[ENGLISH VERSION BELOW] Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam tindakan intimidasi oleh seorang pegawai kanan pengurusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan terhadap seorang wartawan wanita kerana mengemukakan soalan kepada seorang menteri dalam sidang media baru-baru ini.
Geramm berdiri teguh bersama Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia yang turut mengecam serangan fizikal terhadap salah seorang ahlinya.
Tindakan pelaku yang didakwa menarik kad media wartawan berkenaan yang digantung di lehernya merupakan satu bentuk intimidasi yang jelas, malah boleh disifatkan sebagai serangan fizikal.
Geramm menegaskan semula pendirian bahawa tiada mana-mana wartawan harus diganggu atau diintimidasi kerana mengemukakan soalan yang sah demi kepentingan awam.
Tindakan sedemikian mencerminkan sikap angkuh dan tidak mempunyai tempat dalam sebuah masyarakat demokratik, manakala menyasarkan wartawan wanita yang sedang menjalankan tugasnya hanya memperlihatkan unsur misogini yang mendalam.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami menggesa pelaku supaya memohon maaf secara langsung kepada wartawan yang terjejas, dan bukan melalui orang tengah atau kepada syarikat media.
Walaupun ketika ini belum wujud undang-undang khusus yang melindungi wartawan di Malaysia daripada cubaan mengganggu atau menyekat laporan mereka ketika bertugas di lapangan, undang-undang sedia ada yang mengawal perbuatan serangan atau gangguan tetap terpakai.
Geramm kekal tegas dengan pendirian bahawa tanpa mengira perbezaan pandangan terhadap sesuatu laporan atau bentuk soal jawab, pekerja media tidak seharusnya menjadi sasaran tindakan yang menjejaskan keselamatan, maruah atau kebebasan mereka untuk menjalankan tugas. – Geramm
English version
Geramm condemns intimidation of a female journalist by a top executive of government-linked firm
Gerakan Media Merdeka (Geramm) condemns the intimidation of a female journalist by a top member of the management of government-linked firm for posing a question to a minister recently.
Geramm stands in solidarity with the National Union of Journalists Malaysia (NUJM) that had earlier condemned the physical attack on one of its members.
The perpetrator’s act of allegedly pulling at the journalist’s media card worn around her neck is clear-cut intimidation, if not tantamount to physical assault.
Geramm reiterates our stand that no journalist should be harassed or intimidated for asking legitimate question in the public interest.
Such conduct reflects arrogance and has no place in a democratic society. Targeting a female journalist for doing her job only reflects deep-seated misogyny.
We urge the perpetrator to apologise to the affected journalist directly, instead of through an intermediary or to the media company.
While there are currently no laws that protect journalists in Malaysia against attempts to interfere in or restrict their reporting while on the ground, laws that govern general acts of alleged assault or harassment still apply.
Geramm remains firm in our position that regardless of differing views on reporting or questioning, media workers should not be subjected to actions that compromise their safety, dignity or ability to work freely. – Geramm
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

