Edict setuju saranan Zuraida berkenaan transformasi CCTV lokap

File photo: themalaymailonline

Merujuk kenyataan media menteri Zuraida Kamarudin pada 14 Februari 2021, beliau telah menyarankan dan menggesa kerajaan agar membuat transformasi ke atas penggunaan CCTV di dalam lokap seluruh negara.

Dalam kenyataan tersebut, beliau mengulas mengenai kes seorang gadis dirogol di dalam lokap balai Polis Miri yang dibangkitkan oleh kami pada bulan lalu.

Walaupun kenyataan beliau agak lewat dikeluarkan iaitu selepas sebulan kejadian berlaku, Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) tetap bersetuju dan menyokong penuh gesaan menteri ini dalam memastikan kes-kes melibatkan tahanan di dalam lokap dapat diadili dengan baik dan adil.

Dengan adanya sistem rakaman CCTV yang baik, sudah tidak wujud lagi kesangsian terhadap para anggota sekiranya mereka menjalankan tugas dengan betul dan mengikut undang-undang.

Di dalam inkues kematian Benedict a/l Thanillas pada tahun 2019, pihak polis mengatakan rakaman CCTV di lokap mereka telah hilang akibat daripada masalah pengstoran yang lemah.

Di dalam kes gadis dirogol di Sarawak di dalam lokap balai Polis Miri, pesuruhjaya polis Sarawak pula mengatakan sistem CCTV mereka tidak mempunyai fungsi rakaman seperti CCTV lain.

Hal-hal seperti ini telah menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap institusi polis yang dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan bukti dan membela para anggota mereka yang jelas patut dipertanggungjawabkan dalam kes seperti ini.

Gesaan dan saranan Zuraida agar kerajaan mengambil berat dalam menyediakan satu sistem CCTV yang berfungsi dengan sempurna adalah wajar disokong. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.