Enam cadangan kesiapsiagaan menghadapi pasca banjir

JUAN PABLO SERRANO ARENAS/ PEXELS

Berikutan kejadian banjir yang melanda di beberapa buah negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang dan telah melibatkan ramai yang kehilangan tempat tinggal, harta dan aset, terdapat kekhawatiran akan meningkatnya kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan terutamanya kes keganasan rumah tangga.

Rakyat juga mula mempersoalkan apabila pihak berwajib lambat dalam membuat keputusan memberi respon terhadap pengurusan krisis bencana dan kurang penjelasan untuk bertanggungjawab apabila banjir teruk bermula yang telah memberi kesan kepada rakyat.

Sebagai langkah proaktif, pihak Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa cadangan tindakan untuk memastikan peningkatan kes keganasan terhadap wanita dapat dibendung.

Bencana alam dan keganasan rumahtangga

Bencana alam seperti banjir besar yang kini melanda Malaysia adalah satu petanda bahawa persedian untuk menghadapi pasca banjir harus diperkemaskan. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa selepas bencana alam berlaku, kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak akan meningkat.

Terdedah kepada bencana alam boleh menyebabkan keganasan berlaku melalui peningkatan tekanan yang boleh mencetuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, peningkatan persekitaran yang membolehkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan berlaku dan punca asas yang boleh memburukkan keadaan keganasan.

Selepas pandemik Covid dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, Malaysia telah mengalami lonjakan peningkatan kes keganasan rumah tangga (lebih dua kali ganda dari kebiasaan). Ini menunjukkan bahawa persediaan awal diperlukan untuk sebarang kemungkinan terdapat lonjakan peningkatan kes keganasan berikutan banjir besar yang melanda.

Oleh itu, amat penting untuk pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat terutamanya jawatankuasa keganasan rumah tangga dan pihak yang berwajib mengambil langkah pantas dan tuntas agar peningkatan kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan tidak berleluasa.

READ MORE:  Flood calamity: It’s not just about heavy rainfall!

Cadangan tindakan adalah seperti berikut;

1. Memastikan laluan sedia ada untuk mendapatkan bantuan tidak terganggu termasuk bantuan mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dan keselamatan kepada mangsa keganasan rumah tangga dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

  • Banjir besar menyebabkan mangsa atau pemandiri berkemungkinan sukar untuk mendapatkan pengangkutan untuk bergerak mendapatkan bantuan disebabkan oleh kenderaan seperti kereta, motorsikal dan basikal yang dimiliki telah rosak akibat banjir atau mereka tidak menpunyai wang yang cukup untuk mendapatkan menaiki pengangkutan awam
  • Kerajaan dan penyedia perkhidmatan seperti Talian Kasih 15999/019 26 15999 dan pihak polis 999 perlu lebih memberikan perhatian kepada pelaporan dan mampu memberikan nasihat secara ‘remote’ dan menjalankan penyelamatan

2. Sumber kerajaan harus mengutamakan tindak balas terhadap keganasan rumah tangga dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan apabila bencana alam berlaku.

  • Berikutan Covid dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang lepas, kebanyakan sumber kerajaan telah digunakan secara tidak sengaja seperti pegawai polis yang bertugas untuk mengendalikan kes-kes penderaan terpaksa ditempatkan untuk menjaga sekatan jalan raya dan menyebabkan siasatan kes-kes penderaan tergendala atau ditangguhkan kerana kekurangan kakitangan untuk mengendalikan kes
  • Lebih banyak sumber mesti diperuntukan sebagai tindak balas kepada bencana alam seperti banjir besar yang berlaku. Kita mesti melihat tindak balas keganasan terhadap wanita adalah sebahagian daripada tindak balas bencana dan meletakkan sebagai satu keutamaan. Adalah penting agar kerajaan tidak mengalihkan sumber (sama ada sengaja atau tidak) jauh daripada tindak balas keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan
  • Antara peruntukan khas harus diberikan keutamaan adalah:
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil lebih ramai pekerja sosial bagi membantu keadaan krisis banjir
    • Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menambah bilangan kakitangan di pusat khidmat krisis sehenti
    • Tambahan peruntukan kepada Talian Kasih bagi menambah bilangan kakitangan untuk menerima panggilan kes
  • Peruntukkan belanjawan tahun 2022 sebanyak RM13 juta untuk bahagian siasatan jenayah seksual, wanita dan kanak-kanak (D11), polis tidak dipotong dan dikekalkan saban tahun
READ MORE:  Floods swamp Malaysia more frequently than the ousting of 'bad' politicians

3. Tempat perlindungan wanita (dan penyedia perkhidmatan lain) tidak menghadapi halangan untuk beroperasi dan mendapat bantuan kos operasi dari kerajaan

  • Tempat perlindungan dan NGO berdepan dengan peningkatan kos pengoperasian disebabkan oleh peningkatan kes keganasan rumah tangga. Ini untuk memastikan tempat perlindungan sentiasa memenuhi piawaian dan prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan seperti sanitasi, ujian Covid, ruang fizikal yang banyak bagi setiap mangsa yang terselemat, dan menguruskan bebas kes yang lebih banyak
  • Krisis banjir boleh memburukkan keadaan untuk menampung lebih banyak mangsa
  • Berikutan peruntukkan Belanjawantahun 2022 sebanyak RM10 juta bagi mewujudkan tempat perlindungan khas bagi mangsa keganasan ruman tangga iaitu pusat sokongan sosial sehenti, kerajaan disarankan untuk menyokong kos operasi tempat perlindungan – sama ada kerajaan atau NGO – dan mempercepatkan pengoperasian yang telah lama tertangguh akibat Covid

4. Menubuhkan sistem penyelarasan di antara pasukan pengurusan bencana, pasukan penguatkuasaan undang-undang, jawatankuasa keganasan rumah tangga dan pihak berkuasa kesihatan untuk mencegah keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dan merawat kesihatan kesan dari krisis bencana alam.

5. Pakej bantuan ekonomi haruslah sensitif gender terutamanya mangsa yang mengalami krisis banjir dengan memastikan wanita yang dalam proses perceraian boleh mendapatkan bantuan, sama ada wanita atau lelaki yang layak sebagai ‘ketua isi rumah’ layak untuk mendapatkan bantuan, dan peruntukan khas untuk ibu tunggal.

6. Komunikasi dan pesanan khidmat masyarakat harus berterusan dan merangkumi pesanan penting berikut:

  • Keganasan rumah tangga adalah salah di sisi undang-undang dan mangsa berhak mendapatkan pertolongan walaupun ketika dalam pasca banjir
  • Saluran sokongan yang masih dapat diperolehi mangsa yang mengalami keganasan rumah tangga walaupun ketika dalam krisis banjir
  • Kaedah penyampaian pesanan khidmat masyarakat mengenai keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan dipelbagaikan (contohnya melalui SMS, sidang media, ketika pengumuman harian oleh Majlis Keselamatan Negara atau menteri, berita nasional dan media sosial).
READ MORE:  Images of suffering, bumbling and sheer idiocy

Enam cadangan tindakan di atas adalah tindak balas yang harus diambil perhatian oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat terutamanya jawatankuasa keganasan rumah tangga untuk menangani keganasan terhadap wanita (terutamanya keganasan rumah tangga). Kita harus mempertingkatkan usaha penyelarasan dasar yang ada bersama dengan semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan krisis banjir besar yang sedang melanda negara.

WAO akan terus menyediakan khidmat sokongan kepada mangsa keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan terutamanya mangsa keganasan rumahtangga sepanjang tempoh krisis ini sedang berlaku. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan semua pekerja barisan hadapan dan unit beruniform atas perkhidmatan yang diberikan pada waktu genting ini.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments