[ENGLISH VERSION BELOW] Kematian Muhammad ldlan Fareeq Shahril, 14 tahun, meninggalkan sebuah keluarga dalam kesedihan dan ibu bapa di seluruh Malaysia dengan satu pertanyaan yang amat membimbangkan: adakah anak saya selamat di asrama sekolah?
Bagi pihak Children’s Protection Society Malaysia (CPSM), saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada ibu bapa dan keluarga Muhammad ldlan.
Tiada kata-kata yang dapat meringankan kehilangan mereka. Mereka berhak mendapat ruang untuk berduka, dan jawapan yang benar serta keadilan.
Kami mengambil maklum bahawa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah bertemu dengan keluarga dan warga sekolah serta mengarahkan audit segera. Kami menyambut baik jaminan beliau bahawa tiada sesiapa akan dilindungi sekiranya salah laku terbukti.
Polis mesti diberi ruang untuk menentukan fakta, termasuk punca dan keadaan yang membawa kepada kematian Muhammad ldlan. Dakwaan tidak boleh dianggap sebagai dapatan, dan pelajar yang terlibat tidak wajar dihakimi oleh masyarakat sebelum siasatan selesai.
Namun, siasatan terhadap satu kejadian tidak boleh menjadi noktah kepada perkara ini. Audit tersebut perlu menjawab soalan yang lebih sukar: adakah terdapat kebimbangan yang timbul sebelum kematian Muhammad ldlan, dan adakah pihak asrama mempunyai cara yang berkesan untuk mengenal pasti serta menanganinya? Soalan ini perlu diteliti tanpa membuat andaian tentang apa yang berlaku dalam kes ini.
Apabila seorang pelajar tinggal di asrama, pihak sekolah memikul tanggungjawab menjaganya pada waktu ibu bapanya tidak dapat melihat keadaannya sendiri.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Tanggungjawab itu melangkaui daftar penghuni dan peraturan yang ditampal pada papan kenyataan semata-mata. la memerlukan orang dewasa yang mengenali pelajar, menyedari perubahan tingkah laku, mengambil tindakan apabila kebimbangan dibangkitkan dan bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka selepas waktu persekolahan.
Tiada pelajar berhak menguatkuasakan disiplin dengan kekerasan. Jika seorang pelajar disyaki melanggar peraturan, sama ada berkaitan dengan vape, barang yang hilang, sikap tidak menghormati orang lain atau apa-apa perkara sekalipun, urusan itu mesti dikendalikan oleh orang dewasa yang bertanggungjawab.
Pelajar tidak boleh ditampar, dipukul, ditahan secara paksa, diugut atau dikenakan hukuman yang dikendalikan oleh pelajar lain. Sesiapa yang melihat sesuatu masalah hendaklah melaporkannya kepada warden atau guru disiplin. Tiada tempat bagi pelajar yang melantik diri mereka sendiri sebagai penguat kuasa di dormitori, asrama atau sekolah.
Oleh itu, CPSM menyeru Kementerian Pendidikan supaya menggunakan audit semasa sebagai permulaan kepada semakan keselamatan asrama yang jelas dan mempunyai tempoh pelaksanaan yang ditetapkan. Semakan itu perlu merangkumi perkara berikut.
Pertama, teliti sama ada tanda amaran terlepas pandang. Penyiasat dan pasukan audit perlu meneliti aduan terdahulu, laporan tidak rasmi, permintaan untuk bertukar bilik, kecederaan yang tidak dapat dijelaskan, ketidakhadiran, perubahan tingkah laku dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh ibu bapa, sekiranya maklumat tersebut wujud.
Mereka perlu mengenal pasti siapa yang menerima setiap maklumat, tindakan yang diambil dan sama ada keadaan pelajar berkenaan disusuli.
Jika tiada aduan direkodkan, hal itu perlu dinilai secara bersama satu lagi persoalan: adakah pelajar mempunyai saluran yang selamat dan boleh dipercayai untuk bersuara?
Kedua, pastikan penyeliaan orang dewasa ada pada waktu dan tempat pelajar memerlukannya. Warden sukar menjalankan pengawasan yang rapi jika mereka perlu menjaga terlalu ramai pelajar, beberapa bangunan atau terlalu banyak tugas serentak.
Kementerian perlu menyemak jumlah petugas asrama, liputan pada waktu malam, serah tugas dan tatacara mendapatkan bantuan apabila sesuatu kejadian berlaku.
Setiap asrama perlu mempunyai petugas yang jelas dikenalpasti sedang bertugas, pengganti apabila petugas tersebut tiada, serta rekod kebimbangan yang dibangkitkan dan tindakan yang diambil yang disimpan dengan selamat.
Ketiga, sediakan saluran aduan yang diyakini pelajar. Seorang pelajar perlu boleh bercakap secara sulit dengan lebih daripada seorang petugas yang ditetapkan, termasuk seseorang di luar rantaian pengurusan harian asrama. lbu bapa juga mesti tahu siapa yang boleh dihubungi.
Laporan mengenai keganasan atau ugutan perlu mendapat respons segera, penilaian terhadap keselamatan pelajar, perlindungan daripada tindakan balas dan tindakan susulan.
Pelajar perlu diberitahu dengan jelas bahawa melaporkan perbuatan yang memudaratkan orang lain ialah tindakan berani, bukannya perbuatan tidak setia kepada rakan.
Keempat, fahami keperluan setiap pelajar apabila mereka mula tinggal di asrama. Pihak sekolah perlu berbincang dengan pelajar dan ibu bapa tentang penyesuaian kepada kehidupan berasrama, sebarang kebimbangan keselamatan yang pernah timbul, dan sokongan yang mungkin diperlukan.
Jika sesuatu kebimbangan memerlukan penilaian lanjut, profesional yang berkelayakan perlu dilibatkan.
Maklumat yang diperoleh mesti dirahsiakan dan digunakan untuk merancang sokongan serta penyeliaan yang sesuai, bukan untuk melabel seorang pelajar atau menafikan aksesnya kepada pendidikan berdasarkan andaian yang belum diuji.
Kelima, jadikan larangan terhadap keganasan suatu amalan yang benar-benar dilaksanakan. Pengetua, warden, guru disiplin, kaunselor dan, jika berkaitan, ustaz atau pendidik agama lain perlu menyampaikan mesej yang sama secara konsisten.
Perhimpunan mingguan dan pertemuan di asrama boleh digunakan untuk membincangkan batas pergaulan, tekanan rakan sebaya, cara menegur dengan hormat dan cara mendapatkan bantuan.
Toleransi sitar terhadap keganasan mesti diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten: setiap laporan diambil serius, pelajar yang terlibat dilindungi, fakta ditentukan dan tindakan diambil secara adil.
Arahan kepada pelajar mesti jelas: jangan gunakan kekerasan terhadap pelajar lain; laporkan masalah kepada orang dewasa; dan jika melihat kejadian yang membahayakan seseorang, dapatkan bantuan dengan segera tanpa meletakkan diri sendiri dalam bahaya.
Keenam, laksanakan langkah keselamatan yang praktikal. Kementerian perlu menyemak peraturan keselamatan di asrama sekolah dan mengenal pasti kawasan bersama yang sesuai untuk pemantauan CCTV, dengan keutamaan kepada tempat yang mungkin mendedahkan pelajar kepada risiko apabila penyeliaan orang dewasa terhad.
Penggunaan kamera mesti menghormati privasi pelajar dan tidak boleh menggantikan kehadiran orang dewasa yang peka. Setiap sistem perlu mempunyai petugas yang bertanggungjawab memastikan ia berfungsi, bertindak apabila kejadian dilaporkan dan menyimpan rakaman berkaitan sebelum rakaman itu terpadam secara automatik.
Akses kepada rakaman hendaklah dihadkan dan direkodkan, manakala rakaman yang relevan perlu diserahkan segera kepada penyiasat melalui saluran yang betul dengan perlindungan terhadap identiti pelajar yang dirakam.
Kebertanggungjawaban mesti melangkaui kes ini. Persoalan yang timbul daripada kematian ini mesti membawa kepada tindakan yang dapat dilihat oleh ibu bapa dan pelajar.
Kementerian perlu menerbitkan dapatan utama audit sebaik sahaja hal itu dapat dilakukan tanpa menjejaskan siasatan polis atau privasi pelajar yang terlibat.
Kementerian juga perlu menyatakan perkara yang akan diperbetulkan, pegawai yang bertanggungjawab dan tarikh setiap tindakan perlu diselesaikan. Semakan yang sama hendaklah diperluas ke asrama lain, dengan kemajuan pelaksanaannya dimaklumkan kepada umum.
Mesej tentang keganasan yang diterima golongan muda di luar sekolah juga wajar diberi perhatian. Penggiat industri kreatif dan badan kawal selia perlu meneliti cara perbuatan membuli dipaparkan kepada penonton muda, khususnya apabila ugutan dan kekerasan digambarkan seolah-olah memberikan kuasa atau tidak membawa akibat.
Pandangan golongan muda tentang mesej yang mereka fahami daripada kandungan yang ditonton patut didengar.
Gambaran dalam karya kreatif tidak boleh dijadikan penjelasan bagi kematian Muhammad ldlan; fakta kes ini mesti ditentukan oleh penyiasat.
Tanggungjawab menjaga keselamatan pelajar tetap terletak pada orang dewasa dan institusi yang diamanahkan menjaga mereka.
lbu bapa menyerahkan anak kepada sekolah untuk dijaga, bukan semata-mata untuk memperoleh keputusan peperiksaan.
Keluarga Muhammad ldlan berhak mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku.
Setiap pelajar yang tinggal di asrama berhak mempunyai orang dewasa yang boleh dipercayai untuk diminta pertolongan, serta sistem yang bertindak sebelum sesuatu kemudaratan tidak lagi dapat dihalang. – CPSM
Dato’ Seri Nazir Ariff ialah presiden Children’s Protection Society Malaysia.
English version
A child died in a school hostel. What must change before another child is hurt?
The death of 14-year-old Muhammad ldlan Fareeq Shahril has left a family grieving and parents across Malaysia asking a painful question: is my child safe in a school hostel?
On behalf of the Children’s Protection Society Malaysia (CPSM), I extend our deepest condolences to Muhammad ldlan’s parents and family. No statement can lessen their loss. They deserve compassion, privacy, truthful answers and justice.
We acknowledge that Education Minister Fadhlina Sidek met the family and school community and directed an immediate audit. We welcome her assurance that no one will be protected if wrongdoing is established.
The police must be allowed to establish the facts, including the cause and circumstances of Muhammad ldlan’s death. We must not turn an allegation into a finding or expose the children involved to public judgement before the investigation is complete.
But an investigation into one incident cannot be the end of the matter. An audit must answer a harder question: were there concerns before Muhammad ldlan’s death, and did the hostel have a reliable way to recognise and respond to them? That question must be asked without presuming what happened in this case.
A hostel takes responsibility for children during the hours when their parents cannot see them. That responsibility extends beyond a register of occupants and a set of rules on a noticeboard.
It requires adults who know the children to notice changes in behaviour, respond to concerns and remain accountable for what happens after classes end.
No student has the authority to enforce discipline by force. If a student is suspected of breaking a rule, whether it concerns vaping, a missing item, disrespect or anything else, the matter belongs with responsible adults.
A child must never be slapped, struck, restrained, threatened or subjected to a punishment devised by other students.
A student who sees a problem should report it to a warden or disciplinary teacher. There is no place for self-appointed enforcers in a dormitory, hostel or school.
The CPSM therefore calls on the Ministry of Education to use the current audit to begin a clear, time-bound review of hostel safety. That review should address the following.
First, find out whether warning signs were missed. Investigators and auditors should examine earlier complaints, informal reports, requests to change rooms, unexplained injuries, absences, changes in behaviour and concerns raised by parents, where such information exists.
They should establish who received each concern, what action followed, and whether anyone checked back with the child. A finding that no complaints were recorded would need to be considered alongside whether children had a safe and credible way to speak up.
Second, put adult supervision where and when children need it. Wardens cannot provide careful oversight if they are responsible for too many students, buildings or duties at once.
The ministry should review hostel staffing, night coverage, handovers and escalation arrangements. Every hostel should have an identifiable adult on duty, a clear arrangement for cover when that adult is unavailable, and a secure record of concerns raised and action taken.
Third, give children a reporting route they can trust. A child should be able to speak privately to more than one designated adult, including someone outside the hostel’s daily chain of command.
Parents must know whom to contact.
Reports involving violence or threats must receive a prompt response, an assessment of the child’s immediate safety, protection against retaliation and follow-up. Children must be told plainly that reporting harm is an act of courage, not disloyalty.
Fourth, understand each child’s needs at hostel intake. Schools should speak with students and parents about adjustment to hostel life, previous safety concerns and any support the child may need.
Where a concern warrants further assessment, a qualified professional should be involved. Information gathered must be kept confidential and used to plan appropriate support and supervision, not to label a child or deny access to education on the basis of an untested assumption.
Fifth, make the rule against violence a living practice. Principals, wardens, disciplinary teachers, counsellors and, where relevant, ustaz or other religious educators should reinforce the same message.
Weekly assemblies and hostel meetings can provide regular opportunities to discuss boundaries, peer pressure, respectful correction and how to seek help.
Zero tolerance must mean a consistent response to violence: taking every report seriously, protecting the children involved, establishing the facts and acting fairly.
The instructions to students must be unmistakable: keep your hands off another child, report the issue to an adult, and intervene safely by getting help.
Sixth, act on practical security measures. The ministry should review security arrangements across school hostels and identify shared areas where CCTV would strengthen oversight, with priority given to locations where children may be particularly vulnerable and adult supervision is limited.
Cameras must respect children’s privacy and cannot replace attentive adults.
Any system must have designated personnel responsible for checking that it works, responding to reported incidents and preserving relevant recordings before they are overwritten.
Access to footage should be restricted and documented, with prompt provision to investigators through proper channels and safeguards for the children recorded.
Accountability must extend beyond this case. The questions raised by this death must lead to action that parents and children can see.
The ministry should publish the audit’s key findings as soon as it can do so, without compromising the police investigation or the privacy of the children involved. It should state what will be corrected, who is responsible and when each action will be completed.
The review should then be extended to other hostels, with progress reported publicly.
The wider messages children receive about violence also deserve attention. Creative industries and regulators should consider how bullying is portrayed to young audiences, particularly when intimidation appears powerful or free of consequences. Young people should be heard on the messages they take from what they watch.
Such portrayals cannot explain Muhammad ldlan’s death; the facts of this case are for investigators to establish.
The duty to keep children safe remains with the adults and institutions entrusted with their care.
Parents entrust schools with their children, not merely their exam results.
Muhammad ldlan’s family deserves the truth about what happened.
Every child living in a hostel deserves a trusted adult to turn to and a system that responds before harm becomes irreversible. – CPSM
Dato’ Seri Nazir Ariff is the president of the Children’s Protection Society Malaysia.
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


