Edict sokong saranan Majlis Peguam untuk wujudkan akta koroner

Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh presiden Majis Peguam Salim Bashir pada 26 November yang lalu, Majlis Peguam telah menyarankan supaya kerajaan mewujudkan akta koroner bagi melancarkan lagi perjalanan kes-kes inkues di Malaysia.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) ingin menyatakan sokongan atas saranan yang dibuat oleh Majlis Peguam tersebut.

Selaku sebuah badan NGO yang fokus dalam mengendalikan kes-kes inkues berkaitan kematian dalam tahanan, Edict merasakan cadangan mewujudkan akta koroner ini adalah satu keperluan yang benar-benar mendesak ketika ini.

Terlalu banyak kes kematian dalam tahanan berlaku tanpa diadakan inkues. Keadilan untuk mangsa dan ahli keluarga mangsa diabaikan begitu sahaja.

Walaupun Seksyen 334 Kanun Keseksaan telah mewajibkan pelaksanaan inkues dalam kes-kes kematian dalam tahanan, namun mahkamah koroner dilihat tidak acuh dalam perkara ini.

Kematian dalam tahanan dianggap tidak penting melainkan setelah mendapat liputan meluas oleh pihak media.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri pada 30 Mac 2017, dalam tahun 2010-2016, hanya sebanyak 27 daripada 107 kes kematian dalam tahanan polis telah diadakan inkues. Ini menunjukkan betapa lemahnya proses penyiasatan kematian dalam tahanan di negara kita.

Oleh itu, Edict berpandangan bahawa kerajaan harus mendengar dan mengangkat cadangan yang dikeutarakan ini serta dengan segera mengambil langkah untuk mewujudkan dan melaksanakan akta koroner supaya setiap kematian yang berlaku dalam tahanan di negara ini akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Edict juga ingin menyatakan bahawa kami sentiasa bersedia untuk sebarang konsultasi dan perbincangan dalam proses ke arah mewujudkan rang undang-undang akta koroner tersebut.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.