Artikel khusus berkaitan antirasuah harus dimasuk dalam perjanjian perundingan kolektif (Malay/English)

22 views
Resolusi telah ditandatangani oleh (dari kiri ke kanan) Mohd Effendy Abd Ghani, setiausaha agung, dan Mohamed Shafie BP Mammal, presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), sambil disaksikan oleh (berdiri dari kiri ke kanan) Sudhagaran Stanley, pengurus program Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme dan Nurhayati Nordin, ketua sekretariat Rasuah Busters

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dan Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center) dengan sokongan Rasuah Busters telah menganjurkan simposium khas antirasuah dan governans di Kuala Lumpur pada 16 November, dengan dihadiri oleh lebih 60 pemimpin kesatuan gabungan UNI-MLC bagi mencapai kata sepakat untuk menggembleng sumber dan tenaga di semua peringkat bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.

UNI-MLC dan C4 Center berpandangan bahawa kaum pekerja perlu memainkan peranan yang sama penting dan berganding untuk mencapai cita-cita, impian dan hasrat bagi melahirkan sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi.

Sehubungan dengan itu, simposium khas antirasuah dan governans merupakan program ketiga di bawah kerjasama UNI-MLC dan C4 Center sejak UNI-MLC dan C4 Center menjadi anggota Coalition of the Willing Rasuah Busters.

Simposium ini telah menetapkan perkara-perkara berikut:

  • Mengambil maklum bahawa rasuah, integriti dan tadbir urus baik merupakan isu penting yang harus diperangi dengan segera, menyeluruh dan secara berterusan
  • Menegaskan bahawa usaha perlu dipertingkatkan di semua peringkat bagi memerangi rasuah dan memperkasa amalan berintegriti dan tadbir urus baik secara holistik dan menyeluruh serta berkesan
  • Mengambil kira bahawa setiap organisasi tempat kerja, sama ada awam ataupun swasta, perlu terus memberi keutamaan kepada program-program ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik
  • Menekankan bahawa kepimpinan organisasi – sama ada kerajaan, majikan atau wakil pekerja – perlu memainkan peranan yang efektif ke arah melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik
  • Tidak menafikan bahawa para pekerja sebagai pemegang taruh utama mempunyai dan perlu memainkan peranan efektif dan diberi ruang yang seluas-luasnya bagi membentuk Malaysia sebagai negara yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik
READ MORE:  More inclusivity needed in people's movements

Sehubungan dengan itu, simposium khas antirasuah dan governans yang diadakan pada 16 November 2021 memutuskan perkara-perkara berikut perlu dilakukan dengan segera:

  • Perjanjian perundingan kolektif (collective bargaining agreement) memasukkan artikel khusus yang akan mencerminkan komitmen padu daripada pihak majikan dan pekerja bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bebas rasuah, yang tinggi amalan berintegriti dan mengutamakan tadbir urus yang baik.
  • Setiap majikan, sama ada sektor kerajaan, badan berkanun atau swasta, mengadakan pelan anti- rasuah organisasi di entiti masing-masing selari dengan ketetapan pelan anti-rasuah kebangsaan
  • Setiap organisasi mewujudkan jawatankuasa bersama majikan-pekerja, yang akan membantu memantau dan memastikan amalan berintegriti dan tadbir urus yang baik dilaksanakan sepanjang masa.
  • Setiap syarikat mewujudkan saluran bagi memberi maklumat mengikut struktur organisasi masing-masing dengan menyediakan program latihan yang sewajarnya untuk memastikan kemudahan saluran maklumat yang efektif
  • Menggesa kerajaan dengan segera meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi memberi perlindungan yang secukupnya kepada para pekerja yang menyalurkan/memberi maklumat berkaitan dengan rasuah di tempat kerja kepada pihak berkuasa.

UNI-MLC dan C4 Center percaya bahawa gandingan para pekerja di negara ini, yang jumlahnya lebih 16 juta orang atau 50% daripada keseluruhan penduduk, mampu dan boleh melakukan perubahan holistik jika bersatu tenaga, sekali gus membebaskan Malaysia daripada sebarang bentuk amalan tidak berintegriti dan rasuah.

Statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sendiri menunjukkan bahawa bilangan pekerja yang terlibat dalam rasuah amat kecil berbanding dengan jumlah sebenar pekerja di negara ini.

Oleh itu, para majikan dan pekerja boleh memainkan peranan besar untuk membawa perubahan drastik jika sama-sama berkomited untuk melakukan perubahan dengan melaksanakan segera kesemua lima perkara yang telah diputuskan dalam simposium khas anti-rasuah dan governans.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
Center To Combat Corruption And Cronyism (C4 Center)

English version

Include a special article on anti-corruption and integrity in collective bargaining agreements

The Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) and the Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), with the support of Rasuah Busters, organised a special symposium for governance and anti-corruption in Kuala Lumpur on 16 November, which was attended by over 60 leaders of union networks under the umbrella of the UNI-MLC.

READ MORE:  Only 3% of EPF contributors have enough retirement savings!

The symposium reached a consensus to mobilise efforts and resources at all levels to nurture a corruption-free Malaysian society that is rich in integrity and one that upholds good governance.

The UNI-MLC and C4 Center believe that fellow employees should play a critical role and come together to realise their ambitions, aspirations and hopes of the country becoming corruption-free and achieving high levels of integrity.

This special symposium for governance and anti-corruption is one of three programmes resulting from the collaboration between the UNI-MLC and C4 Center since both parties became members of the Coalition of the Willing Rasuah Busters.

The symposium set the following prerequisites:

  • Acknowledge that corruption, integrity and good governance are salient issues which must be addressed urgently, holistically and continuously
  • Demand that efforts need to be ramped up at all levels to combat corruption and promote practices of integrity and good governance holistically and in totality, as well as effectively
  • Take into consideration that every workplace organisation, be it in the public or private sector, should continue to prioritise programmes that create a corruption-free Malaysian society that practises high values of integrity and prioritises good governance
  • Emphasise that organisational leadership – whether by the government, employers or unions – needs to carry out an effective role that sets the course for the creation of a corruption-free Malaysian society that practises high values of integrity and which prioritises good governance
  • Employees, as the main stakeholders, do have and must play an effective role and be given the space to shape Malaysia as a country free of corruption with high integrity values and which prioritises good governance
READ MORE:  Enam tuntutan politik #MalaysiaTanpaRasuah

In relation to that, the special symposium decided on the following matters which must be urgently executed:

  • The collective bargaining agreement should include a special article that would reflect strong commitment by both employers and employees to develop a corruption-free Malaysian society that possesses a high level of integrity and prioritises good governance
  • Every employer – be it from the government sector, statutory bodies or private sector – must create an organisational anti-corruption plan within their respective entities in line with the national anti-corruption plan requirements.
  • Every organisation must set up a joint employer-employee committee, which serves to monitor and ensure that good governance practices and integrity values are executed within its entity at all times
  • Every entity to introduce whistleblower channels according to its organisational structure and prepare adequate training programmes to ensure the effective use of those information channels
  • Urge the government to expedite much-needed amendments to Malaysia’s Whistleblower Protection Act 2010 to ensure sufficient protection is given to employees who supply information regarding corruption at the workplace to the authorities

The UNI-MLC and C4 Center believe that the combined and collective efforts of employees in the country, which total to over 16 million or 50% of the total population, can be a catalyst for holistic change to occur if they are all united in anti-corruption efforts, thus freeing Malaysia from any unsavoury practices of corruption and lack of integrity.

Employers and employees can play a big role in bringing about a drastic change to the current situation if all are committed together to making changes by implementing all five action plans which have been decided during this special symposium.

Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC)
Center To Combat Corruption And Cronyism (C4 Center)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments