Oleh Gegar
Selaras dengan protes anjuran BDS Malaysia, pada 13 Jun Gegar, Mahasiswa Melawan Genosid (SAGM), Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi), Artivist Network, Klima Action Malaysia (Kamy), dan rakyat Malaysia marhaen dari pelbagai lapisan masyarakat bergabung kuasa dalam satu aksi die-in untuk bantah penglibatan PNB dan Sime Darby dengan Caterpillar.
Sebagai pembekal [jentera kejuruteraan] setia kepada rejim Israel, Caterpillar memain peranan penting dalam pengusiran rakyat Palestin, pemusnahan sumber alam, serta pengembangan penempatan haram Zionis.
PNB dan Sime Darby bukan sahaja bersubahat dalam genosid rakyat Palestin melalui hubungan mereka dengan Caterpillar, malah mereka juga dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar dan penindasan komuniti Orang Asal di Sarawak dan Borneo.
Pegawai eksekutif PNB dan Sime Darby meraih keuntungan berbilion dan duduk berselesa dalam pencakar langit mereka sementara produk mereka digunakan untuk memusnahkan alam sekitar dan membunuh masyarakat asal di seluruh dunia.
Sesaat kita berdepan dengan gelombang fasisme, kemusnahan alam, dan pembunuhan massa di seluruh dunia, kita harus perhebatkan perjuangan kita dari semua segi.
Rakyat Palestin sedang dibunuh beramai-ramai sambil menunggu pengagihan bantuan oleh AS-Israel.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Jentera perang Israel membunuh ratusan orang di Iran.
Rejim tali barut Libya dan Mesir pula sedang menyekat, menangkap dan mengusir aktivis yang berusaha mengangkat sekatan ke atas Gaza.
Sementara itu, kerajaan Malaysia dan syarikat kerajaan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat Zionis.
Ini jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh bergantung pada pejuang pembebasan di Palestin sahaja…
Kita tidak dapat membebaskan Palestin selagi kita tidak membebaskan diri dari sistem kapitalis yang menindas kita di negara sendiri.
Selagi ada penindasan, selagi itu harus ada perlawanan!
Hidup kuasa rakyat, bebaskan Palestin. Dunia Selatan mesti bangkit! – Gegar
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme