Edict gesa polis ikut prosedur operasi standard untuk tahanan

0
121 views
Photograph by Tumisu/Pixabay

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) dimaklumkan terdapat satu kes dimana dua tahanan yang didapati positif Covid-19 telah dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk didakwa.

Menurut laporan berkenaan, kedua-dua tahanan tersebut sebelum ini ditempatkan di lokap berpusat Jinjang. Perkara ini sangat membimbangkan, dan Edict memandang serius akan hal ini.

Edict pernah mengeluarkan satu kenyataan pada 18 Mac yang lalu dimana kami menegaskan betapa pentingnya untuk pihak kerajaan memastikan pematuhan prosedur operasi standard seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan di pusat-pusat tahanan.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak polis dan pihak penjara untuk memastikan prosedur operasi standard tersebut turut diamalkan terutamanya di kalangan tahanan.

Namun, apa yang berlaku di lokap Jinjang tersebut menunjukkan bahawa pihak polis telah gagal untuk memastikan prosedur operasi standard tersebut dipatuhi, malahan telah menimbukan risiko penularan wabak di kalangan tahanan.

Edict juga bimbang akibat kelalaian pihak polis ini akan memberi kesan terhadap mereka yang berkhidmat di mahkamah seperti hakim, kakitangan mahkamah dan peguam.

Edict memerhatikan, walaupun kita di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat di mana orang awam diwajibkan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan, namun pihak polis dilihat tidak mengambil tindakan sama terhadap para tahanan reman yang berada di bawah pengawasan mereka.

Terdapat tahanan yang tidak diberikan topeng muka, tidak dibekalkan hand sanitiser dan juga langsung tiada penjarakan fizikal antara tahanan-tahanan sama ada di dalam lokap atau di mahkamah. Apakah pihak polis tidak menjangkakan hal ini?

Kami menggesa pihak polis segera mengambil langkah berikut demi memastikan para tahanan dan kakitangan yang bertugas di pusat tahanan tidak terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini:

READ MORE:  State of emergency: For self preservation – or to protect the nation?

Membekalkan dan mewajibkan pemakaian topeng muka di kalangan tahanan

Mewajibkan para tahanan kerap mencuci tangan dengan membekalkan hand sanitiser

Memastikan terdapat penjarakan fizikal antara tahanan-tahanan

Di samping itu, Edict juga ingin mengingatkan pihak polis bahawa tujuan reman hanyalah untuk membantu siasatan dan tidak harus diminta dengan sewenang-wenangnya jika tiada kepeluan untuk menahan seseorang itu.

Menahan seseorang di dalam lokap ketika musim pandemik ini hanya akan menambahkan lagi risiko jangkitan dan membahayakan nyawa tahanan yang sedia ada serta kakitangan di pusat tahanan, termasuk nyawa anggota polis sendiri.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments