Edict sambut baik usaha untuk mengkaji kes kematian dalam tahanan, namun biar mahkamah tentukan

46 views
File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse In Custody Together (Edict) merujuk kenyataan daripada pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkenaan usaha mengkaji kes-kes kematian dalam tahanan seperti yang disiarkan di media.

Laporan berita itu memetik kenyataan Mohd Sidek Hassan selaku pengerusi EAIC yang dilaporkan sebagai berkata, kajian itu akan diketuai oleh timbalan pengerusi EAIC dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali.

Edict juga memuji kepekaan EAIC untuk melibatkan badan-badan NGO yang terlibat dalam mengendalikan kes kematian dalam tahanan seperti yang dipetik dalam kenyataan Mohd Sidek: “EAIC will mobilise collaboration with stakeholders from public service agencies, as well as non-governmental organisations to ensure that the voice and wishes of every organisation are taken into account.”

Namun Edict ingin mengingatkan bahawa sebab kematian dalam tahanan hendaklah tetap ditentukan oleh Mahkamah Koroner. Hanya Mahkamah Koroner yang diberi kuasa oleh undang-undang melalui Kanun Prosedur Jenayah dalam Seksyen 334 yang mengatakan:

“When any person dies while in the custody of the police or in a psychiatric hospital or prison, the officer who had the custody of that person or was in charge of that psychiatric hospital or prison, as the case may be, shall immediately give intimation of such death to the nearest Magistrate, and the Magistrate or some other Magistrate shall, in the case of a death in the custody of the police, and in other cases may, if he thinks expedient, hold an inquiry into the cause of death.”

Justeru, Edict berharap tidak ada pihak-pihak yang akan mendahului mahkamah dalam menentukan sebab dan punca kematian dalam tahanan melainkan Mahkamah Koroner.

READ MORE:  Edict sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan, mahu kementerian dalam negeri ambil berat aduan ketua polis

Walaubagaimanapun usaha murni EAIC dalam memastikan tiada perlanggaran hak asasi manusia dan undang-undang oleh pasukan beruniform seperti polis dan jabatan penjara adalah wajar diberi penekanan dan perhatian.

Edict mengucapkan syabas kepada EAIC atas kepekaan dalam isu berkaitan kematian dalam tahanan. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments