Edict kecam kes penderaan ke atas tahanan di Penjara Pulau Pinang

0
69 views
Image: themalaymailonline.com

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) memandang serius kes berkenaan kes penderaan ke atas tahanan bernama Lim Kung Wah yang berlaku baru-baru ini.

Lim mendakwa dirinya dipukul berulang kali ketika beliau dalam tempoh reman di Penjara Pulau Pinang. Lim membuat dakwaan itu dihadapan majistret di Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

Edict ingin menegaskan bahawa pihak Jabatan Penjara perlu mengambil langkah tegas ke atas kakitangan yang didakwa telah sengaja mendatangkan ancaman fizikal ke atas tahanan tersebut.

Penderaan fizikal dan mental ke atas tahanan tidak seharusnya berlaku, dan Jabatan Penjara sepatutnya sudah bersedia dengan pelbagai langkah untuk menangani kes-kes seperti ini memandangkan isu kematian dan penderaan dalam tahanan telah acap kali berlaku dan pengabaian serta kecuaian pihak penjara telah berulang kali dibangkitkan sama ada di dalam atau luar mahkamah.

Pengabaian dan kecuaian dalam menjalankan tugas adalah kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa dibawah Kanun Keseksaan, apatah lagi dalam kes-kes yang mendatangkan kecederaan fizikal dan kematian.

Edict menggesa mangsa yang terlibat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya mengikut undang-undang bagi memastikan kejadian ini tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada para kakitangan di penjara. Kami harap mangsa akan turut melaporkan perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Edict senantiasa bersedia untuk memberikan bantuan undang-undang kepada mangsa berkenaan perkara ini.

25 September 2020

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments