Golongan berpendapatan rendah paling terkesan dengan pandemik (Malay/English)

Peningkatan kes mengenai undang-undang keluarga Islam dan klien Telenisa merupakan sesuatu yang amat membimbangkan

JUAN PABLO SERRANO ARENAS/ PEXELS

[ENGLISH VERSION BELOW] Telenisa, sebuah klinik bantuan guaman yang dikendalikan oleh Sisters in Islam (SIS), telah melancarkan buku Telenisa: Statistik & Dapatan 2021 yang mendedahkan isu yang dihadapi perempuan berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam.

Bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur, majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Senator Fadhlina Siddiq, ahli Dewan Negara, mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya.

Khidmat guaman Telenisa telah dilancarkan pada tahun 2003. Selama 19 tahun, Telenisa telah membantu lebih daripada 10,000 perempuan dan lelaki daripada pelbagai latar belakang dan ia kekal menjadi khidmat utama yang memberikan nasihat berasaskan hak asasi untuk undang-undang keluarga Islam dan kesalahan jenayah Syariah di Malaysia.

Diterbitkan setiap tahun dari tahun 2016 oleh Sisters in Islam (SIS), buku Telenisa: Kajian dan Dapatan merupakan usaha kami untuk mengetengahkan realiti kehidupan perempuan melalui pelbagai isu yang mereka alami agar pelbagai pihak dapat memahami kepentingan pembaharuan dan penambahbaikan hak perempuan dalam keluarga.

Pada 2021, Telenisa telah menyalurkan perkhidmatan kepada 426 orang klien, di mana 221 daripadanya merupakan klien berulang. Ini merupakan satu peningkatan dari tahun 2020 di mana 422 orang klien telah diberi perkhidmatan tetapi hanya 58 orang sahaja adalah klien berulang. Pada tahun 2021, majoriti klien adalah perempuan, iaitu 392 orang (92%) dan 34 klien adalah lelaki (8%).

Untuk memahami latar belakang kewangan klien Telenisa, mereka telah dibahagikan mengikut pendapatan isi rumah mereka iaitu B40 (golongan berpendapatan rendah yang menerima pendapatan tidak melebihi RM4,850 sebulan), M40 (golongan berpendapatan pertengahan yang menerima pendapatan tidak melebihi RM4,851 hingga RM10,970) dan “tidak diketahui”. Tidak diketahui bermaksud klien yang tidak memberitahu pendapatan isi rumah mereka.

Telenisa: Kajian dan Dapatan 2021 telah melaporkan beberapa dapatan yang menarik: 56% klien kami bekerja sebagai staf sokongan dan suri rumah yang tergolong dalam golongan B40. Oleh kerana B40 adalah mereka daripada golongan berpendapatan rendah, ini bermakna kebanyakan klien kami tidak mampu untuk mendapatkan khidmat peguam kerana di Malaysia, perkhidmatan guaman terlalu mahal dan tidak pernah dikawal.

Mereka juga tidak mampu untuk membayar perbelanjaan lain seperti perbelanjaan pengangkutan dan perbelanjaan penjagaan anak. Mereka juga sukar untuk mencari waktu yang sesuai untuk berjumpa dengan peguam kerana mereka sukar mengambil cuti bekerja.

Telenisa juga melaporkan jumlah laporan yang tertinggi dalam kes keganasan rumah tangga iaitu sebanyak 303 kes dilaporkan pada 2021. Ini merupakan suatu peningkatan dari tahun yang sebelumnya di mana pada 2020, 99 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dan 199 kes dilaporkan pada tahun 2019.

Antara jenis keganasan yang tinggi yang dialami klien kami adalah penderaan psikologi atau emosi dengan 129 kes, penderaan fizikal dengan 100 kes, penderaan sosial dan kewangan dengan 30 kes dan penderaan seksual dengan 14 kes.

Berdasarkan pemerhatian Telenisa, penderaan psikologi yang dilakukan ke atas klien kami adalah dalam bentuk ugutan, penghinaan, memaksa rasa bersalah, gaslighting dan manipulasi. Klien juga telah menyuarakan kebimbangan yang timbul berkaitan permohonan untuk bercerai adalah kesukaran untuk menunjukkan bukti kepada mahkamah Syariah bahawa mereka telah mengalami penderaan psikologi.

Pada 2021, Telenisa telah satu isu baharu yang berkaitan hak jagaan anak semenjak 2018, iaitu isu berkaitan pendaftaran kerakyatan anak dan bagaimana ia akan mempengaruhi tuntutan ibu bapa terhadap hak jagaan anak.

Selain itu, pada 2019, pertanyaan mengenai hak lawatan direkodkan pada 88% akan tetapi, pertanyaan ini menurun pada 2020 kepada 39% disebabkan sekatan pergerakan ketika pandemik.

Pada tahun 2021 juga, Telenisa telah melaporkan peningkatan dalam pertanyaan mengenai ta’liq tambahan dengan 20 pertanyaan pada 2021 berbanding tahun 2020 dengan tiga pertanyaan dan 11 pertanyaan pada tahun 2019. Ini mungkin disebabkan perbincangan mengenai ta’liq di media sosial sekitar tahun 2020 hingga 2021.

Undang-undang keluarga Islam di Malaysia membenarkan ta’liq tambahan. Namun demikian, telah dilaporkan bahawa terdapat keengganan di pihak yang berkuasa untuk mendaftarkan ta’liq tambahan untuk isteri walaupun telah dipersetujui oleh kedua suami dan isteri.

Seperti contoh, klien telah diberitahu bahawa untuk mendaftarkan ta’liq tambahan, mereka perlu melantik peguam Syarie untuk mendapatkan kelulusan mahkamah Syariah. Ini tidak benar kerana pendaftaran ta’liq tambahan tidak memerlukan kelulusan mahkamah Syariah kerana pendaftar perkahwinan hanya perlu mendaftarkan ta’liq tambahan ini.

Klien juga telah melaporkan bahawa mereka telah dicemuh oleh pendaftar perkahwinan dan pegawai agama apabila mereka bertanyakan tentang ta’liq tambahan. Mereka telah diberikan pelbagai alasan dan telah diberitahu bahawa seorang isteri tidak mempunyai hak untuk melarang suaminya untuk berpoligami dan untuk memasukkan syarat ini pada ta’liq isteri.

Perkara ini amat membimbangkan kerana penafian terhadap ta’liq tambahan ini adalah pelanggaran terhadap jaminan dan perlindungan hak isteri yang telah dipersetujui oleh suami.

Peningkatan kes mengenai undang-undang keluarga Islam dan klien Telenisa merupakan sesuatu yang amat membimbangkan dan menunjukkan betapa perlunya pembaharuan dan penambahbaikan berkenaan undang-undang keluarga Islam dan hak perempuan di dalam keluarga.

Selama 30 tahun, SIS juga telah mengadvokasikan undang-undang keluarga Islam dan undang-undang jenayah Syariah yang mencakupi prinsip-prinsip keadilan, ehsan dan belas kasihan.

Muat turun buku Telenisa: Kajian dan Dapatan 2021 dan infografik di sini. – SIS

English version

Lower-income women affected by pandemic the most

Telenisa, a legal aid clinic under Sisters in Islam (SIS), has launched the Telenisa: Statistics & Findings 2021
booklet, which reveals insights on issues women experienced with matters related to Islamic family law.

Held at a hotel in Kuala Lumpur, the launch and iftar event was officiated by Senator Fadhlina Siddiq, a member of the Upper House representing the Penang State Legislative Assembly, and Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullah.

The Telenisa legal helpline service was launched in 2003. For 19 years, Telenisa has assisted over 10,000 women and men from various backgrounds and it remains as a primary rights-based advisory service for Islamic family laws and Sharia criminal offences laws in Malaysia today.

Published annually since 2016 by Sisters in Islam, the Telenisa: Statistics & Findings booklet is our effort to bring forward women’s lived realities through issues they faced and inform relevant stakeholders and law and policymakers about the need for continual reform and improvements on women’s rights in the family.

In 2021, Telenisa had 426 clients, with 221 of them returning as repeat clients. This is an increase from 2020, with 422 clients, of which 58 of them were repeat clients. In 2021, the majority of clients were women (92%) out of a total of 392 clients, and 34 clients were men (8%).

To understand further Telenisa clients’ financial backgrounds, they were grouped within their household income classification: B40 (lower-income tier with an official income of not more than RM4,850 per month), M40 (middle-income tier with a monthly income of RM4,851 to RM10,970) and “undisclosed”. Undisclosed refers to clients who did not disclose their household income.

The Telenisa: Statistics and Findings 2021 booklet revealed some interesting findings: 56% of our clients consisted of support staff and homemakers, who also belonged to the B40 group. As the B40 group is of the lower-income tier, it suggested that the majority of our clients are too burdened financially to obtain legal representation. This is because, in Malaysia, legal fees are generally expensive and are largely unregulated.

Their financial burden is not restricted to legal representation only, as our clients struggle to pay for additional expenses, such as transportation and additional childcare expenses. They also struggle to find the time to attend meetings with lawyers as they are unable to take leave from their work.

Telenisa also recorded the most number of domestic violence reports with 303 cases in 2021. This is an increase from the previous year: in 2020, 99 domestic violence cases were reported, and 199 cases were reported in 2019.

Among the types of abuse our clients experienced, the highest number of abuse reported is psychological or emotional abuse with 129 cases, followed by physical abuse with 100 cases, social abuse and financial abuse with 30 cases each, and sexual abuse with 14 cases.

Based on Telenisa’s observation, most of the psychological abuses inflicted upon our clients were forms of intimidation, insults, guilt trips, gaslighting and manipulation. Clients have also voiced their concerns about filing for divorce as they experienced difficulty in proving they had endured psychological abuse to the Sharia Court.

In 2021, Telenisa recorded another significant finding: a new issue in child custody was recorded for the first time since 2018, which is the concern pertaining to the registration of a child’s nationality and how it would affect the parent’s custody claim.

On another note, in 2019, enquiries on visitation rights were recorded at 88%. However, the percentage dropped in 2020 to 39% due to the restriction of movements during the pandemic.

Interestingly, Telenisa recorded a rise in enquiries regarding additional ta’liq with 20 enquiries in 2021, compared with 2020 with three enquiries, and 11 enquiries in 2019. This may be due to a rise in discussions regarding ta’liq on social media during 2020-2021.

Additional ta’liq is recognised both in existing law and Islamic legal tradition. However, it has been reported that there is reluctance on the part of the relevant authorities to include this additional ta’liq that is already agreed upon by the couple to be married.

For example, clients were told that to register additional ta’liq, they need to appoint a Sharia lawyer to obtain approval from the Sharia court. This is not true as the registration of additional ta’liq does not need approval from the Sharia court as the marriage registrar needs to only register this additional ta’liq.

Clients have also reported that they were ridiculed by the marriage registrar and religious authorities when they inquired about additional ta’liq. They were given many excuses and were told that a wife has no right to forbid her husband to practice polygamy and to include these provisions in her ta’liq.

This is concerning as the denial of including additional ta’liq denies women further safeguard and protection in the marriage that is already agreed upon by the husband.

The increasing trend and numbers of issues pertaining to Islamic family law and Telenisa clients are worrying and reveal a critical need for a continual Islamic family law reform and improvements in women’s rights in the family, which Sisters in Islam (SIS) has tirelessly and continually advocated for over 30 years.

SIS has also time and again called for a greater balance of Islamic family laws and Sharia criminal offences law, in line with the most important tenets of Islam, which are justice, compassion and mercy.

Download the Telenisa: Statistics and Findings 2021 booklet and infographic here. – SIS



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments