletakkan kita semua dalam risiko tinggi terhadap kemusnahan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan, mengancam kesihatan kita dan anak-anak kita. Mereka yang terlibat dalam pemerdagangan e-waste, pemprosesan haram dan pembuangan sisa secara haram di Malaysia tidak boleh disahkan atau diputihkan; mereka mestilah dihukum dengan seberat-beratnya.

Jika pengusaha ini berminat dalam penciptaan pekerjaan, pemindahan teknologi, pelaburan beretika dan pemulihan sumber yang cekap, operasi mereka akan kelihatan sangat berbeza daripada tempat pembuangan sampah dan tempat kerja seakan kem buruh, pada masa ini.

Keempat, punca utama masalah – ‘Teknologi hijau’ memerlukan protokol keselamatan yang ketat dan pematuhan undang-undang terhadap undang-undang alam sekitar, perniagaan dan pekerjaan.

Jika rasuah, penguatkuasaan yang lemah, dan undang-undang yang tidak mencukupi menjadi punca kitar semula e-waste haram, masalah yang sama akan timbul walaupun bagi kemudahan yang berlesen.

Komuniti yang tinggal di sekitar loji kitar semula sisa ‘hijau dan berteknologi tinggi’, yang terdedah setiap hari kepada asap, bau, kebimbangan kesihatan dan konflik dengan industri, boleh membuktikan perkara ini.

Cadangan untuk memusatkan pemprosesan e-waste di taman perindustrian di dalam kawasan berpagar yang dikawal bukanlah juga satu penyelesaian mudah. Tembok akan melindungi pengusaha yang tidak bertanggungjawab daripada pengawasan penduduk yang berjiran dengannya. Penduduk adalah rakan kongsi terbaik agensi penguatkuasaan kerana banyak tindakan penguatkuasaan telah diambil berdasarkan aduan orang ramai.

Oleh itu, adalah penting untuk kita menangani punca utama masalah kitar semula e-waste haram iaitu rasuah, penguatkuasaan yang lemah, undang-undang yang tidak mencukupi serta menutup kebocoran e-waste domestik daripada infrastruktur formal ke dalam sistem haram atau tidak formal, dan bukannya membuka laluan dan membebankan sistem kawal selia kita dengan ratusan tan sisa yang berpotensi berbahaya.

READ MORE:  Tangani segera masalah pembuangan sampah haram (Malay/English)

Kelima, lelongan e-waste toksik yang dirampas – Bertentangan dengan dakwaan, menurut kerajaan penghantaran e-waste yang dirampas tidak dijual semula di pasaran terbuka, tetapi dikembalikan ke negara asal. Sementara itu, e-waste yang dirampas dari kilang haram telah pun bercampur dan tempat asalnya tidak dapat dikesan, bermakna tanpa diketahui penerima untuk menghantarnya kembali.

Selain daripada logam, bahan dalam e-waste juga mengandungi logam berat toksik dan bahan pencemar organik berterusan (seperti kalis api berbromin) yang boleh meresap ke dalam saluran air dan rantaian makanan kita.

Sebatian ini merosakkan sistem metabolik, saraf dan pembiakan kita, dan amat berbahaya bagi wanita hamil dan kanak-kanak, yang membawa kepada kesan kesihatan yang tidak dapat dipulihkan, keguguran, kerosakan neurologi otak dan IQ yang berkurangan.

Di Thailand, satu kajian mendapati paras tinggi bahan kimia plastik toksik seperti itu dalam pekerja kitar semula e-waste.

Kerajaan memutuskan cara yang paling selamat untuk menangani sisa berbahaya ini adalah dengan menyerahkannya kepada pengendali berlesen yang berpengalaman dalam menguruskan sisa berjadual, untuk meminimumkan kerosakan alam sekitar.

Pengendali ini diwajibkan oleh undang-undang untuk melaporkan proses dan sisa berbahaya mereka kepada JAS. Mereka bukan tanpa “perlindungan alam sekitar” seperti yang didakwa.

Ini adalah kes yang luar biasa, dan tidak boleh diterima dalam jangka masa panjang kerana sisa toksik daripada e-waste yang diimport pasti akan dilupuskan di lokasi tempatan.

Keenam, kirakan kos – Menyokong pembangunan jaringan pengumpul dan pemproses e-waste Malaysia yang menguruskan e-waste domestik dan membekalkan bahan yang diperoleh semula kepada pengilang tempatan menawarkan faedah yang jelas kepada negara.

Sementara itu, menarik syarikat asing untuk menubuhkan perusahaan di sini membenarkan mereka mengimport e-waste yang tidak diisih untuk pemprosesan berskala besar, melupuskan sisa buangan di Malaysia, dan menjual bahan yang diperoleh kembali ke negara mereka tidak boleh dianggap sebagai keuntungan bersih untuk persekitaran kita tanpa analisis kos faedah yang teliti, komprehensif dan telus.

Apabila kesan negatif ekonomi dikira dari segi kerosakan kepada kesihatan manusia, air bersih, udara bersih dan tanah yang subur, ia akan didedahkan sebagai kerugian bersih untuk negara kita dan modal semula jadi dan generasi akan datang. Apakah nilai untuk komuniti bebas kanser atau udara bersih? Sebaik sahaja hilang, ini akan menelan belanja yang banyak untuk dipulih, jika ianya boleh dipulih. Kita tidak memasukkan lagi kos sosial yang menyalahi undang-undang dan risiko rasuah.

Era keuntungan kapitalis dengan segala cara, mengabaikan kos negatif sebagai sebahagian daripada perakaunan ekonomi, mesti berakhir. Kita sedang menghadapi darurat iklim dan wabak kesihatan yang disebabkan oleh bahan kimia berbahaya. China melakukan pengiraan, mendapati diri mereka mengalami kerugian bersih, dan mengharamkan import bahan buangan.

Sisa adalah tanggungjawab, bukan hanya kekayaan

Rakyat Malaysia telah menderita akibat daripada pencemaran yang disebabkan oleh sisa asing sejak pengharaman import sisa China pada 2018.

Sisa yang diimport sering dikaitkan dengan sindiket berkaitan China, dengan JAS bekerja di luar kemampuan mereka dan menghadapi tindak balas paling kuat daripada komuniti yang terjejas.

Kami memuji perdana menteri dan tindakan tegas kerajaan Malaysia terhadap penyeludupan sisa dan pemprosesan haram, dan menantikan rancangan yang digariskan oleh menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar untuk mengukuhkan lagi undang-undang, dasar dan penguatkuasaan.

Mandat JAS adalah untuk melindungi alam sekitar, dan sesungguhnya, dasar e-waste negara ialah “pendekatan pemikiran ke hadapan yang meletakkan negara sebagai peneraju dalam pengurusan e-waste mampan” dengan memupuk ekosistem pengumpul dan pemproses e-sisa domestik.

Kita harus menyokong JAS dalam inisiatif sedia ada mereka untuk meningkatkan kadar pengumpulan dan kitar semula e-waste, mendidik pengguna mengenai pengurusan sisa yang bertanggungjawab, dan mewujudkan rangka kerja undang-undang yang lebih baik untuk mengawal e-waste, termasuk menguatkuasakan tanggungjawab pengeluar yang diperluaskan  (extended producer responsibility) untuk produk.

Kita sepatutnya membuat lebih banyak laporan mengenai salah laku dan penyelewengan oleh majikan atau kilang mencemar yang berjiran, tetapi kita juga perlu menggubal undang-undang hak untuk mendapat maklumat, mengukuhkan lagi perlindungan bagi pemberi maklumat, meningkatkan langkah pencegahan rasuah, dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, bukan membuka laluan kepada sisa toksik untuk diimport.

Malaysia menjana 411 juta kilogram e-waste pada 2022, dan 24.5 juta unit e-waste diunjurkan bagi 2025. Kita mestilah melakukan yang lebih baik dengan melihat sisa sebagai satu tanggungjawab, dan menumpukan kepada mencegahnya daripada bocor ke dalam persekitaran kita.

English version

Do the maths, ban e-waste importation to Malaysia

We, members of Malaysia Stop Waste Trade Coalition, are alarmed by the arguments put forth by ‘experts’ urging Malaysia to allow the import of electronic waste.

READ MORE:  E-waste - Malaysia's silent environmental emergency

The portraits painted of Malaysia’s e-waste landscape and the economics of the global waste trade are partial at best, and outright wrong at worst.

Even worse, the narrative included a baseless direct attack on the Department for the Environment (DfE) for doing its job – protecting the country from pollution.

In their eagerness to lobby for e-waste imports, the critics conflated nuanced issues that cannot all be solved by attracting foreign direct investment in ‘green’ recycling facilities to process foreign e-waste at scale.

First, comparisons to Europe are off the mark – There is a vast difference between Europe and Japan importing high-value or pre-processed e-waste, versus China and now Malaysia being targeted with low-value and unsorted e-waste.

After decades of processing imported waste, China made the calculated decision that the pollution costs of the imports outweighed the profits in the long term and began focusing on investing in managing domestic waste. It has been seven years now. China has maintained its waste import bans.

To our dismay, the dirty business has relocated to Southeast Asia, with Malaysia a top destination. If China could not control the pollution, as they admitted in their submission to the World Trade Organization (WTO) regarding the import bans, how will Malaysia?

Second, impact of e-waste imports on our domestic recycling – In Malaysia, post-consumer e-waste management is underdeveloped but progress is promising.

We have arguably the most advanced household e-waste recycling end-to-end infrastructure in Southeast Asia. We have collection services that pay freelance workers to pick up e-waste from homes, cash rewards in exchange for e-waste, and prepaid Pos Malaysia services for e-waste deliveries from out-of-coverage areas.

Infrastructure for e-waste management has not been neglected, rather, the DfE has nurtured its development over the past 20 years under the category of scheduled waste.

We have relatively high collection and recycling rates for e-waste from industries, with laws being developed to better regulate e-waste from commercial entities, institutions and households. Malaysia’s e-waste system is not desperately dependent on a foreign ‘saviour’ investors with their ‘green technology’.

Allowing an easy supply of imported e-waste will increase profitability for e-waste processors, but it may end up neglecting our domestic e-waste collection, lowering demand and pushing down prices, as seen in Thailand where hundreds of waste pickers from Thailand’s Saleng and Recycle Trader Association protested for weeks in 2021 over imported foreign waste threatening their livelihoods.

Third, players involved in e-waste trafficking are criminals – The global community recently updated the Basel Convention to more aggressively respond to the international syndicates trafficking in waste and perpetuating ‘waste colonialism’, ie waste from the Global North flowing towards dirty waste processing in the Global South.

Responding to criminality by simply making the crime legal would put us all at high risk of irreversible environmental destruction, threatening our health and our children. Those involved in e-waste trafficking, illegal processing and illegal dumping of waste in Malaysia must not be legalised or whitewashed; they must be heavily penalised.

If these operators were interested in job creation, technological transfer, ethical investment and efficient resource recovery, their operations would look very different from the squalid labour camp junkyards that they currently resemble.

Fourth, address root causes of the problem – ‘Green technology’ requires strict safety protocols and legal compliance with environmental, business and employment laws.

If corruption, weak enforcement and inadequate laws are the cause of the illegal e-waste recycling, the same problems will emerge even for licensed facilities.

Communities living around ‘green and high-technology’ waste recycling facilities, exposed daily to fumes, odours, health worries and conflicts with industry, can attest to this.

The suggestion of centralising e-waste processing in industrial parks behind guarded gates is not a magic bullet either. Walls will protect unscrupulous operators from the watchful eyes of neighbouring residents. Residents are the best partners of our enforcement agencies, as many enforcement actions have been taken based on public complaints.

Hence, it is crucial we address the root causes of the problem of illegal e-waste recycling – corruption, weak enforcement, inadequate laws – as well as plug the leakage of domestic e-waste from formal infrastructure into the illegal or informal system, instead of opening the floodgates and overburdening our regulatory system with hundreds of tonnes of potentially hazardous waste.

READ MORE:  Rodents devour food waste; bigots indulge in hatred

Fifth, auctioning of seized toxic e-waste – Contrary to claims, seized e-waste shipments are not resold in the open market but are being returned to countries of origin, according to the government. Meanwhile, e-waste seized from illegal factories have already been mixed and the origin is untraceable, with no known recipient to send them to.

Apart from metals, the materials in e-waste contain toxic heavy metals and persistent organic pollutants (such as brominated flame retardants) that can leach into our waterways and food chains. These compounds damage our metabolic, nervous, and reproductive systems, and are especially harmful for pregnant women and children, leading to irreversible health effects, miscarriages, neurological brain damage and diminished IQs.

In Thailand, a study found high levels of such toxic plastic chemicals in e-waste recycling workers.

The government decided the safest way to deal with these hazardous wastes was to hand them over to licensed operators experienced in managing scheduled waste, to minimise the environmental damage. These operators are compelled by law to report their processes and hazardous residuals to the DfE. They are not without “environmental safeguards”, as claimed.

This is an exceptional case, and should not be tolerated in the long term as toxic residue from the imported e-waste will inevitably be disposed of locally.

Sixth, counting the costs – Supporting the development of Malaysian e-waste collectors and processors – that manage domestic e-waste and supply recovered materials to local manufacturers – offers clear benefits to the country.

Meanwhile, enticing foreign companies to set up here – allowing them to import unsorted e-waste for large-scale processing, dispose of residual waste in Malaysia, and sell recovered materials back to their countries – should not be assumed to be a net gain for our environment without diligent, comprehensive and transparent cost-benefit analyses.

Once the negative economic impacts are calculated in terms of damage to human health, clean water, clean air and healthy soil, it will be revealed as a net loss for our country, its natural capital and future generations.

What is a cancer-free community or clean air worth? Once lost, these would cost a fortune to recover, if even possible. We have not even included the social costs of illegality and corruption risks.

The era of capitalist profits at all costs, ignoring negative externalities as part of the economic accounting, is over. We are facing a climate emergency and a health epidemic caused by hazardous chemicals. China did the maths, found themselves suffering a net loss and banned waste imports.

Waste is responsibility, not just wealth

People in Malaysia have suffered greatly from pollution caused by foreign waste since China’s waste import bans in 2018. The imported waste was often connected to China-linked syndicates, with the DfE working beyond their capacity and facing the strongest backlash from affected communities.

We applaud the prime minister and the Malaysian government’s decisive actions on waste smuggling and illegal processing, and look forward to the plans outlined by the natural resources and environmental sustainability minister to strengthen laws, policies and enforcement.

The DfE’s mandate is to protect the environment, and indeed, our e-waste policy is a “forward-thinking approach that positions the country as a leader in sustainable e-waste management”, by nurturing an ecosystem of domestic e-waste collectors and processors.

We should support the DfE in its existing initiatives to enhance e-waste collection and recycling rates, educate consumers about responsible e-waste management, and create a better legal framework to govern e-waste, including enforcing extended producer responsibility for products.

We ought to be making more reports about wrongdoing and malpractice by employers or neighbouring factories, but we would need to also enact a right-to-information law, strengthen whistleblower protection, enhance anti-corruption measures and increase enforcement capacity – not open the floodgates to toxic waste.

Malaysia generated 411 million kilograms of e-waste in 2022, and 24.5 million units of e-waste is projected for 2025.

We must do better by seeing waste as a responsibility, and focus on preventing this from being leaked into our environments.

Endorsed by members of the Malaysia Stop Waste Trade Coalition:

  • Sahabat Alam Malaysia
  • Consumers’ Association of Penang
  • Malaysian Nature Society Selangor Branch
  • Greenpeace Malaysia
  • Zero Waste Sabah
  • Zero Waste Malaysia
  • Environmental Protection Society Malaysia
  • Center to Combat Corruption and Cronyism
  • Basel Action Network (Malaysia representative)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments