5 perkara yang diperlukan bagi menjadikan peruntukan untuk pusat-pusat keganasan rumahtangga lebih bermakna (Malay/English)

Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

[ENGLISH VERSION BELOW] Engender Consultancy dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melihat positif peruntukan RM21 juta kepada ‘pusat-pusat bantuan sosial setempat’ bagi keganasan rumahtangga dan juga peruntukan MySTEP bagi pekerja sosial jangka pendek dan pegawai-pegawai perubatan dalam Belanjawan 2021.

Kami berterima kasih kepada Pejabat Belanjawan Nasional Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) atas penganjuran dialog bersama masyarakat awam dan mengambil kira input bagi menambahbaik kehidupan pemandiri keganasan rumahtangga.

Peruntukan khusus yang bertujuan untuk mendepani keganasan rumahtangga ini merupakan satu langkah yang dialu-alukan. Walaubagaimanapun, berhadapan dengan keganasan rumahtangga memerlukan pendekatan yang holistik. Bagi memastikan peruntukan RM21 juta ini dimanfaatkan dengan baik dan menambaik kehidupan pemandiri keganasan rumahtangga dapat dicapai, kami menyarankan lima langkah ini:

1. Memastikan peruntukan RM21 juta dimanfaatkan dengan baik, dipantau dan dinilai untuk impak

Peruntukan bagi keganasan rumahtangga bukan sahaja amat penting, malah kita juga perlu memastikan peruntukan tersebut diagihkan dan dipantau dengan sewajarnya, serta dinilai impaknya. Oleh itu, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh jawatankuasa kebangsaan bagi keganasan rumahtangga di bawah KPWKM perlu diwujudkan dan merangkumi perwakilan daripada pihak kerajaan dan masyarakat awam.

Jawatankuasa ini akan dapat memastikan dana disalurkan dengan cara yang memaksimakan peruntukan dan ketersampaiannya kepada rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga. Jawatankuasa ini juga boleh memantau dan menilai impak dan agihan peruntukan untuk kitaran belanjawan persekutuan dan negeri.

2. Memastikan rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga mematuhi amalan dan piawaian terbaik (contohnya seperti yang telah digariskan di dalam toolkit dan Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumahtangga yang telah diwujudkan oleh WAO dan KPWKM)

Ketika ini, tidak terdapat keseragaman piawaian bagi rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga di seluruh negara. Kesannya, wujud perbezaan yang ketara di dalam skop perkhidmatan yang disediakan oleh rumah-rumah perlindungan. Tahap keselamatan antara lainnya, serta pengalaman pemandiri juga berbeza jauh, bergantung kepada rumah perlindungan yang telah dirujuk atau yang berdekatan dengan mereka.

Untuk berhadapan dengan isu ini serta menghapuskan perbezaan ini, amat penting bagi kerajaan melaksanakan piawaian rumah perlindungan yang seragam di peringkat persekutuan. Piawaian ini telah digariskan dalam toolkit dan Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumahtangga yang telah diwujudkan oleh WAO dan KPWKM.

Pelaksanaan piawaian ini di peringkat persekutuan memerlukan kepatuhan oleh organisasi-organisasi yang menerima dana persekutuan. Ia akan membantu memastikan aspek-aspek utama dalam pengalaman wanita kekal konsisten dan seragam walau di rumah perlindungan mana pun mereka berada.

3. Memastikan perkhidmatan-perkhidmatan penting keganasan rumahtangga tersedia (contohnya seperti hotline krisis)

Amat penting untuk memastikan rumah-rumah perlindungan keganasan rumahtangga boleh diakses oleh para pemandiri pada masa yang memerlukan disediakan oleh platform tambahan seperti hotline krisis. Hotline adalah titik pemula bagi para pemandiri untuk mendapatkan nasihat dan maklumat mengenai pilihan yang tersedia untuk mereka termasuklah ke mana hendak dituju sekiranya mereka sedang berhadapan dengan bahaya atau telah bersedia untuk meninggalkan situasi keganasan.

Hotline seperti talian dan SMS/Whatsapp WAO 24 jam dan Talian Kasih oleh KPWKM membolehkan para pemandiri untuk mengakses bantuan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam. Ia juga membolehkan petolongan segera diberikan kepada para pemandiri yang tinggal di tempat yang terpencil atau tidak mempunyai jalan untuk meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan bantuan.

Ianya juga amat penting untuk memastikan wujudnya sumber dan pekerja yang mencukupi di rumah-rumah perlindungan dan pekerja yang ada perlulah terlatih dan berpengetahuan mengenai keganasan berasaskan gender dan sokongan-sokongan yang tersedia.

READ MORE:  Four ways to strengthen response to domestic violence

4. Memastikan pelaburan dalam respon kepada keganasan rumahtangga berterusan

Malangnya, keganasan rumahtangga bukanlah satu fenomena yang berlaku secara tiba-tiba atau bersifat sementara. Ianya memerlukan pelaburan yang khusus dan berterusan daripada masyarakat bagi mengatasinya.

Antaranya, pelaburan dalam respon kepada keganasan rumahtangga dan infrastruktur perlu dijadikan komponen utama dalam setiap peruntukan belanjawan tahunan di peringkat persekutuan dan negeri, dan berbagai-bagai lagi aspek dalam pengalaman pemandiri haruslah diambil perhatian.

Contohnya, sementara rumah perlindungan adalah kritikal kepada pemandiri ketika fasa krisis apabila mereka meninggalkan situasi keganasan, pemandiri kebiasaannya memerlukan sokongan yang berterusan untuk kembali berdikari dan boleh menyara diri mereka sendiri.

Oleh itu, peruntukan bagii kediaman sementara berkos rendah bagi pemandiri setelah mereka meninggalkan rumah perlindungan dan juga penjagaan kanak-kanak yang mampu milik juga amat penting bagi kesejahteraan dan kestabilan pemandiri dalam jangka masa panjang.

Jawatankuasa yang dicadangkan untuk mengetuai pemantauan dan penilaian ke atas peruntukan RM21 juta ini turut akan menilai bidang-bidang lain dalam keperluan pemandiri dan memberikan saranan kepada kerajaan untuk kitaran belanjawan pada masa hadapan.

5. Membangunkan pelan tindakan terancang keganasan rumahtangga melalui jawatankuasa kebangsaan bagi keganasan rumahtangga

Akhir sekali, peruntukan belanjawan RM21 juta haruslah menjadi sebahagian daripada pendekatan komprehensif dan bersasar untuk mendepani isu keganasan rumahtangga. Pelan tindakan yang terancang boleh diwujudkan dan dilaksanakan oleh awatankuasa kebangsaan bagi keganasan rumahtangga.

Ini akan membantu dalam pemantauan dan penilaian peruntukan RM21 juta dengan memberi kefahaman mengenai keperluan pemandiri keganasan rumahtangga di pelbagai peringkat, dan memastikan keperluan ini dipenuhi dengan sewajarnya melalui peruntukan persekutuan dan negeri – bukan hanya melalui peruntukan khusus bagi rumah-rumah perlindungan dan perkhidmatan bantuan krisis yang lain, tetapi juga melalui peruntukan kepada polis, pegawai kebajikan, hospital, dan pihak-pihak lain yang memainkan peranan kritikal dalam respon kepada keganasan rumahtangga.

English version

5 things needed to make the RM21m allocation for domestic violence centres more meaningful

Engender Consultancy and Women’s Aid Organisation (WAO) view positively the RM21m allocation for domestic violence ‘local social support centres’ as well as the MySTEP allocation for short-term social workers and medical officers in Budget 2021.

We thank the National Budget Office of the Ministry of Finance and the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) for engaging in dialogue with civil society and considering input, to improve the lives of domestic violence survivors.

READ MORE:  Our laws need to address domestic violence murders

This specific allocation to respond to domestic violence is a welcome step.

Nonetheless, responding to domestic violence requires a holistic approach. To ensure that the aim of the RM21m allocation – to improve the lives of domestic violence survivors – is achieved, we further recommend these five steps:

1. Ensure the RM21m allocation is implemented well, monitored and evaluated for impact

As critical to creating a budget allocation for domestic violence shelters is ensuring that such allocation is properly implemented and monitored and its impact evaluated.

To do this, a committee should be created, led by the national committee on domestic violence under KPWKM and including representatives from government and civil society.

Such a committee could help ensure that the funds are disbursed in a way that maximises the availability and accessibility of domestic violence shelters for survivors.

The committee could also conduct monitoring and evaluation to assess the impact of the allocation and distribution to inform future federal and state budget cycles.

2. Ensure domestic violence shelters adhere to good practices and standards (eg as outlined in the Domestic Violence Shelter Standards and toolkit, created by the WAO and KPWKM)

Currently, there is a lack of uniform standards for domestic violence shelters throughout the country. As a result, significant disparities exist in the scope of services provided by shelters and the level of security, among other aspects, and survivors’ experiences vary widely depending on the shelter to which they are referred or the one geographically accessible to them.

To address this issue and remedy disparities, it is critical that the government adopt uniform shelter standards at the federal level. Such standards are outlined in the Domestic Violence Shelter Standards and toolkit created by the WAO and KPWKM.

Adoption of these standards at the federal level – and required adherence by organisations receiving federal funding – could help ensure that key aspects of women’s experiences are consistent and uniform regardless of where they seek shelter.

3. Ensure other essential domestic violence services – like crisis hotlines – are resourced

Critical to making domestic violence shelters accessible to survivors in need is the availability of complementary resources such as crisis hotlines. Such hotlines are often an entry point for survivors to seek advice and obtain information about what options are available to them – including where they can go in the event they are in imminent danger or are otherwise prepared to leave their abusive home.

Hotlines such as the WAO’s 24-7 telephone and SMS/Whatsapp hotline and KPWKM’s Talian Kasih allow survivors to access help any time of day or night and make immediate assistance available to survivors who may be geographically isolated or who do not have the means of leaving their home and getting to a shelter without assistance.

As important as ensuring there are adequate numbers of sufficiently resourced domestic violence shelters is ensuring that existing crisis hotlines are sufficiently resourced with staff sensitised to the needs of gender-based violence survivors and knowledgeable about available support.

READ MORE:  Need for gender responsiveness and public participation in Budget process

4. Ensure investment for domestic violence response is regular

Unfortunately, domestic violence is not a sudden or temporary phenomenon and requires dedicated and ongoing investment by society to address. As such, investment into domestic violence response and infrastructure must be a key component of every annual budget allocation at the federal and state level, and various aspects of the survivor’s experience must be taken into account.

For example, while shelter is critical to survivors during the crisis stage when they first leave the abusive home, survivors often require continued support to get back on their feet and become financially independent. Thus, allocations for low-cost transitional housing for survivors after they leave the shelter, as well as for affordable childcare are also vital for the survivors’ long-term wellbeing and stability.

The proposed committee to conduct monitoring and evaluation of the RM 21m allocation could also help assess the other areas of survivors’ needs and make recommendations to the government for future budget cycles.

5. Develop a coordinated domestic violence action plan through the national committee on domestic violence

Finally, the RM21m budget allocation must be part of a comprehensive and targeted approach to addressing the issue of domestic violence. Such a coordinated action plan could be created and implemented by the national committee on domestic violence.

This would complement the monitoring and evaluation of the RM21m budget allocation by contributing to an understanding of domestic violence survivors’ needs at various stages, and ensuring that these needs are adequately served through federal and state budget allocations – not only through dedicated allocations for shelters and other crisis support services, but through allocations for the police, welfare officers and hospitals, all of whom play a critical role in domestic violence response.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.