Edict tidak boleh menerima jawapan pesuruhjaya polis Sarawak (Malay/English)

Kenyataan pesuruhjaya polis Sarawak tersebut langsung tidak memberikan maklum balas mengenai prosedur penahanan kanak-kanak perempuan di bawah umur

File photo: themalaymailonline

[ENGLISH VERSION BELOW] Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) sangat terkejut serta terkilan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail kelmarin berkenaan kes rogol seorang tahanan bawah umur yang berpunca daripada kecuaian dan kegagalan pihak polis.

Edict ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pesuruhjaya polis Sarawak tersebut adalah satu kenyataan yang tidak boleh diterima dan sangat memalukan polis sebagai sebuah institusi agensi penguatkuasa undang-undang yang profesional, berintegriti, beretika tinggi serta berwibawa.

Merujuk kepada kenyataan tersebut (yang dilaporkan di Free Malaysia Today pada 18 Januari), Aidi menyebut bahawa kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lokap tersebut tidak dapat memberi maklumat berkenaan apa yang berlaku di dalam lokap tersebut memandangkan kamera di lokap tersebut tidak mempunyai sistem rakaman.

Bagaimanakah seorang pesuruhjaya polis yang sepatutnya memastikan setiap ciri keselamatan di mana-mana pusat tahanan dibawah jagaan serta seliaan beliau berfungsi dengan baik tidak mengetahui mengenai isu sistem rakaman CCTV yang tidak berfungsi seperti yang berlaku di dalam kes ini?

Adakah beliau juga tidak tahu bahawa tujuan kerajaan memutuskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada Mei 2013 adalah bertujuan untuk merakam setiap pergerakan yang berlaku melibatkan tahanan bukan sahaja bagi tujuan keselamatan tahanan akan tetapi bagi mengelakkan tohmahan yang tidak berasas terhadap anggota polis?

Rakaman CCTV tersebut bertujuan untuk dilihat semula sekiranya terdapat wujud apa-apa dakwaan penderaan dan/atau kematian dalam tahanan.

Adakah beliau tidak faham bahawa rakaman CCTV adalah penting dalam apa-apa proses siasatan ketika kes dibicarakan di mahkamah?

Lebih memalukan, kes yang serius seperti yang berlaku di dalam kes ini, melibatkan seorang gadis bawah umur yang dirogol akibat kelalaian anggota polis sendiri, seolah-olah tidak dipandang serius oleh seorang pesuruhjaya polis negeri. Di dalam kes ini beliau mengarahkan timbalannya untuk menyiasat kes tersebut.

Mengapakah satu pasukan polis luar dari Sarawak tidak ditugaskan menyiasat kes ini? Bukankah siasatan kes ini perlu diadakan secara bebas dan telus demi keyakinan rakyat? Pada tahap ini kami ingin merujuk kepada kes Ganga Gowri lwn Pendakwa Raya (2012) di mana Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim telah memutuskan seperti berikut:

READ MORE:  Media outlets summoned over reports on deputy police chief's remark

Akhirnya, saya ingin membuat pemerhatian bahawa seorang pegawai penyiasat bagi kes-kes kematian semasa dalam tahanan pihak polis, adalah wajar pegawai penyiasat daripada balai polis atau IPD yang lain menjalankan siasatan. Lebih-lebih lagi sekiranya dalam kes kematian tersebut terdapat tohmahan bahawa pegawai atau anggota balai polis yang sama dikatakan terlibat dengan kematian simati tersebut. Ini adalah supaya siasatan tersebut dilihat lebih transperen, berintegriti serta meyakinkan semua pihak terutama ahli keluarga kepada simati. [eLaw Citation: [2012] MLRHU 1662]

Edict juga mendapati, kenyataan pesuruhjaya polis Sarawak tersebut langsung tidak memberikan maklum balas mengenai prosedur penahanan kanak-kanak perempuan di bawah umur yang telah kami sentuh dalam kenyataan media yang lalu. Pihak polis jelas tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Antara kesalahan polis yang Edict bangkitkan adalah:

  • Tiada penjaga wanita diletakkan bersama tahanan tersebut
  • Membiarkan kanak-kanak tersebut bergaul dengan tahanan dewasa, serta
  • Meletakkan kanak-kanak tersebut didalam lokap tanpa sebab yang munasabah

Edict ingin menegaskan bahawa setelah melihat semua fakta dan konteks di dalam kes ini, kenyataan media yang diberikan oleh Aidi dalam kes ini adalah tidak meyakinkan dan menimbulkan pelbagai persoalan berkenaan cara polis, khususnya di Sarawak, menjalankan tugas-tugas mereka mengikut peruntukkan undang-undang.

Kami dengan ini ingin menyeru agar pesuruhjaya polis Sarawak untuk segera meletakkan jawatan akibat kesemua kegagalan tugas serta semua kecelaruan ini.

Kami berpendapat bahawa mana-mana pesuruhjaya polis negeri mestilah bersikap tegas dan maklum mengenai apa yang berlaku dan apa yang diperlukan oleh sebuah balai polis khususnya melibatkan perkara-perkara penting dalam memastikan keselamatan tahanan terjaga rapi.

Jawapan-jawapan seperti CCTV tidak dapat merakam kejadian, mengarahkan timbalan menyiasat kes, serta lain-lain kegagalan di dalam kes ini jelas membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti untuk terus memegang jawatan ketua polis negeri.

English version

Sarawak police commissioner’s response is unacceptable

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) is shocked and disappointed with the statement given by Sarawak Police Commissioner Aidi Ismail yesterday with regard to the negligence and carelessness of the police, which resulted in the rape of a minor detainee.

Edict finds the statement by the Sarawak police commissioner to be unacceptable and a disgrace to the police force, as a professional enforcement agency that has utmost integrity, ethics for the upholding of the law.

READ MORE:  Stop intimidation of media for reporting deputy police chief's statement on rape threat against schoolgirl

With reference to the statement (reported in FMT on 18 January 2020), he mentions that the CCTV cameras in the lock-up had not been functioning and as such, could not be of any assistance in establishing what had happened.

We question how a police commissioner can be unaware of the safety features of all detention centres under his care?

Is the Sarawak police commissioner unaware that the government in May 2013 had made it mandatory to place CCTV cameras in all lock-ups to ensure detainee movements are recorded.

This ‘kill two birds with one stone’ endeavour is an attempt by the government to not only ensure the safety of the detainees but also to prevent unwanted allegations of wrongdoing or misconduct by the police.

Recordings from the CCTV would be invaluable to verify if is any validity to any abuse allegations or deaths to detainees while in police custody.

Is the Sarawak police Commissioner also not aware that CCTV recordings are vital in any criminal investigation process or of its worth in securing convictions in a trial? More embarrassing, this case involved a minor in detention raped due to his police officers’ direct negligence.

From his remarks, the state police commissioner appears to have taken the matter very lightly. In this case, he had instructed his deputy to investigate.

We are wondering why a police taskforce from outside Sarawak has not been formed for transparency and to prevent bias and has not been tasked to investigate this case? This should have been carried out to regain public faith and confidence.

We would like to refer to the Ganga Gowri lawan Pendakwa Raya (2012) case whereby High Court Judge Kamardin Hashim decided inter alia as follows :-

Akhirnya, saya ingin membuat pemerhatian bahawa seorang pegawai penyiasat bagi kes-kes kematian semasa dalam tahanan pihak polis, adalah wajar pegawai penyiasat daripada balai polis atau IPD yang lain menjalankan siasatan. Lebih-lebih lagi sekiranya dalam kes kematian tersebut terdapat tohmahan bahawa pegawai atau anggota balai polis yang sama dikatakan terlibat dengan kematian simati tersebut. Ini adalah supaya siasatan tersebut dilihat lebih transperen, berintegriti serta meyakinkan semua pihak terutama ahli keluarga kepada simati. [eLaw Citation: [2012] MLRHU 1662]

Edict is also of the view that the Sarawak police commissioner did not respond to our queries with regard to the arrest procedure for the minor’s detention, which we had highlighted in our previous media statement. This clearly indicates that the police had not adhered to the Child Act 2002 in this case. Amongst the concerns raised were:

  • No female officer had been placed with the female minor
  • The child was allowed to be placed among adult detainees
  • The child was placed in the lock-up without any compelling, cogent, valid reasons
READ MORE:  Patriot commends Johor police chief Ayob Khan, a heroic crimebuster

Based on the facts and context of the case (according to the Sarawak police commissioner’s media statement), Edict considers this case to have raised many doubts and questions over how the police force, especially in Sarawak, carries out its duties as mandated by law, thus eroding public confidence.

In the circumstances, we urge the Sarawak police commissioner to resign with immediate effect based on his failure to uphold his duties and for the crime permitted to be committed against the minor in this case.

We strongly call for all state police commissioners to be steadfast and unrelenting in strictly adhering to the law and to proper procedures when carrying out their duties. They must be cognisant of what is needed in all lock-ups under their care, especially the ones that involve detainees’ safety.

Lame excuses by the Sarawak police commissioner, that CCTV recordings are not available, and his asking subordinates to investigate a case that has the nation’s attention, have clearly shown his inability and raise serious doubts about his credibility in carrying out his duties as a state police commissioner.

Sumber/Source: Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments