Buktikan majoriti perdana menteri di Parlimen dengan segera

67 views

Pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil daripada pelbagai latar belakang mengikuti dengan rapat perkembangan mutakhir politik negara.

Penarikan sokongan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional telah menimbulkan persoalan berkenaan keabsahan kerajaan yang ada sekarang. Insiden ini menimbulkan ketidakstabilan politik dan menjejaskan usaha-usaha untuk menangani krisis kesihatan pandemik Covid yang semakin meruncing, krisis ekonomi dan krisis sosial yang melanda.

Dalam sidang media khas pada Rabu, Mahiaddin Yasin dilaporkan berkata, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan dalam usul percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September ini.

Mengambil kira kesan negatif ketidakstabilan politik terhadap usaha-usaha kerajaan untuk menangani krisis-krisis negara, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil berpandangan, sidang Dewan Rakyat perlu diadakan seberapa segera dan tidak dilengahkan sehingga ke bulan September. Sidang yang segera diperlukan untuk membuktikan majoriti perdana menteri di Parlimen.

Kelewatan mengadakan sidang Dewan Rakyat dikhuatiri akan mengheret negara kepada situasi yang lebih meruncing, khususnya yang melibatkan nyawa, kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Kelewatan bersidang juga bakal melahirkan situasi politik yang tidak sihat termasuklah kejadian lompat parti seperti yang biasa berlaku di negara ini. Situasi sebegini hendaklah dielakkan kerana ia mengalihkan perhatian pemimpin negara daripada menangani krisis-krisis yang sedang melanda.

Pada masa yang sama, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil menggesa agar semua pihak khususnya pemimpin parti politik serta penjawat awam supaya meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

Keutamaan hendaklah diberikan untuk menangani pandemik Covid dan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat sehingga menjejas kesejahteraan institusi keluarga dan menimbulkan pelbagai masalah psikologi dan sosial.

Sehubungan itu juga, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil menggesa agar pemimpin-pemimpin politik dan ahli-ahli Parlimen merentasi parti politik mengetepikan perbezaan politik dan bersama-sama berganding bahu untuk menangani krisis-krisis yang melanda.

READ MORE:  Kehidupan selepas coronavirus: Segalanya sudah berubah!

Pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan menegaskan kesediaan berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan krisis-krisis yang sedang melanda negara.

Disokong bersama oleh:

  1. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
  2. Aliran
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  4. Cakne Rakyat Pahang
  5. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  6. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
  7. Mahasiswa Roket
  8. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
  9. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  10. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni)
  11. Persatuan Kebajikan Aafiyah Shah Alam
  12. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  13. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (Ikram Health)
  14. Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)
  15. Pertubuhan Al-nur Negeri Kelantan
  16. Pertubuhan Impian Wanita Berdaya Selangor
  17. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  18. Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam
  19. Projek #BangsaMalaysia
  20. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
  21. The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0)
  22. Yayasan Atfal Jannah
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments