Gubal rang undang-undang keharmonian nasional (Malay/English)

Our diversity should be celebrated - DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Badan Peguam Malaysia sekali lagi menekankan keperluan mendesak untuk memperkenalkan dan menggubal rang undang-undang keharmonian nasional.

Adalah penting untuk Malaysia menerima undang-undang yang menggalakkan perpaduan, kestabilan dan kematangan, yang perlu untuk memperkaya ekonomi dan kepaduan sosial.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia, digubal untuk melindungi hak dan kebebasan semua rakyat Malaysia.

Mentafsir Perlembagaan secara terpilih menjejaskan integriti dan prinsip-prinsip keadilan yang didukungnya. Membiarkan amalan sedemikian diteruskan tanpa menangani punca perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat kita adalah satu persendaan.

Rang undang-undang keharmonian nasional adalah penting dalam hal ini. Undang-undang ini akan memperuntukkan kerangka undang-undang yang mantap untuk menangani isu-isu perkauman, keagamaan dan tiada toleransi sosial. Undang-undang ini akan memastikan ucapan hina dan diskriminasi dapat dikurangkan dengan efektif, yang akan memupuk Malaysia yang lebih inklusif dan harmoni.

Tambahan lagi, Kementerian Perpaduan Negara mestilah mengambil peranan yang proaktif dalam usaha ini. Adalah penting untuk kementerian memulakan proses rundingan komprehensif yang melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuklah masyarakat sivil, pakar undang-undang, ketua-ketua komuniti dan orang awam.

Proses sedemikian akan memastikan penggubalan undang-undang ini dibuat dengan maklumat yang cukup dan seimbang dan mencerminkan perspektif yang pelbagai dalam negara kita.

Perpaduan bukan hanya satu idea yang murni tapi adalah satu keperluan yang praktikal untuk kemajuan Malaysia. Malaysia yang bersatu akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dalam aspek kestabilan, kemajuan ekonomi, dan reputasi antarabangsa.

Apabila rakyat kita berasa dihormati dan dihargai, mereka lebih cenderung untuk menyumbang dengan positif kepada pembangunan negara.

Badan Peguam Malaysia menyeru Kementerian Perpaduan Negara untuk mengutamakan proses rundingan dan berusaha dengan tekun ke arah penggubalan rang undang-undang perpaduan nasional.

READ MORE:  From slogans to action: 'Malaysia Madani' must move from 'tolerance' to understanding

Bersama kita boleh membina sebuah Malaysia yang bukan sahaja makmur, malah adil, inklusif dan bersatu.

Mohamad Ezri Abdul Wahab ialah yang dipertua Badan Peguam Malaysia.

English version

Call for enactment of national harmony bills and consultation process by Ministry of National Unity

The Malaysian Bar reiterates the urgent need for the introduction and enactment of national harmony bills.

It is imperative that Malaysia embraces laws that promote unity, stability and maturity, which are essential for the country’s economic enrichment and social cohesion.

The Federal Constitution is the supreme law of Malaysia, designed to safeguard the rights and freedoms of all Malaysians.

Selective interpretation of the Constitution undermines its integrity and the principles of justice it upholds. It is a travesty to allow such practices to continue without addressing the root causes of discord and division within our society.

National harmony bills are crucial in this regard. These laws would provide a robust legal framework to address issues of racial, religious and social intolerance. They would ensure that hate speech and discrimination are effectively curtailed, fostering a more inclusive and harmonious Malaysia.

Furthermore, the Ministry of National Unity must take a proactive role in this endeavour. It is essential that the ministry initiates a comprehensive consultation process involving all stakeholders, including civil society, legal experts, community leaders and the public.

Such a process will ensure that the legislation is well-informed, balanced and reflective of the diverse perspectives within our nation.

Unity is not merely a lofty ideal but a practical necessity for Malaysia’s progress. A united Malaysia will be better positioned to achieve greater heights of stability, economic growth and international reputation.

READ MORE:  From slogans to action: 'Malaysia Madani' must move from 'tolerance' to understanding

When people in Malaysia feel respected and valued, they are more likely to contribute positively to the nation’s development.

The Malaysian Bar calls on the Ministry of National Unity to prioritise the consultation process and work diligently towards the enactment of national harmony bills.

Together, we can build a Malaysia that is not only prosperous but also just, inclusive and united.

Mohamad Ezri Abdul Wahab is president of the Malaysian Bar.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments