Dakwaan ketua polis terdapat ‘kartel’ dalam kalangan anggota: Edict desak IPCMC segera

Adalah mustahil untuk menyelesaikan masalah ini dengan satu proses siasatan yang dilakukan hanya di peringkat dalaman polis semata-mata.

Hamid Bador - THE STAR

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) mengambil serius kenyataan Ketua Polis Negara Hamid Bador berkenaan penglibatan anggota polis dalam “kartel” jenayah.

Kenyataan yang dikeluarkan ketua polis itu dibuat pada 1 Januari lalu dalam satu temubual dengan akhbar Utusan Malaysia (lihat pautan).

Kenyataan ketua polis itu menyatakan bahawa terdapat “kartel” dalam kalangan anggota polis berpangkat tinggi untuk mewujudkan satu rangkaian anggota yang akan berpakat dengan penjenayah.

Edict berasa gusar dengan berita ini, namun pada masa yang sama menyambut baik keberanian ketua polis negara untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai perkara ini.

Edict juga menyambut baik keterbukaan ketua polis untuk menerima aduan dan kerjasama orang awam dalam membendung masalah salahlaku anggota polis seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam wawancara tersebut.

Edict berharap, salahlaku jenayah dan masalah disiplin yang melibatkan para anggota ini tidak hanya berakhir dengan tindakan disiplin di peringkat dalaman sahaja. Anggota yang terlibat hendaklah ditahan dan didakwa sepertimana orang awam lain yang melakukan jenayah.

Proses siasatan yang telus dan bebas mesti dilakukan segera. Rancangan penubuhan IPCMC [Independent Police Complaints and Misconduct Commission] yang tergendala sejak tahun 2005 mestilah segera dilaksanakan oleh kerajaan.

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini, Takiyuddin Hassan, dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hendaklah memberikan perhatian penuh dalam usaha menubuhkan IPCMC ini.

Edict berpendapat, sekiranya orang awam diawasi oleh pihak polis, maka pihak polis pula memerlukan suatu badan lain yang bukan terdiri dari kalangan pihak polis sendiri untuk mengawasi dan mengadili tindakan mereka.

IPCMC adalah jawapan terbaik dalam membendung masalah kartel dalam polis hari ini. Adalah mustahil untuk menyelesaikan masalah ini dengan satu proses siasatan yang dilakukan hanya di peringkat dalaman polis semata-mata.

READ MORE:  C4 Center supports police chief’s tough stance on corruption

Sekiranya ketua polis dan kerajaan benar-benar mahu membendung masalah ini daripada menular dan menjadi lebih serius, maka kerajaan dan polis harus bersikap terbuka untuk menerima proses siasatan yang dikendalikan oleh badan yang bebas dan bukan terdiri daripada kalangan anggota polis itu sendiri.

Tindakan tegas oleh ketua polis dan kerajaan mestilah ditunjukkan kepada para anggota dan juga orang awam supaya kredibiliti polis dapat ditegakkan dan memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap kerajaan dan polis.

Sumber: Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
loyal malaysian
loyal malaysian
5 Jan 2021 2.58pm

Kenyataan IGP sangat menakutkan !
Kartel dalam anggota polis yang berpangkat tinggi bermakna tiada kes yang membabitkan mereka akan di bawa ke muka pengadilan.

Adakah ini sebabnya tiada maklumat lanjut berkaitan kes anggota polis pangkat tinggi yang dikaitkan dengan kes judi haram di Kuala Lumpur tidak lama dahulu?

Seperti EDICT gesa, IGP perlu bukan sahaja berani cakap tetapi perlu berani buat. Malangnys kerajaan yang tidak bermaruah sekarang tidak akan berikan sokongan kepada beliau.