:

Banteras segera sentimen perkauman

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) melahirkan kebimbangan dengan sentimen perkauman yang dimainkan akhir-akhir ini terutamanya di media sosial.

Sentimen perkauman yang ditiupkan boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Ikram dan KLSCAH menggesa semua pihak agar membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan atau menerbitkan bahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam. Pertimbangan hendaklah berpandukan Rukun Negara yang bertujuan membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Ikram dan KLSCAH menyeru agar semua pemimpin politik dan pemimpin masyarakat berperanan untuk memastikan anggota masing-masing tidak mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman demi menjaga keharmonian yang telah sekian lama terbina.

Anggota masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat pihak-pihak yang menyebarkan kebencian terhadap sesuatu kaum atau mengapi-apikan isu perkauman. Dengan itu, sentimen perkauman dapat disekat dan dibawa ke muka pengadilan.

Harapan kita agar perpaduan dan kesepaduan di antara masyarakat pelbagai kaum dapat dikukuhkan dan seterusnya mewujudkan negara yang stabil demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, maju dan progresif. – Ikram/KLSCAH

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments