Anak muda terus #Lawan biar seribu intimidasi

93 views

Hari ini 11 orang aktivis anak muda yang menyertai himpunan Keluar dan #Lawan telah dipanggil oleh ibu pejabat Polis Dang Wangi untuk disiasat.

Siasatan ini dibuat di bawah Seksyen 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Sekretariat Solidariti Rakyat mengecam sekeras-kerasnya siasatan pihak polis terhadap aktivis yang hanya bersuara mengkritik dan menyatakan tuntutan kepada kerajaan.

Seperti yang kami tegaskan, perhimpunan itui dijalankan dengan prosedur operasi standard yang ketat. Malah pihak Suhakam juga mengesahkan bahawa perhimpunan itu mematuhi prosedur operasi standard dengan semua melakukan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

Kami ingin tegaskan bahawa protes Keluar dan #Lawan bukanlah dibuat untuk bersuka-ria sebagaimana kenduri makan durian Timbalan Speaker Dewan Rakyat atau mesyuarat politikus di rumah perdana menteri, yang jelas dalam kawasan tertutup. Anak muda berhimpun untuk protes pentadbiran Mahiaddin Yasin dan menuntut agar beliau meletakkan jawatan.

Pihak kami mendapat maklumat bahawa lebih ramai akan dipanggil selepas ini sebagaimana kenyataan ketua polis negara. Kita sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, namun tindakan siasatan ini hanya merugikan sumber dan tenaga pihak polis.

Sepatutnya sumber ini disalurkan ke tempat lain yang lebih utama dan menteri tak sepatutnya menggunakan pihak polis untuk kepentingan politik beliau.

Anak muda tidak akan berdiam diri selagi tuntutan kami tidak dipenuhi. Kita akan terus Keluar dan #Lawan dengan skala yang lebih besar.

Sekali bangkit dan #Lawan, tidak akan undur! – Sekretariat Solidariti Rakyat

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments