Cadangan tambak laut Karpal Singh Drive: Lanjutkan tempoh maklum balas

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Jawatankuasa bertindak Perlindungan Karpal Singh Drive (LindungKarpal) telah ditubuhkan pada 16 Mar secara rasmi untuk membantah projek penambakan tanah yang dicadangkan dari tapak pelupusan Jelutong sehingga Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang.

Jawatankuasa ini menggesa pihak berkuasa untuk melanjutkan tarikh akhir maklum balas awam.

Jawatankuasa ini, yang mewakili penduduk dari pelbagai komuniti perumahan di kawasan terjejas, menggesa pelanjutan tempoh maklum balas awam terhadap laporan penilaian kesan alam sekitar dari 22 Mac hingga 30 April 2025.

“Tempoh maklum balas semasa adalah tidak mencukupi dan mengecualikan ramai penduduk yang terjejas,” kata AD Chandrasekaran, pengerusi LindungKarpal.

“Notis awal hanya dipaparkan di laman Facebook Jabatan Alam Sekitar pada 12 Februari, menyebabkan ramai penduduk tidak mengetahui perkembangan kritikal ini.

“Jawatankuasa menggesa pihak berkuasa untuk memberikan pelanjutan ini bagi memastikan semua ahli komuniti dapat mengambil bahagian dalam proses demokratik yang penting ini.”

Rayuan segera kepada pihak berkuasa

Jawatankuasa Bertindak Perlindungan Karpal Singh Drive menggesa:

  • Jabatan Alam Sekitar untuk meluluskan permintaan pelanjutan dengan segera hingga 30 April 2025
  • Wakil-wakil rakyat tempatan untuk menyokong permintaan pelanjutan ini dan berdiri bersama komuniti yang terjejas
  • Pegawai-pegawai kerajaan negeri untuk mengutamakan penglibatan komuniti yang telus dalam semua projek pembangunan

Seruan tindakan komuniti

Jawatankuasa juga menggesa semua rakyat yang prihatin untuk:

READ MORE:  SAM tolak tambak, cadang penutupan selamat tapak pelupusan sisa Jelutong (Malay/English)

Komuniti yang terjejas

“Projek ini akan membawa kesan yang meluas terhadap kawasan kejiranan, sekolah dan tempat ibadat kami,” tambah Chandrasekaran. “Tempoh perundingan yang sewajarnya bukan sekadar formality – ia adalah penting untuk melindungi masa depan komuniti kami.”

Mengenai projek penambakan

Projek yang dicadangkan melibatkan pemulihan tapak pelupusan sampah dan penambakan tanah di Middle Bank untuk pembangunan bercampur di Seksyen 8, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Penduduk bimbang tentang potensi kesan alam sekitar, peningkatan kesesakan lalu lintas dan isu-isu lain yang mungkin memberi kesan kepada kualiti hidup di kawasan sekitar. – LindungKarpal

AD Chandrasekaran ialah pengerusi jawatankuasa bertindak Lindung Karpal Singh Drive.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments