Bersempena dengan pilihan raya negeri Johor pada hari ini, Pusat Komas ingin mengingatkan semua rakyat Johor yang akan untuk membuang undi mereka dengan bijak, berdasarkan merit calon, dan bukannya kaum atau agama.
Laporan-laporan rasisme oleh Pusat Komas secara konsisten menunjukkan bahawa retorik perkauman yang memecah-belahkan memuncak semasa tempoh pilihan raya, jelas sebagai satu taktik untuk mempengaruhi pengundi.
Asas kepada demokrasi di Malaysia bergantung kepada calon yang dinilai berdasarkan manifesto dan rekod prestasi mereka, bukannya semata-mata berdasarkan kaum atau agama seperti yang didakwa oleh aktor-aktor politik tertentu seperti Dr Mahathir Mohamad, Khairy Jamaluddin, dan Hadi Awang yang menggemakan nada yang sama.
Asas negara kita dibina atas kerjasama antara semua rakyat, tanpa mengira etnik, agama atau kepercayaan.
Malaysia hari ini memerlukan parti politik dan calon-calon untuk mengutamakan pendekatan “Malaysia-first” (Malaysia dahulu), yang berkhidmat untuk semua di Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.
Kita mesti meninggalkan ideologi etno-politik yang lapuk dan berbahaya yang sedang mengancam landskap politik Malaysia dan dunia.
Oleh itu, Pusat Komas menggesa seluruh rakyat Johor untuk menolak politik perkauman dan agama daripada proses demokrasi kita dan mengundi berdasarkan merit.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Selamat mengundi, warga Johor! – Komas
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


