
[ENGLISH VERSION BELOW] Basel Action Network (BAN) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa dengan kritikan yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia atas tindakan yang diambil kerajaan untuk menangani operasi kitar semula sisa elektronik haram yang merebak di seluruh negara.
(Lihat “Environment auctioning 15 tons of seized e-waste”, Malaysiakini, 25 Februari; “Malaysia’s e-waste policy: a case of short-sightedness”, Free Malaysia Today, 25 Februari; “The malicious narrative of e-waste ‘dumping’ in Malaysia”, Free Malaysia Today, 25 Februari.)
Kita harus jelas – operasi haram ini dijalankan oleh sindiket jenayah yang ingin meraih keuntungan cepat dan maksimum, mengekstrak tembaga, emas, dan bahan berharga lain dari sisa tersebut, mengeksploitasi tenaga kerja yang paling murah (sering kali pekerja migran tanpa dokumen), mengelak sebarang kos kawalan pencemaran, dan kemudian membuang sisa toksik secara haram dengan kos paling rendah.
Jangan terpedaya. Negara China ada alasan kukuh apabila mengharamkan pengimportan sisa elektronik dan plastik melalui Dasar Pedang Negara (National Sword Policy) pada tahun 2018. Udara, air dan tanah di China tercemar dengan pantas, rakyat jatuh sakit, tanah pertanian musnah, dan kerugian dari segi ekonomi akibat kemudaratan alam sekitar ini jauh melebihi keuntungan yang diraih.
Malangnya, pada masa yang sama China tidak melarang ahli perniagaan mereka memindahkan operasi kotor ini ke luar negara. Ramai peniaga yang datang ke Asia Tenggara, terutamanya Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia untuk meneruskan perniagaan mereka.
Rantau Asia Tenggara telah menjadi destinasi baharu untuk sisa toksik, bermasalah dan sukar dikitar semula dari seluruh dunia, yang pengalaman telah membuktikan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Asean telah mengambil alih peranan China sebagai mangsa “kitar semula” ini – yang sebenarnya hanyalah pembuangan sisa dengan nama lain.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Tindakan penguatkuasaan yang amat diperlukan
Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam, pihak polis, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) layak menerima pujian tertinggi atas usaha berterusan mereka mengekang jenayah sisa ini.
Kesemua agensi ini sebenarnya memastikan Malaysia memenuhi tanggungjawab antarabangsanya dan melaksanakan perjanjian yang telah digubal oleh komuniti global, dipimpin oleh negara-negara seperti Malaysia, sejak tahun 1989 dan terus diperkukuh melalui mesyuarat tahunan.
Perjanjian global ini dikenali sebagai Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya.
Konvensyen Basel melarang pembuangan sisa oleh negara-negara perindustrian yang mengeksploitasi ekonomi membangun atau sedang pesat membangun dengan menjanjikan bahan mentah, dan memerlukan negara-negara yang menandatangani untuk melaksanakan prosedur kawalan ketat bagi operasi kitar semula dan penggunaan semula yang sah.
Apa yang ditemui oleh kerajaan Malaysia yang berleluasa di Malaysia bukanlah operasi sah oleh pengitar semula sisa elektronik berlesen yang dikawal ketat. Sebaliknya, ia merupakan aktiviti jenayah dalam perdagangan haram sisa toksik dari negara-negara seperti AS dan Jepun.
Di Malaysia, kita tiba-tiba mendengar suara lantang daripada beberapa pihak yang telah menggunakan media untuk mengkritik undang-undang, kerajaan, dan terutamanya JAS. Hujah mereka tidak berasas dan mendedahkan kejahilan tentang ekonomi buruk perdagangan sisa global, atau niat untuk bersekongkol dengan mereka yang terlibat dalam pembuangan sisa dan bertanggungjawab atas pencemaran teruk dan tidak boleh dipulihkan di Malaysia, serta kesan kesihatan yang serius.
Motivasi yang diragui
Media Malaysia telah memetik seorang “pakar” mengenai dasar sisa elektronik. Berdasarkan profil LinkedIn beliau, beliau mempunyai pengalaman dalam industri media dan hospitaliti dan telah disebut sebagai “pengasas” sebuah NGO. Sementara itu, seorang lagi pengkritik telah mula menerbitkan siri “pendapat pakar” mengenai isu ini pada bulan ini.
Mereka berdua yang menyeru kerajaan Malaysia untuk membatalkan larangan import sisa elektronik, mungkin tidak menyedari bahawa berbuat demikian akan menyebabkan Malaysia melanggar kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa.
Pada mulanya, kami tidak berpandangan adalah perlu untuk menangani artikel-artikel yang penuh dengan ketidaktepatan ini. Namun, apabila 15 artikel sedemikian telah diterbitkan di pelbagai platform sejak Ogos 2024, sama ada ditulis secara langsung oleh “pakar” ini atau memetik mereka, dengan tujuh artikel diterbitkan bulan ini sahaja, nampaknya kita mungkin menyaksikan serangan yang dirancang.
Hujah yang palsu
Hujah utama yang dikemukakan adalah bahawa, apabila terlalu banyak aktiviti haram berlaku, mungkin undang-undang itu yang bermasalah dan kita harus membenarkan sisa elektronik mengalir masuk tetapi dikawal ketat. Penulis berpendapat bahawa terdapat banyak kekayaan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada kitar semula.
Sebenarnya, seperti yang ditemui oleh China beberapa tahun lalu dan telah bertindak tegas terhadapnya, import sisa elektronik dan sisa plastik membawa kerugian bersih kepada negara. Satu-satunya penyelesaian adalah dengan mengharamkan import.
Pertimbangkan ini: jika sisa itu begitu berharga dan pemprosesannya begitu menguntungkan, mengapa usahawan yang mempunyai akses kepada pelaburan modal di AS tidak melabur dalam fasiliti “hijau” untuk mengekstrak nilai tersebut dengan bersih? Mengapa mereka membiarkan nilai ini mengalir ke Asia Tenggara, memandangkan China tidak lagi menerima bahan tersebut?
Hakikatnya, kebanyakan sisa elektronik mempunyai nilai negatif atau marginal jika kesan alam sekitar dari proses kitar semula ditangani dengan baik dan ditebatkan dengan berkesan, dan sisa yang tidak boleh dikitar semula diuruskan dengan selamat.
Hanya sebahagian daripada bahan tersebut yang berdaya saing secara ekonomi untuk dikitar semula. Kebanyakan sisa elektronik yang diseludup ke Malaysia termasuklah plastik pembungkusan peralatan elektronik, yang bernilai rendah dan kemungkinan besar mengandungi bahan kimia toksik yang kekal.
Perdagangan sisa dari negara-negara seperti AS, Malaysia dan kini China wujud disebabkan hipotesis syurga pencemaran. Malaysia secara tidak sedar telah menawarkan syurga pencemaran kepada pengusaha yang mengekstrak nilai daripada sebahagian kecil sisa untuk keuntungan mereka sendiri dan membuang selebihnya untuk memastikan kos yang minimum. Jika mereka tidak boleh membuang atau mencemarkan dengan bebas, keuntungan akan berkurangan dan bahkan hilang.
Konvensyen Basel yang dikemaskini
Pakar dari 191 negara di dunia telah menyedari perkara ini, seperti yang telah dilakukan oleh China. Mereka adalah parti kepada Konvensyen Basel, yang telah mewujudkan kawalan dan larangan global yang ketat untuk mewujudkan persaingan yang adil dan memupuk perniagaan yang benar-benar mampan yang tidak mengeksploitasi ekonomi, rangka perundangan yang lemah dan komuniti terpinggir.
Malaysia menerima peraturan ini yang telah melalui perdebatan. Pada tahun 2025, peraturan baharu telah dikuatkuasakan untuk menangani tahap pembuangan sisa global yang mengerikan dan pencemaran yang teruk yang sedang disaksikan.
Mulai tahun ini, semua sisa elektronik yang diperdagangkan tertakluk kepada kawalan antarabangsa, persetujuan yang dimaklumkan terlebih dahulu (prior informed consent), bukan hanya yang dilabelkan sebagai “sisa berbahaya”. Konvensyen Basel telah dikemas kini, bukan ketinggalan zaman!
Peraturan-peraturan ini direka untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan awam. Tetapi seperti mana-mana undang-undang, tanpa penguatkuasaan, ianya tidak bermakna. Malaysia kini melaksanakan penguatkuasaan tegas yang amat diperlukan dan kita harus menggalakkan usaha penting dan kompleks ini.
Kita tidak seharusnya berpura-pura menjadi pakar dan pembela bagi pedagang sisa yang memilih untuk bersekongkol dengan pengusaha seperti mafia yang jelas gembira mengorbankan alam sekitar dan kesihatan awam kita untuk meraih keuntungan cepat.
Kesan-kesannya serius – pencemaran daripada sisa elektronik yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan kanser, menjejaskan perkembangan otak, mengganggu sistem endokrin, menyebabkan kecacatan kelahiran, mengurangkan kesuburan dan pelbagai masalah lain.
Kesan-kesan ini tidak boleh dipulihkan dan akan menjejaskan generasi akan datang. Kerajaan Malaysia adalah pemimpin serantau dalam dasar sisa elektronik dan harus mengekalkan larangan terhadap import sisa elektronik. – BAN/SAM
English version
Crackdown on global waste traders that have targeted Malaysia
The Basel Action Network (BAN) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) are deeply concerned about criticism that has been levied against the Malaysian government over their courageous crackdown on illegal e-waste recycling operations that have been springing up throughout the country.
(See “Environment auctioning 15 tons of seized e-waste”, Malaysiakini, 25 February; “Malaysia’s e-waste policy: a case of short-sightedness”, Free Malaysia Today, 25 February; “The malicious narrative of e-waste ‘dumping’ in Malaysia”, Free Malaysia Today, 25 February.)
We must be clear – these illegal operations are run by criminal syndicates looking to reap quick and maximum profits, extracting copper, gold and other valuable materials from the scrap, exploiting the most low-cost and vulnerable labour force (often undocumented migrant workers), avoiding any form of pollution control costs, and then illegally dumping the toxic residual material at the lowest cost.
Do not be fooled. There is a reason why China banned the import of electronic waste and plastic waste with their “National Sword Policy” in 2018. China’s air, water and soil were rapidly getting contaminated, people were falling sick, agricultural lands were getting destroyed, and the economic damage from this environmental harm far outweighed the returns.
Unfortunately, China did not at the same time forbid their business people from moving the same dirty operations abroad, and they came in droves to Southeast Asia, especially Malaysia, Thailand, Vietnam and Indonesia.
The region has become the new destination for very toxic, problematic, difficult-to-recycle waste from all over the world; history has proven these will bring more negative consequences than positive value.
Asean has taken over from China to become the unwitting victims of this so-called ‘recycling’ – which is, in fact, dumping by another name.
Much-needed enforcement action
The Department for the Environment (DfE), the Customs Department, the police, the Immigration Department and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) deserve to be commended for their ongoing work in keeping the country safe from these waste crimes.
All of these agencies are, in fact, ensuring that Malaysia meets its international obligations and implementing a treaty that the global community, led by countries like Malaysia, enacted decades ago, in 1989, and has steadily continued to enhance through annual meetings.
This global treaty is known as the Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and Their Disposal. It forbids the most egregious forms of dumping by industrialised countries that prey on developing or emerging economies by dangling promises of raw materials, and requires signatories to enforce strict control procedures for legitimate recycling and re-use operations.
What the Malaysian government has found running rampant in Malaysia are not legitimate operations by strictly regulated licensed e-waste recyclers. These are a result of criminal activities in illegal trafficking in toxic and other wastes coming from countries like the US and Japan.
Within Malaysia, we are suddenly, all too conveniently, hearing from some very vocal players that have taken to the media to criticise the rule of law, the government and especially, the DfE.
Their arguments are baseless and either reveal ignorance about the ugly economics of the global waste trade or an intention to be in league with those who perpetuate the dumping and are responsible for the horrendous and irreversible pollution in Malaysia and the serious resulting health impacts.
Questionable motivations
Malaysian news outlets have been quoting an “expert” about e-waste policies. Based on his LinkedIn entry, he has experience in the media and hospitality industry and he has been cited as an NGO “founder”. Meanwhile, another armchair critic has begun publishing a series of “expert opinions” on the issue this month.
They are both dangerously calling for the Malaysian government to lift its ban on e-waste importation, perhaps not realising that to do so would cause Malaysia to violate its obligations under international law.
We initially did not believe it was warranted to engage with such articles full of inaccuracies. However, when 15 such articles have been published across various platforms since August 2024, either directly authored by these “experts” or quoting them, with seven articles published this month alone, it appears we may be witnessing a calculated attack.
Spurious argumentation
The primary argument proffered is that, when there is so much illegal activity, then perhaps the law is the problem and we should just allow the e-waste to flow in, but strictly controlled. The writers opine that, after all, there is a lot of wealth and good that can come from recycling.
In fact, as China discovered years ago and acted decisively upon, the import of electronic and plastic wastes represents a net loss to the country. The only solution is to ban the imports.
Consider this: if the wastes were so valuable and the processing so profitable, why would entrepreneurs with access to capital investment in the US not build ‘green’ facilities to extract the value cleanly? Why would they let this value go straight to Southeast Asia, now that China no longer accepts the material?
The fact is, most e-waste is of negative or marginal value if the environmental impacts from the recycling process are adequately addressed and carefully mitigated, and the unrecyclable residues are safely managed. Only some portions of the material are economically viable to be recycled.
Much of the e-waste smuggled to Malaysia include the plastic housing of electronic equipment, which is low value and highly likely to contain ‘toxic forever’ chemicals.
The waste trade from countries like the US, Malaysia and now China exists due to the pollution haven hypothesis. Malaysia has unwittingly offered a pollution haven for operators who extract the value from a limited part of the waste load for their own profits and dump the rest to ensure minimal costs. If they could not dump or pollute with impunity, the profits would dwindle or even disappear.
Updated Basel Convention
The experts of 191 countries of the world figured this out, just as China has done. They are parties to the Basel Convention, correctly creating strict global controls and prohibitions to level the playing field and foster truly sustainable businesses that do not depend on exploiting weaker economies, legal frameworks and marginalised communities.
Malaysia embraced these rules after much rigorous debate. In 2025, new rules have come into force to respond to the horrific levels of global dumping and devastating pollution being witnessed. As of this year, all e-waste traded is subject to international controls of prior informed consent, not only those labelled “hazardous wastes”. The Basel Convention is updated, not outdated!
These rules are designed to protect our environment and people. But like any law, without enforcement, it is not worth the paper it is printed on. Malaysia is now providing the necessary enforcement and we should encourage this important and complex work.
We should not pretend to be experts and apologists for the waste traders that chose to collude with mafia-like operators evidently happy to sacrifice our environment and public health to make a quick profit.
The consequences are serious – pollution from mismanaged e-waste can cause cancer, affect brain development, disturb endocrine systems, cause birth defects, reduce fertility and more.
These effects are irreversible and will affect future generations. The Malaysian government is a regional leader in e-waste policy and should uphold the ban on imports of e-waste. – BAN/SAM
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme