Bangkit menentang sikap perkauman, kurang toleransi – Suhakam (Malay/English)

0
100
Eliminate bigotry and racism - Photograph by Arnoldus/Pixabay

[ENGLISH VERSION BELOW] Secara prinsipnya, perkauman adalah salah dari segi moral, ujar Suhakam.

Upacara pengebumian George Floyd telah diadakan pada 7 Jun 2020.

George Floyd, lelaki berbangsa Afrika-Amerika berumur 46 tahun itu, telah meninggal dunia pada 25 May 2020 di Minneapolis, Minnesota akibat daripada kekerasan polis yang disebabkan oleh tekanan di tengkuk dan belakang ketika beliau digari dan terbaring di atas jalan.

Berikutan peningkatan tunjuk perasaan bantahan terhadap isu perkauman dan kekerasan polis di Amerika Syarikat, berpuluh ribu orang turut mengambil bahagian dalam perhimpunan di bandarbandar serata dunia untuk menarik perhatian kepada mesej sejagat hak asasi manusia iaitu menamatkan isu perkauman dan diskriminasi perkauman sama sekali.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ingin menyatakan solidariti kepada rakyat Amerika Syarikat dalam masa yang sukar ini dan mengambil peluang untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa isu yang berakar umbi perkauman, diskriminasi perkauman dalam bentuk yang tidak begitu ketara serta sikap kurang toleransi juga wujud di Malaysia.

Insiden yang berlaku baru-baru ini termasuk peningkatan ucapan kebencian dan stereotaip perkauman, isu perkauman yang dipolitikkan untuk agenda peribadi termasuk serangan terhadap pelarian dan pekerja asing di media sosial serta petisyen mendesak penghantaran mereka pulang.

Isu perkauman, xenofobia dan sikap kurang toleransi mencetus kebencian dan ketidakpercayaan yang menjadi halangan untuk memahami keadaan sebenar mereka yang menjadi mangsa serta halangan kepada usaha untuk mewujudkan masyarakat harmoni dan empati.

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat mengisytiharkan bahawa setiap manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan, dan hak-hak dan setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam perisytiharan ini tanpa sebarang perbezaan seperti bangsa, warna kulit atau asal-usul bangsa keturunan.

READ MORE:  George Floyd and the dominos of racial injustice

Daripada membahaskan wujud atau tidak isu perkauman di Malaysia, adalah lebih baik kita bersama dalam usaha memperbetulkan isu diskriminasi perkauman yang berlaku secara sistematik kian berabad lamanya.

Suhakam menyeru setiap orang untuk bangkit menentang sikap perkauman dan kurang toleransi kerana secara prinsipnya, perkauman adalah salah dari segi moral. Dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, kita harus menerapkan sikap tidak memandang seseorang dari segi agama, bangsa, keturunan atau tempat lahir mereka.

English version

Stand up against racial prejudice, intolerant attitudes – Suhakam

A memorial service for George Floyd was held on 7 June 2020. George Floyd, a 46-year-old African-American man, died on 25 May 2020 in Minneapolis, Minnesota, as a result of police brutality specifically due to compression of his neck and back while he was lying face down handcuffed on the street.

Following the build-up of protests against racism and police brutality in the United Stated, tens of thousands of people have taken part in rallies in cities across the world drawing attention to a common message of human rights concern: the call to end racism and racial discrimination wherever it exists.

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) wishes to express its solidarity with the people of the US during this difficult period and finds it an opportune time to remind Malaysians that ingrained racism, subtle forms of racial discrimination and related intolerance occurs in Malaysia as well.

Recent incidences include the proliferation of hate speech and racial stereotyping, the politicisation of race issues for personal agendas, as well as the targeting of refugees and migrant workers in social media attacks and petitions calling for their repatriation.

READ MORE:  George Floyd death: Bruce Lee's humanitarian message rings out loud

Racism, xenophobia and intolerance elicit hatred and distrust, thereby precluding any attempts to understand the circumstances of those at the receiving end or efforts to create an empathetic, harmonious society.

The Universal Declaration of Human Rights proclaims that all human beings are born free and equal in dignity and rights and that everyone is entitled to all the rights and freedoms set out therein, without distinction of any kind, in particular as to race, colour or national origin.

Rather than debate whether racism exists in Malaysia, perhaps it is time to move beyond the surface of unity and dive deep to undo decades of systematic racial discrimination.

Suhakam calls for each and every one of us to stand up against racial prejudice and intolerant attitudes, as racism is morally wrong, in principle. The ability to look beyond religion, race, descent or place of birth is what we need to cultivate in a multiracial society such as in Malaysia.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments