Buku Telenisa: Statistik & Dapatan 2020 mengupas isu yang dihadapi oleh wanita ketika pandemik Covid (Malay/English)

Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

Telenisa, klinik bantuan guaman di bawah Sisters in Islam (SIS) telah melancarkan buku Telenisa: Statistik & Dapatan 2020 menerusi platform Facebook Sisters in Islam dan Telenisa yang mengupas isu-isu yang dihadapi oleh wanita ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan untuk mengawal penularan Covid.

Beroperasi semenjak tahun 2003, klinik guaman Telenisa telah membantu lebih daripada 10,000 orang wanita dari semua lapisan masyarakat dan merupakan satu-satunya perkhidmatan nasihat undang-undang percuma di Malaysia yang memahami konteks dan rintangan yang dialami wanita untuk mendapatkan hak mereka dalam keluarga.

Pandemik Covid telah menyebabkan pelbagai masalah bagi ramai orang, terutamanya golongan wanita kerana kes keganasan rumah tangga melonjak naik sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan dijalankan.

Sebelum perintah kawalan pergerakan, Telenisa beroperasi setiap Selasa hingga Khamis dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Sebagai usaha untuk membantu wanita ketika perintah kawalan pergerakan, Telenisa telah melanjutkan waktu operasi iaitu dari 9 pagi hingga 10 malam dan juga hari operasi kepada setiap Isnin hingga Jumaat. Telenisa juga telah memperluaskan platformnya dari talian tetap ke WhatsApp dengan nombor 012 8123424 untuk memudahkan situasi bagi klien yang menghadapi kesukaran untuk membuat panggilan tetap kerana keadaan di rumah.

Buku Telenisa: Statistik & Dapatan 2020 ini juga merupakan usaha kami untuk mengetengahkan realiti hidup golongan wanita menerusi isu-isu yang dihadapi ketika pandemik Covid dan perintah kawalan pergerakan. Untuk tahun 2020, Telenisa telah menerima seramai 422 orang klien, satu penurunan dari 610 orang pada 2019. Seramai 364 orang merupakan klien baru, manakala 58 orang adalah klien ulangan. Sejumlah 373 orang klien terdiri daripada wanita (88%), 31 orang klien adalah lelaki (7%) dan 18 (5%) orang klien tidak dikenal pasti. “Tidak dikenal pasti” bermakna bahawa klien tidak mendedahkan gender mereka. Penurunan jumlah klien ini berkemungkinan disebabkan kesan musim pandemik.

Statistik Telenisa tahun 2020 menyebut keganasan rumah tangga sebagai penyumbang utama kepada keruntuhan perkahwinan yang direkodkan setinggi 23% berbanding dengan 15% pada tahun 2019. Klien yang telah berhadapan dengan isu-isu keganasan menyatakan mereka telah mengharungi pelbagai bentuk keganasan dan penderaan ketika musim pandemik. Antara bentuk keganasan yang dialami adalah penderaan fizikal yang direkodkan pada 37%, penderaan psikologi pada 31%, penderaan sosial pada 11%, penyalahgunaan kewangan pada 16% dan keganasan seksual pada 5%.

Pemerhatian Telenisa memberi pencerahan bahawa tuntutan harta sepencarian oleh isteri telah mengalami penurunan untuk beberapa tahun. Kebanyakan klien kami tidak menyedari tentang hak yang mereka ada sebagai isteri dan suri rumah. Pada tahun 2018, peratusan tuntutan harta sepencarian berada pada tahap 27%, namun ia kemudiannya menurun ke 20% pada tahun 2019 dan seterusnya menurun lagi ke 17% pada tahun 2020.

Ini kerana, lazimnya, suri rumah membuat anggapan yang salah bahawa mereka tiada hak untuk menuntut harta sepencarian kerana mereka tidak memberi sumbangan dalam bentuk kewangan. Maklum balas daripada klien kami turut mendedahkan di mana anggapan salah tersebut sering diberitahu oleh suami supaya mereka tidak membuat tuntutan ke atas harta sepencarian.

READ MORE:  Way Forward

Selain itu, statistik Telenisa juga menunjukkan punca perceraian yang lain di mana ia melibatkan kes-kes suami gagal memberi nafkah pada 18%. Suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi akan memaksa isteri tersebut mencari pekerjaan baru atau pendapatan tambahan yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, peluang pekerjaan ketika musim pandemik amat terjejas dan ini mempunyai kesan terhadap kewangan keluarga secara keseluruhan.

Menurut tinjauan ini lagi, timbulnya dua punca baharu pada tahun 2020 berkenaan keruntuhan rumah tangga yang tidak pernah dilaporkan pada tahun sebelumnya iaitu masalah kewangan dan poligami, masing-masing pada 10%. Seperti yang diketahui, ramai yang telah kehilangan punca rezeki ketika pandemik ini yang menyebabkan masalah kewangan serta meletakkan beban ekonomi yang lebih berat ke atas isi rumah. Ketika pandemik ini juga, terdapat beberapa kes di mana sesetengah isteri hanya mendapat tahu suami mereka telah mengahwini isteri baru tanpa restu atau kebenaran mereka.

Sepanjang tahun 2020, Telenisa menerima pertanyaan sebanyak 52% berkenaan kes-kes hak penjagaan anak. Peratusan ini melonjak naik daripada 2% pada 2019. Ini diikuti dengan pertanyaan berkenaan hak lawatan pada 39%, peratusan yang menurun daripada 88% pada 2019. Pertanyaan berkenaan perampasan anak pada 9% turut menurun sedikit daripada 10% pada tahun 2019.

Daripada pemerhatian kami, terdapat perubahan besar mengenai keprihatinan ibu bapa terhadap hak penjagaan anak ketika musim pandemik jika dibandingkan dengan tahun 2019. Ini disebabkan oleh larangan rentas negeri yang telah menghadkan pergerakan ibu atau bapa yang mempunyai hak lawatan anak.

Musim pandemik ini membawa kesan yang berbeza ke atas wanita dan lelaki. Wanita lebih terdedah kepada kemudaratan seperti penderaan fizikal, emosi dan psikologi yang disebabkan oleh konflik dan tekanan keadaan.

Untuk menangani isu-isu yang dihadapi wanita dan kanak-kanak terutamanya ketika pandemik ini, SIS mengadvokasikan agar hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap suami yang gagal memenuhi tanggungjawab nafkah kepada isteri dan anak-anak.

SIS seringkali mengadvokasikan agar pihak kerajaan menubuhkan agensi nafkah anak persekutuan untuk menaksir, mengumpul dan melangsaikan nafkah-nafkah tertunggak bagi anak-anak yang ibu bapanya telah berpisah atau bercerai. Tujuan agensi ini adalah untuk menyediakan dana yang secukupnya bagi anak-anak, menjadikan nafkah anak sebagai bayaran automatik dan berterusan tanpa memerlukan perintah mahkamah untuk menuntut nafkah dari bapa-bapa yang gagal menyediakannya.

Selain itu, SIS menyarankan agar Undang-Undang Keluarga Islam dipinda dan mewujudkan syarat-syarat yang lebih ketat di bawah undang-undang untuk mewajibkan si suami mengisytiharkan kesemua aset dan tanggungan apabila memohon untuk berpoligami di hadapan mahkamah dan mempertimbangkan keupayaan kewangannya sebelum berkahwin lagi.

Tambahan lagi, perintah mahkamah harus dikeluarkan untuk mengarahkan suami menyediakan nafkah untuk kebajikan isteri yang terdahulu serta anak-anak untuk memastikan bahawa tiada wanita atau anak-anak ditinggalkan tanpa nafkah atau tersisih disebabkan poligami. – SIS

English version

Telenisa: Statistics & Findings 2020 book reveals issues faced by women during Covid pandemic

Telenisa, a legal aid clinic under Sisters in Islam (SIS) has launched the Telenisa: Statistics & Findings 2020 book that reveals the issues women faced during the movement control order to prevent the spread of Covid. The launch was broadcast live on the Sisters in Islam and Telenisa’s Facebook pages.

READ MORE:  Domestic violence: Recommendations to the government during lockdown

Since 2003, Telenisa has helped more than 10,000 women from all backgrounds. It is the only service that offers free legal advice in Malaysia that understands the contexts and challenges faced by women in claiming their rights in the family.

The Covid pandemic has caused challenges to many, especially women as domestic violence cases increased after the movement control order was implemented. Anticipating this situation, Telenisa and other NGOs that provide services and support to women made ourselves available for them as much as possible.

Previously, our service was from 9am to 5pm from Tuesdays to Thursdays. During the movement control order, we extended our service from three days a week to five days a week, Mondays to Fridays. In addition, we also extended our service hours from 9am to 10pm. We also expanded from a land line to a WhatsApp number (012 812 3424) to cater for situations where it was difficult for clients to call our helpline from their homes. This may be due to the reality of not being able to get their own personal space and time to speak on very private issues without any fear or concern of being overheard.

The Telenisa: Statistics & Findings 2020 book is our effort to showcase women’s lived realities through issues that they faced during the Covid pandemic and the movement control order. In 2020, Telenisa had 422 clients, a decrease from 610 clients in 2019: 364 people were new clients, while 58 people were repeat clients. We had 373 clients who were women (88%), 31 who were men (7%) and 18 (5%) were not identified. “Not identified” means clients who did not reveal their gender. The significant drop in clients was likely due to the pandemic and the issue of access as earlier described.

The Telenisa statistics in 2020 showed that the number one cause of marriage breakdown was domestic violence at 23%, compared to 2019 at 15%. Clients who experienced domestic violence in 2020 reported that they went through various types of violence or abuse during the pandemic. Reports of physical violence made up 37%, psychological abuse 31%, social abuse 11%, financial abuse 16%, and sexual violence 5%.

Telenisa observed that claims for matrimonial properties have dropped over the years. Many of our clients, especially homemakers or housewives, are not aware of their rights in matrimonial property. In 2018, matrimonial property claims stood at 27%, which declined to 20% in 2019, and in 2020, matrimonial property claims plummeted to 17%.

READ MORE:  Women's group welcomes mosques as transit centres for domestic violence survivors

Usually, homemakers would assume they do not have any rights to stake a claim, as they do not contribute monetarily to the acquisition of their matrimonial property. Feedback from our clients revealed that this false assumption was told repeatedly by their ex-husbands to discourage their wives from staking a claim on their matrimonial home.

Another reason for the breakdown of marriage was due to husbands not providing maintenance, at 18%. Regardless of the pandemic situation, when husbands don’t provide maintenance in households where the wives are either full-time homemakers or are not earning enough, these wives have no choice but to turn to employment or seek a second job. During this time of the pandemic, however, such options are limited if not non-existent.

According to the Telenisa statistics, in 2020, we observed two new causes of marriage breakdown that were not reported in previous years: financial problems and polygamy, each at 10%. With already limited resources, some families had to face the hardship of economic strain more than others. Additionally, wives only found out during the pandemic that their husbands had taken on another wife without their consent and knowledge.

In 2020, Telenisa received enquiries on child custody cases at 52%, a massive leap from the 2% in 2019. This was followed by enquiries on visitation rights at 39%, taking a dive from 88% in 2019, and child abduction at 9%, a slight drop from 10% in 2019. There was a major shift regarding parents’ concerns about child custody during the pandemic when compared to 2019. This was due to the ban on interstate travel, which restricted the parent who holds visitation rights from arranging visits.

The pandemic has caused different impacts among women and men. Women are more exposed to harm such as physical, emotional and psychological violence from conflicts and pressure.

Taking into account these issues, SIS advocates for tougher sanctions on fathers who do not perform their responsibilities in supporting their children. SIS has consistently advocated for the development of a federal child maintenance agency to quantify, collect and pay out child maintenance payments on behalf of separated and divorced parents. The aim is to get more money to more children by making it an automatic and seamless payment to the child or custodian of the child and without having to apply to court for an enforcement order every time the father fails to pay.

SIS advocates to amend our Islamic Family Law to make it compulsory upon every application for polygamy in court for the husband to declare all of his assets and liability for the court to consider his financial ability before entering into another marriage. Furthermore, there should be a court order to ensure that husbands provide maintenance for the wellbeing of the wives and their children. – SIS

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.