Bantahan terhadap cadangan lanjut kontrak Azam Baki

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Merujuk kepada pendedahan Bloomberg, Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah ingin menyatakan bantahan keras terhadap cadangan melanjutkan kontrak Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Tindakan ini merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap semangat reformasi institusi yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sebagai blok terbesar dalam komponen kerajaan “Madani”.

Pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM seharusnya melalui proses penilaian, pemilihan yang bebas dan telus, disemak dan dibahaskan di Parlimen. Bahkan, kami berpendapat bahawasanya sebuah suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan yang menjalankan fungsi menilai dan memilih pegawai serta ketua pesuruhjaya SPRM, sebagaimana yang turut dicadangkan oleh Bersih.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu insaf bahawa beliau sendiri pernah berada di barisan hadapan demonstrasi “Tangkap Azam Baki” pada 2022.

Ironinya, hari ini wujud pula ura-ura yang cuba mempertimbang lanjutan kontrak individu yang sedang menjadi simbol krisis integriti dalam SPRM.

Tambahan pula, pihak kerajaan perlu menunaikan strategi mereka dalam melantik seorang ketua pesuruhjaya SPRM, sebagaimana yang telah terkandung dalam dokumen strategi pembanterasan rasuah nasional (NACS) untuk tahun 2024-28 yang ingin meneliti semula persyaratan dalam pelantikan dan pemecatan ketua pesuruhjaya SPRM serta penubuhan suruhanjaya perkhidmatan SPRM.

Suara Mahasiswa UMS selaku Sekretariat Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah akan terus meneliti perkembangan siasatan berhubung skandal rasuah ahli dewan negeri Sabah. – Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments