Ahli parlimen perlu sokong Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021 (Malay/English)

48 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyokong kenyataan Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang, yang juga merupakan mantan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, untuk membawa rang undang-undang persendirian bertajuk “Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021” bagi membolehkan satu akta pemecatan ahli Parlimen digubal di Parlimen Malaysia.

Kami juga menyokong cadangan Azalina yang mencadangkan penubuhan kaukus untuk reformasi parlimen dan demokrasi pelbagai parti dengan melibatkan ahli-ahli Parlimen yang berminat.

Sejak daripada perubahan tampuk kepimpinan kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan selepas pilihan raya umum 2018, isu lompat parti terus hangat apabila timbalan presiden Bersatu ketika itu, Mukhriz Mahathir, mengeluarkan kenyataan untuk menerima kemasukan beberapa ahli parlimen Umno ke parti beliau.

Siri lompatan parti kemudiannya berterusan sehingga Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH jatuh akibat pengkhianatan daripada Bersatu yang bekerjasama dengan Umno dan Pas membentuk kerajaan Perikatan Nasional, sehinggalah Umno menarik semula sokongan yang menyebabkan kerajaan tersebut juga tumbang pada bulan Ogos yang lepas.

Sepanjang siri lompatan parti sehingga menyebabkan perubahan kerajaan sebanyak tiga kali dalam masa tiga tahun ini, rakyat dan pengundi biasa hanya mampu menjadi penonton sahaja tanpa ada sebarang kuasa untuk mendesak wakil-wakil rakyat menghormati mandat yang telah diberikan kepada mereka dalam pilihan raya umum yang lepas.

Wakil rakyat yang melompat dan bertukar gabungan parti dilihat tidak mempunyai pendirian teguh dan bertindak atas kepentingan peribadi atau kelompok sendiri.

Perkara ini akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap pilihan raya sekiranya rakyat terus dibiarkan tidak berkuasa untuk menjadikan wakil rakyat mereka bertanggungjawab terhadap pengundi yang telah memilih dalam pilihan raya yang lepas.

Justeru, Bersih 2.0 ingin menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyokong rang undang-undang ini dan mengarahkan supaya ia diberi jalan untuk dibahaskan dan diterima untuk penelitian selanjutnya, dan tidak ditenggelamkan di bawah urusan kerajaan yang bertimbun.

Pemberian jalan sebegini pernah dilakukan semasa Rang Undang-Undang 355 di bawah kepimpinan Najib Razak dengan Azalina sebagai menteri undang-undang ketika itu. Juga diharapkan bahawa usul-usul ini tidak akan ditolak atas sebarang teknikaliti remeh-temeh oleh Yang diPertua Azhar Azizan Harun.

Bersih 2.0 menaruh harapan besar pemberian jalan rang undang-undang ini berdasarkan kenyataan Menteri Undang-Udang Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 30 Ogos yang menyebutkan “Undang-undang anti-lompat parti adalah penting. Saya mengalu-alukan cadangan ini setelah Barisan Nasional tewas dalam pilihanraya 2018. Kalau ada tawaran baru dibuat, saya berharap pembangkang tidak akan menolaknya lagi kerana itu bukan satu ciri beramanah sebuah pentadbiran.”

READ MORE:  Gubal prosedur pecat wakil rakyat untuk menghentikan katak politik di peringkat negeri (Malay/English)

Bersih 2.0 menyeru agar semua ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang untuk menyokong Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021 yang akan dibawa oleh Azalina. Sudah tiba masanya sistem demokrasi diperbaharui serta ditambahbaik bagi menangani cabaran serta realiti politik semasa.

Semenjak dua tahun belakangan, Bersih 2.0 telah membuat perbincangan, kajian dan libat urus dengan pelbagai pihak untuk mencari polisi yang bersesuaian bagi mencegah gejala lompat parti. Sehubungan kajian tersebut, kami berpandangan bahawa antara kaedah untuk mencegah gejala ini adalah dengan mewujudkan mekanisme pilihan raya pecat wakil rakyat yang memberi kuasa kepada pengundi untuk menentukan nasib wakil rakyat mereka sekiranya melompat parti.

Bersih 2.0 menegaskan memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan sama ada wakil rakyat mereka harus dipecat adalah cara yang benar-benar memuliakan dan mempertuankan pengundi.

Sebaliknya jika undang-undang baru memberi kuasa kepada pimpinan parti untuk melucutkan mana-mana wakil rakyat dengan terlebih dahulu memecat mereka daripada parti, maka wakil-wakil rakyat akan menjadi pak turut kepada pemimpin parti (dan kerajaan kalau partinya berada dalam kerajaan) sehingga kepentingan rakyat digadaikan untuk kepentingan parti.

Undang-undang anti-lompat parti yang berkiblatkan pemimpin parti dan bukan pengundi mesti ditolak, kerana ia mengubati satu penyakit lama dengan membawa satu penyakit baru.

Negara kita memerlukan pelbagai pembaharuan seperti akta syarikat berkaitan kerajaan, peruntukan pembangunan kawasan yang saksama, pemisahan jabatan peguam negara dan jabatan pendakwa raya, akta untuk pendanaan dan pembiayaan politik, dan reformasi pelantikan jawatan utama kerajaan.

Kesemua pembaharuan ini dapat mengurangkan insentif untuk wakil rakyat melompat parti demi kepentingan peribadi sekaligus menggalakkan persaingan demokrasi yang lebih sihat, matang dan berpaksikan program-program yang lebih baik untuk rakyat memilih. – Bersih 2.0

English version

Parliamentarians must support the Recall Of Members Of Parliament Bill 2021

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) supports the statement by Azalina Othman, the MP for Pengerang, who is also the former Deputy Speaker of the Dewan Rakyat, to bring a private member’s bill to enact a recall of members of Parliament act.

READ MORE:  Kerajaan baharu perlu gubal undang-undang perkhidmatan parlimen (Malay/English)

We also support Azalina’s proposal to establish a caucus for parliamentary reform and multi-party democracy by involving interested members of Parliament across parties.

Soon after the change of government from Barisan Nasional to Pakatan Harapan after the 2018 general election, the issue of party defections became a key concern when the then-deputy president of Bersatu, Mukhriz Mahathir, issued a statement to accept several Umno MPs into his party.

The series of party defections then continued until the Sheraton Move, which saw the fall of the PH government due to the defection of Bersatu, which worked with Umno and Pas to form the Perikatan Nasional (National Alliance) government. And, when Umno parliamentarians withdrew their support, the PN government collapsed last August.

With this series of party defections that led to two changes of government in three years, the people and ordinary voters could only act as spectators without any power to make the elected representatives respect the mandate given to them in the last general election. Elected representatives who have jumped and changed party or coalitions are seen to have no firm stand but instead have acted to further their own personal or party interests. This will erode the people’s trust in the election process and result in a lower turnout if people continue to be left powerless to make their elected representatives accountable to the voters who voted in the last election.

Therefore, Bersih 2.0 urges Prime Minister Ismail Sabri Yaakob support this nill and allow it to be debated and accepted for further scrutiny and not be sidelined by the pile-up of government affairs. Giving way for a private member’s bill was made for Bill no. 355 under the leadership of Najib Razak with Azalina as the law minister at that time. We hope the private member’s bill will not be rejected due to technicalities by the Dewan Rakyat Speaker, Azhar Azizan Harun.

Bersih 2.0 has high hopes for the bill to be tabled in Parliament based on the statement by Law Minister Wan Junaidi Tuanku Jaafar on 30 August, who stated that “an anti-party hopping law is important. I welcomed such a proposal after Barisan Nasional lost the 2018 General Election. If there is a new offer made, I hope the opposition will not turn it down as that is not an honourable trait of an administration.”

READ MORE:  Segerakan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021

Bersih 2.0 calls on all government and opposition MPs to support the Recall of Members of Parliament Bill 2021 brought by Azalina. It is time for the democratic system to be reformed to address the challenges and current political realities. Over the past two years, Bersih 2.0 has conducted discussions and research and engaged with various parties to find appropriate policies to deter party defections. From the studies conducted, we feel one of the methods to prevent this phenomenon is to create a recall mechanism which empowers voters to determine the fate of their elected representatives who switch parties.

Bersih 2.0 reiterates that empowering the people to decide whether their elected representatives should be sacked is the way that truly upholds voters’ supremacy.

On the other hand, if a new law empowers the party leadership to get rid of any elected representatives by first expelling them from the party, then the elected representatives may become yes men/women to the party leader (and the government, if the party is in government), at the expense of the interests of the voters that they represent.

An ‘anti-hopping’ law which empowers party leaders and not voters must be rejected, as it only cures an old disease by bringing in a new one.

Our country needs more reforms such as a government-linked companies act, equitable constituency development funds, the separation of the Attorney General’s Chambers from the office of public prosecutors, a political funding and financing act, and reforms to the process of appointments to key government positions.

All these reforms will reduce the incentive for elected representatives to switch parties for personal gain while promoting healthier, more mature democratic competition based on better programmes for the people to vote on. – Bersih 2.0

#KetuananPengundi
#HidupDemokrasi

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments