
[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh untuk menangani peningkatan hutang isi rumah Malaysia, yang melonjak daripada RM1.53tn pada 2023 kepada RM1.57tn menjelang pertengahan 2024.
Angka yang amat membimbangkan ini kini berjumlah 83.8% daripada keluaran dalam negari kasar (KDNK), menjadikan Malaysia antara negara yang paling banyak berhutang di rantau Asean.
Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman perumahan merupakan bahagian terbesar (61%) daripada hutang isi rumah, diikuti oleh pinjaman kenderaan (13.5%), pembiayaan peribadi (12.4%), dan kewajipan kewangan lain seperti hutang kad kredit, pembelian harta bukan kediaman dan sekuriti.
Pinjaman perumahan dan kenderaan secara kolektif membentuk 74.5% daripada jumlah hutang isi rumah, menunjukkan isu sistemik yang memerlukan campur tangan segera.
Hutang isi rumah akan terus meningkat melainkan punca asasnya ditangani.
Membina rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah untuk dijual bukanlah penyelesaian yang berdaya maju jika orang ramai mesti menanggung hutang yang banyak untuk membayarnya. Jika institusi kewangan menolak permohonan pinjaman, rumah pangsa ini berisiko menjadi hartanah tidak terjual, seterusnya memburukkan lagi isu ini.
Sebaliknya, CAP amat menyokong skim perumahan sewa-untuk-milik (rent-to-own) sebagai penyelesaian yang mampan untuk meningkatkan pemilikan rumah tanpa tekanan kewangan yang berlebihan terhadap pengguna.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Perumahan moden tidak direka untuk menempatkan keluarga besar, memaksa kanak-kanak dalam keluarga sedemikian untuk mencari rumah sendiri sebaik sahaja mereka mula bekerja atau mencapai umur yang boleh berkahwin. Akibatnya, ramai yang beralih kepada pinjaman bank, dan memandangkan kos perumahan yang tinggi, pinjaman ini merupakan bahagian terbesar hutang isi rumah.
Begitu juga dengan pemilikan kereta di Malaysia yang sering dilihat sebagai satu keperluan berbanding kemewahan kerana pengangkutan awam yang tidak mencukupi.
Untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman kenderaan, CAP menggesa supaya sistem pengangkutan awam dirombak untuk memastikan ia:
- Boleh diharap – Kerosakan yang minimum dan selang perkhidmatan yang tetap
- Terjangkau – Boleh diakses oleh kumpulan berpendapatan rendah
- Mudah – Mudah dicapai tanpa melintas lebuh raya dan jalan utama
- Menepati masa – Membolehkan penumpang merancang perjalanan mereka dengan berkesan
Mempertingkatkan sistem pengangkutan awam adalah penting kerana ia akhirnya akan mengurangkan permintaan bagi pembesaran rangkaian jalan raya dan lebih-lebih lagi, jalan raya memerlukan penyelenggaraan yang mahal.
Dianggarkan Malaysia mempunyai 23 juta kenderaan persendirian bagi 34 juta penduduk.
Tumpuan kerajaan untuk mempromosi kenderaan elektrik tidak akan mengurangkan kesan negatif pemilikan kereta sebaliknya memburukkan lagi keadaan kerana akan terdapat permintaan bagi tenaga elektrik untuk mengecas semula dan sisa tidak boleh dikitar semula daripada bateri kenderaan electrik yang telah tamat tempoh, yang berkemungkinan akan berakhir di tapak pelupusan sampah.
Bank Negara memainkan peranan penting dalam menjaga kestabilan kewangan dengan memantau dan mengawal selia aktiviti pemberian pinjaman.
Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System – CCRIS) yang memberikan pandangan mengenai trend peminjaman, mendedahkan bahawa rakyat Malaysia telah mengumpul hutang yang besar dalam bidang utama berikut pada Disember 2024:
- Pinjaman hartanah kediaman: RM34.5bn
- Pinjaman kenderaan penumpang: RM15.8bn
- Pembiayaan peribadi (perkahwinan, pengubahsuaian rumah, dll): RM9.2bn
- Hutang kad kredit: RM3.7bn
- Pinjaman berkaitan sekuriti: RM2.4bn
CAP menggesa institusi kewangan untuk menerimapakai amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab dan agar kerajaan melaksanakan dasar yang menggalakkan perancangan kewangan yang mampan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Lebih penting lagi, orang ramai mestilah dididik mengenai pengurusan hutang peribadi untuk mengelakkan masalah kewangan. Strategi pemasaran yang kukuh menarik pengguna untuk sama ada membelanjakan belanjawan mereka sehingga terpaksa menggunakan kad kredit mereka atau menggunakan cara “beli dulu, bayar kemudian”.
Pengguna mestilah memantau perbelanjaan mereka dengan berhati-hati kerana inflasi mungkin tidak membenarkan mereka mengekalkan gaya hidup mereka tanpa meningkatkan perbelanjaan mereka.
Inflasi mungkin akan meningkat pada tahun-tahun akan datang walaupun hanya dengan melihat syiling 1 sen yang telah keluar dari edaran dan syiling 5 sen menjadi semakin jarang.
Kerajaan mestilah mengambil tindakan segera untuk mengurangkan krisis hutang isi rumah yang semakin meningkat. Menangani rumah mampu milik melalui skim sewa-untuk-milik dan menambah baik infrastruktur pengangkutan awam adalah satu langkah penting.
Selain itu, peraturan kewangan yang lebih ketat dan inisiatif pendidikan pengguna mestilah dilaksanakan untuk mengelakkan rakyat Malaysia daripada terjerumus ke dalam hutang yang lebih dalam. – CAP
Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
English version
CAP calls for debt control in Malaysia
The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges the government to take a comprehensive approach to address Malaysia’s rising household debt, which surged from RM1.53tn in 2023 to RM1.57tn by mid-2024.
This alarming figure now stands at 83.8% of the country’s gross domestic product (GDP), making Malaysia one of the most indebted nations in the Asean region.
According to the Ministry of Finance, housing loans account for the largest share (61%) of household debt, followed by vehicle loans (13.5%), personal financing (12.4%), and other financial obligations such as credit card debt, non-residential property purchases and securities.
Housing and vehicle loans collectively constitute 74.5% of total household debt, indicating a systemic issue that requires urgent intervention.
Household debt will continue escalating unless the underlying causes are addressed.
Constructing low and low-medium-cost flats for sale is not a viable solution if people must take on substantial debt to afford them.
If financial institutions reject loan applications, these flats risk becoming overhang properties, further exacerbating the issue.
Instead, CAP strongly advocates for rent-to-own housing schemes as a sustainable solution to improve home ownership without excessive financial strain on consumers.
Modern housing is not designed to accommodate extended families, forcing children in such families to seek their own homes once they start working or reach marriageable age.
As a result, many turn to bank loans, and given the high cost of housing, these loans constitute the largest portion of household debt.
Similarly, car ownership in Malaysia is often seen as a necessity rather than a luxury due to inadequate public transport.
To reduce dependency on vehicle loans, CAP calls for a revamp of the public transport system to ensure it is:
- Reliable – minimal breakdowns and regular service intervals
- Affordable – accessible to low-income groups
- Convenient – easily reachable without crossing highways and major roads
- Punctual – enabling commuters to plan their trips effectively
Enhancing the public transport system is crucial because it will eventually reduce the demand for road expansion and, moreover, roads require costly maintenance.
It has been estimated that Malaysia has 23 million personal vehicles for a population of 34 million.
The government focus-on promoting electric vehicles will not reduce the negative impact of car ownership but instead exacerbate the situation, as there will be a demand for electricity for recharging and non-recyclable waste from expired electric vehicles batteries, which are likely to end up in landfills.
Bank Negara plays a critical role in safeguarding financial stability by monitoring and regulating lending activities. The Central Credit Reference Information System (CCRIS) provides insights into borrowing trends, revealing that Malaysians have accumulated substantial debt in key areas as in December 2024:
- Residential property loans: RM34.5bn
- Passenger vehicle loans: RM15.8bn
- Personal financing (weddings, home renovation, etc): RM9.2bn
- Credit card debt: RM3.7bn
- Securities-related loans: RM2.4bn
CAP urges financial institutions to adopt responsible lending practices and for the government to implement policies that encourage sustainable financial planning among Malaysians.
More importantly, the public must be educated on managing personal debt to prevent financial distress. Strong marketing strategies entice consumers to either overspend their budget resulting in having to use their credit card or resort to “buy now, pay later”.
Consumers must watch their spending very carefully because inflation may not permit them to maintain their lifestyles without increasing their expenditure. Inflation is likely to escalate in the years to come, even just by watching the one-sen coins going out of circulation and five-sen coins becoming rare.
The government must take immediate action to mitigate the rising household debt crisis.
Addressing housing affordability through rent-to-own schemes and improving public transport infrastructure are crucial steps.
Additionally, stricter financial regulations and consumer education initiatives must be implemented to prevent people in Malaysia from falling into deeper debt.
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme