Ambil tindakan ke atas dua anggota polis yang membiarkan suspek membunuh mangsa – Edict

EDICT/PERAK KINI

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk kepada satu insiden yang kini sedang tular di media sosial berkenaan seorang lelaki sedang mencekik leher seorang lagi lelaki sehingga mati yang berlaku di Ipoh, Perak.

Di dalam gambar dan video yang tular, kelihatan dua orang anggota polis yang telah pun tiba di tempat kejadian tidak berusaha untuk meleraikan insiden berkenaan.

Di dalam Akta Polis 1963 Seksyen 3(j), jelas dinyatakan bahawa antara tugas seorang anggota polis adalah memberikan perlindungan terhadap nyawa dan harta.

Di dalam insiden ini, jelas tindakan seorang lelaki yang sedang mencekik mangsa itu adalah satu cubaan membunuh yang boleh membawa kepada kematian. Namun tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh para anggota polis yang telah berada di tempat kejadian.

Edict berasa sungguh kecewa dengan pengabaian tugas yang berlaku dalam kalangan anggota polis tersebut.

Edict menyeru agar pihak polis dapat mengambil tindakan ke atas kedua-dua anggota berkenaan yang jelas tidak menjalankan tugas mereka sebagai seorang petugas keselamatan sepertimana yang termaktub di dalam Akta Polis.

Edict juga menyeru orang awam agar jangan bertindak mengikut nafsu amarah ketika berjaya menghentikan suspek yang melakukan jenayah sebaliknya hanya menahan mereka dan menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk disiasat.

Dalam pada itu, Edict juga ingin menggesa kerajaan agar memberikan perhatian kepada tuntutan masyarakat sivil tentang pelaksanaan IPCMC [Independent Police Complaints and Misconduct Commission] yang masih tergendala.

Sesungguhnya Rang Undang-Undang IPCC [Independent Police Complaints Commission] yang ingin dibentangkan kerajaan di Parlimen adalah sia-sia dan tidak berguna dalam membendung salahlaku anggota polis. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments