Ambil tindakan automatik terhadap ahli parlimen bermulut cabul (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional (KPPP) menggesa pindaan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat 36 untuk merujuk secara automatik terhadap mana-mana ahli Parlimen yang mengeluarkan ungkapan seksis, perkauman, khianat, subversif dan menyinggung kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Rakyat dan mengenakan hukuman berat jika didapati bersalah.

Tuduhan liar terhadap ahli-ahli parlimen wanita pembangkang sebagai “tidak senonoh” dan dua kali menyebut “p***m*k” oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman (Umno) dalam persidangan Dewan Rakyat pada tengah hari 20 Julai mendedahkan bukan sahaja kebiadaban dan kekasaran ahli parlimen yang berulang kali mengaibkan kawasan dan pengundinya, tetapi juga kegagalan Timbalan Yang di-Pertua Rashid Hasnon untuk bertindak adil dan kegagalan dua tahun jawatankuasa peraturan mesyuarat – dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Azhar Harun – untuk mengetatkan peraturan tersebut.

Rashid cuma memberi amaran ringan kepada Tajuddin bagi ungkapan lucah tersebut, hanya dua hari selepas beliau menggantung Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis dari Warisan kerana menuntut perbahasan rampasan aset Petronas yang didakwa oleh keturunan Sultan Sulu.

Hukuman yang tidak konsisten dan tidak seimbang (tidak wajar sama sekali untuk Ahli Parlimen Kota Belud) bukan sahaja mendedahkan penilaian yang lemah dan keperibadian lesu Timbalan Yang di-Pertua dalam perkara seperti kesopanan Parlimen, keterangkuman gender dan kepentingan awam, tetapi juga kecacatan struktur dalam barisan Timbalan Yang di-Pertua yang gagal menggambarkan kepelbagaian gender (tiada wanita), wilayah (tiada dari Malaysia Timur) dan kepartian (tiada pembangkang).

KPPP bagaimanapun ingin mengingatkan orang ramai bahawa peraturan mesyuarat Dewan Rakyat adalah tempang dalam menghukum pesalah berkaitan ungkapan kesat dan merendahkan. Walaupun ungkapan seksis, perkauman, khianat, subversif dan menyinggung semuanya “menjadi kesalahan” di bawah peraturan 36(4) dan (10), namun tiada penalti diperuntukkan.

Oleh itu, seseorang pesalah boleh terlepas dengan hanya menarik balik perkataan dan memohon maaf, yang mana Tajuddin Rahman tidak ambil peduli pun untuk melakukannya di hadapan Timbalan Yang di-Pertua yang lemah tersebut.

Untuk menghalang secara berkesan kekasaran tersebut, KPPP menyeru Yang di-Pertua sebagai pengerusi jawatankuasa peraturan mesyuarat untuk memanggil jawatankuasa dan meminta pindaan peraturan mesyuarat 36 diluluskan sebelum mesyuarat parlimen berakhir pada Ogos ini.

Peraturan mesyuarat 36 perlu dipinda supaya:

  • Pesalah mesti dirujuk secara automatik kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Rakyat
  • Jika didapati bersalah, mereka akan didenda sekurang-kurangnya RM500
  • Keberatan hukuman harus lebih tinggi bagi pesalah berulang, dengan penggantungan secara mandatori menjadi pilihan untuk memaksa parti atau whip parti menguatkuasakan disiplin dalam kalangan ahli Parlimen parti mereka
READ MORE:  Umno's appalling plan for early polls NOT in the people's best interests

Dua cadangan pertama kali dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, pada 22 Julai 2020, tepat dua tahun pada hari ini, selepas beliau sendiri menjadi sasaran fitnah perkauman oleh Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim.

Malangnya, dua tahun selepas cadangannya tidak diendahkan oleh jawatankuasa peraturan mesyuarat, sebuah lagi insiden berlaku.

Secara simboliknya, memandangkan ahli parlimen dibayar RM500 sebagai elaun untuk kehadiran harian, denda sekurang-kurangnya RM500 menunjukkan kehadiran mereka akan terbatal oleh perkataan yang menyinggung perasaan tersebut.

Jawatankuasa hak dan kebebasan ialah lembaga tatatertib Dewan Rakyat. Bagi cadangan ketiga pula, penggantungan mandatori ahli parlimen yang melanggar peraturan akan membuatkan parti-parti bangun dan mengambil tindakan pencegahan kerana ia boleh menyebabkan kehilangan ahli mengundi dalam Dewan Rakyat.

Jawatankuasa peraturan mesyuarat mempunyai tujuh orang ahli. Selain Yang di-Pertua sebagai pengerusi, empat orang daripadanya adalah backbencher kerajaan – Ahmad Nazlan Idris (Jerantut-Umno), Azizah Mohd Dun (Beaufort-Bersatu), Nancy Shukri (Batang Sadong-PBB), Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu- Pas) – dan dua orang daripada pembangkang – Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh-PKR) dan Hannah Yeoh (Segambut-DAP).

Dengan ancaman kemungkinan denda dan penggantungan, ahli parlimen dan parti akan menjalankan disiplin yang lebih ketat untuk mematuhi adab parlimen. Kegagalan semasa untuk menghukum pesalah berulang telah memberi isyarat bahawa kelakuan sedemikian diterima, malah dibenarkan, oleh Dewan Rakyat.

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

Ditandatangani oleh:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
  2. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  3. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  4. Bait Al-Amanah
  5. Engage Network
  6. Wisdom Foundation
  7. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)

English version

Automatically refer foulmouthed MPs to privileges committee for punishments

The Seed Community for a Professional Parliament (SCPP) calls for an amendment of the House of Representatives standing order 36 to automatically refer any MP who utters sexist, racist, treacherous, subversive and offensive expressions to the House’s privileges committee and impose severe penalties if found guilty.

READ MORE:  Reforms still needed for Parliament

The wild accusation of opposition women MPs as ‘indecent’ (tidak senonoh) and the twice uttering of “p***m*k” by Pasir Salak MP, Tajuddin Rahman from Umno in the House of Representatives sitting in the afternoon of 20 July expose not just the rudeness and vulgarity of the uncultured parliamentarian who repeatedly brings shame to his constituency and constituents, but also both the failure of Deputy Speaker Rashid Hasnon to act fairly and a two-year failure of the standing orders committee, chaired by Speaker Azhar Harun, to tighten the rules.

Rashid gave a slap-on-the-wrist warning to Tajuddin for such vulgarity, just two days after he suspended Kota Belud MP Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan) for demanding a debate on the seizure of Petronas assets by claimed descendants of the Sulu Sultan.

The inconsistency and disproportionality of the penalties (completely unjustifiable for the Kota Belud MP) expose not just the poor judgement and weak personality of the Deputy Speaker in matters like parliamentary decorum, gender inclusion and public interest, but also a structural flaw in the line-up of the Deputy Speaker that fails to reflect diversity in gender (no woman), region (no East Malaysian) and partisanship (no opposition).

The SCPP, however, wishes to remind the public that the House of Representatives’ standing orders are ill-equipped to punish the offenders in vulgarity and demeaning expressions. While sexist, racist, treacherous, subversive and offensive expressions are all “out of order” (menjadi kesalahan) under orders 36(4) and (10), no penalty is provided. Hence, an offender can get out of trouble by simply withdrawing and apologising, which Tajuddin Rahman did not even bother to do before the weak Deputy Speaker.

To effectively deter vulgarity, the SCPP calls upon the Speaker as the chair of the standing orders committee to convene the committee and have the amendment of standing order 36 passed before the parliamentary meeting ends in August. Standing order 36 should be amended so that:

  • Offenders must be automatically referred to the House’s privileges committee
  • If found guilty, they would be penalised with a fine of at least RM500
  • The severity of penalties should be higher for repeat offenders, with a mandatory suspension being an option to force the party or party whip to enforce discipline among their party MPs
READ MORE:  Passing of 'anti-hopping' amendments hailed - but more reforms needed

The first two suggestions were first submitted by Batu Kawan MP Kasthuri Patto on 22 July 2020, exactly two years ago, after she herself became the object of a racist slur by Baling MP Abdul Azeez Rahim.

Regrettably, two years after her submission was ignored by the standing orders committee, another incident took place.

Symbolically, as MPs are paid RM500 in allowance for every day’s attendance, a fine of at least RM500 would indicate that their attendance would be invalidated by any offensive expression. The privileges committee is the House’s disciplinary board.

As for the third suggestion, the mandatory suspension of MPs who breach the rules will make the parties sit up and take preventive action because it could mean a loss of voting members in the House.

The standing orders committee has seven members. Other than the Speaker as chair, four come from the government bench –  Ahmad Nazlan Idris (Jerantut-Umno), Azizah Mohd Dun (Beaufort-Bersatu), Nancy Shukri (Batang Sadong-PBB), Ahmad Amzad Mohamed (Kuala Terengganu-Pas) – and two from the opposition bench – Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh-PKR) and Hannah Yeoh (Segambut-DAP).

With the threat of a possible fine and suspension, MPs and parties would exercise greater discipline to adhere to parliamentary decorum. The current failures to penalise repeat offenders have given a signal that such behaviour is tolerated or even condoned by the House.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Endorsed by:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)
  2. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  3. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  4. Bait Al-Amanah
  5. Engage Network
  6. Wisdom Foundation
  7. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments