Edict sambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan, mahu kementerian dalam negeri ambil berat aduan ketua polis

Edict menyarankan agar IPCMC ditubuhkan bagi tujuan jangka panjang bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap polis

11 views
File photo: themalaymailonline

Mahkamah Persekutuan pada 22 Mac 2021 telah mengawadkan bayaran gantirugi teruk kepada keluarga mangsa kematian dalam tahanan, mendiang Chandran Perumal.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) menyambut baik atas keputusan tersebut. Ini akan menjadi satu penanda aras dan precedent bagi setiap kes kematian dalam tahanan di masa hadapan.

Semoga dengan bayaran gantirugi yang tinggi ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran buat kerajaan dan polis agar tidak sewenang-wenangnya mengabaikan tahanan semasa berada di dalam tahanan.

Edict juga ingin mempersoalkan apakah tindakan polis dalam kes ini sejurus mengetahui keputusan inkues pada 16 Januari 2015 dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 22 Mac 2021? Apakah tindakan yang telah diambil ke atas anggota-anggota polis yang terlibat di dalam kematian Chandran Perumal?

Dalam perkembangan lain, Edict merujuk kenyataan ketua polis negara pada 22 Mac 2021 mengenai isu kartel Polis. Hamid Bador telah mengulangi tentang masalah anggota polis berpangkat tinggi serta pihak atasan polis yang mengamalkan budaya memeras wang.

Edict kesal mengapa Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin serta kerajaan seolah-olah tidak mengambil serius akan permasalahan yang ditimbulkan ketua polis negara ini? Menteri juga bersikap dalam penafian apabila isu ini dibangkitkan minggu lalu.

Edict merasakan menteri dalam negeri serta kerajaan harus mengambil serius berkenaan isu kartel polis tersebut dan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu kartel polis ini dengan segera.

Pada masa yang sama, Edict menyarankan agar IPCMC ditubuhkan bagi tujuan jangka panjang bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap polis sebagai sebuah institusi yang professional, berwibawa serta berintegriti tinggi. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments