Bebaskan peserta himpunan kenang korban Covid dengan segera

109 views
person holding white taper candle
DAVID DIBERT/PEXELS

Kami menggesa pihak berkuasa agar membebaskan 17 lelaki dan 14 perempuan yang ditangkap semasa sebuah ‘candlelight vigil’ atau himpunan kenang korban di Daratan Merdeka malam tadi. 

Himpunan tersebut yang disertai oleh Sekretariat Solidariti Rakyat bertujuan untuk memperingati mereka yang telah meninggal dunia disebabkan Covid.

Kebanyakkan kematian ini sebenarnya boleh dielakkan dan adalah kesan langsung daripada kegagalan kerajaan dalam mengambil langkah-langkah yang efektif dalam menangani pandemik ini. 

Peserta-peserta tersebut hanyalah melaksanakan hak mereka untuk berhimpun dan mereka tidak  seharusnya  diintimidasi serta  ditangkap semata-mata. 

Himpunan itu diadakan di ruang luar yang besar yang membenarkan penjarakkan yang mencukupi antara para peserta. Penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka diperhatikan secara teliti oleh semua yang hadir. 

Sementara  halangan  bagi  perhimpunan  yang  besar  boleh  dikenakan  untuk  tujuan kesihatan awam, halangan-halangan ini haruslah mengikut keperluan dan berpatutan.

Penangkapan para peserta dan tindakan pihak polis untuk mengangkut mereka dengan black maria adalah sememangnya tidak perlu dan tidak wajar. Ia merupakan satu pencabulan hak berhimpun secara aman dan hak untuk bersuara.

Pihak polis telah dilaporkan gagal untuk memaklumkan para peserta yang mereka telah ditangkap dan hak-hak mereka setelah ditangkap.

Pihak polis juga dilaporkan telah mengheret dua orang peserta wanita tanpa kerelaan mereka ke dalam kenderaan. Dengan meletakkan para peserta di dalam kenderaan black maria, pihak polis telah menyumbat  mereka  ke  dalam  ruang  tertutup  yang  kecil. 

Kalau  betul  pihak  polis sememangnya khuatir dengan  kesihatan umum, polis akan membenarkan para peserta untuk menghabiskan himpunan mereka di ruang luar yang besar di mana mereka boleh berkumpul dan bersurai secara aman. 

Malaysia telah merekodkan lebih 13,000 kematian oleh sebab Covid. Lebih banyak lagi kematian yang akan direkodkan memandangkan 22,948 kes dicatatkan hari ini.

READ MORE:  Urgent action needed against coup allegation and brazen gangs

Kes-kes dan kemasukkan ICU sedang meningkat secara mendadak di luar Lembah Klang. Apa yang lebih merisaukan ialah negeri-negeri yang lebih kecil mempunyai bilangan katil dan kemudahan yang terhad.

Golongan miskin telah menjadi lebih terkesan, dan lebih daif akibat kesan ekonomi pandemik ini.

Adalah sangat penting bagi kita untuk mempertahankan hak bersuara dan berhimpun.

Pihak berkuasa tidak harus menggunakan pandemik ini sebagai sebab untuk menutup kritikan terhadap kegagalan kerajaan.

Walhal, kerajaan telah membenarkan ‘dine-in’ atau makan di dalam restoran di sesetengah negeri di mana pengunjung boleh membuka pelitup muka dan duduk bersama di dalam satu ruang tertutup.

Oleh itu, adalah sangat janggal sekiranya pihak berkuasa bertindak menangkap mereka yang berhimpun di luar dengan memakai pelitup muka sambil mengamalkan penjarakan fizikal.  

Kami sebulat suara menentang tindakan untuk menutup kritikan. Kami sebulat suara mengangkat kebebasan bersuara dan berhimpun. Kami bersatu dengan orang muda dan rakan-rakan kami yang ditangkap hanya kerana menyuarakan kesedihan yang dirasai di seluruh negara.   

Kami menyeru supaya mereka dilepaskan degan segera. Penahanan mereka adalah satu penghinaan ke atas memori rakyat yang Malaysia yang terkorban di dalam pandemik ini.  

Kenyataan ini disokong oleh:

  1. Agora Society
  2. Aliran
  3. All Women’s Action Society (Awam)
  4. Ambiga Sreenevasan
  5. Amnesty International Malaysia
  6. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  7. Angkatan Mahasiswa UM
  8. Benazir Japiril Bandaran
  9. Bersih 2.0
  10. Beyond Borders Malaysia
  11. Borneo Komrad
  12. Cahaya Society
  13. Centre for Independent Journalism
  14. Communication Action Network (CAN)
  15. Demokrat Kebangsaan
  16. Demokrat UM
  17. Family Frontiers
  18. Freedom Film Network
  19. Gerak
  20. Justice for Sisters
  21. Ivy Josiah
  22. Karyasama
  23. Klima Action Malaysia (Kamy)
  24. Kryss Network
  25. Malaysia Youths and Students Evolution Melaka
  26. Malaysia Youths and Students Evolution Johor Branch
  27. Maju
  28. Nesa
  29. North South Initiative
  30. Pertubuhan Muafakat Sabah
  31. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
  32. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
  33. Pusat Komas
  34. Pusat Sekitar Seni (PSS)
  35. Sabah Reform Initiative (Sari)
  36. Sisters in Islam
  37. Student Progressive Front UUM
  38. Suaram
  39. Umany
  40. Undi Sabah
READ MORE:  Stop intimidation of ‘Himpunan Tuntut Undi18’ participants

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments