SPR tidak membantu membersihkan daftar pemilih tetapi menjadikan ia lebih kotor

0
Source: freemalaysiatoday.com

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih 2.0 telah melahirkan kemarahan kami terhadap apa yang kami lihat sebagai percubaan sengaja oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengurangkan lagi ruang di mana kita dapat membersihkan daftar pemilih.

SPR telah mula memaparkan rang daftar pemilih tambahan bagi suku pertama tahun ini (Q1 2017).

Ini merupakan kali pertama SPR tidak memberi parti politik rang daftar dalam bentuk cakera padat; parti politik juga tidak dapat membelinya, mahupun dalam bentuk cetak.

SPR tidak memberi sebarang alasan bagi keputusannya. Ia hanya berkata adalah memadai bagi pihak yang berminat untuk melihat rang daftar di 960 buah tempat di seluruh negara di mana ia dipamerkan.

Bersih 2.0 tidak bersetuju dan mempertikaikan kenyataan SPR ini. Kini, parti politik – yang mempunyai kepentingan terbesar dalam proses ini – hanya diberi 10 hari waktu bekerja bermula dari hari ini hingga 22 Mei untuk meneliti kira-kira 500 halaman daftar bagi satu bahagian pilihan raya persekutuan yang mempunyai 1,500 nama secara purata, untuk memastikan bahawa kesemuanya teratur. Dan mereka perlu meneliti draf daftar tambahan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen.

SPR mesti menjelaskan mengapa ia tiba-tiba mengambil keputusan untuk berhenti memberi cakera padat percuma bagi rang daftar pemilih tambahan setelah berbuat demikian selama beberapa tahun. Apa perubahan teruk yang telah berlaku dan siapakah yang terjejas akibatnya? Apa yang membimbangkan SPR? Dan mengapakah kini orang awam pun tidak boleh mendapatkan salinan rang tersebut?

Yang lagi dahsyat adalah bahawa langkah SPR ini bagaikan respons pihak berkuasa kepada pendedahan baru-baru ini oleh pelbagai pihak termasuk Bersih 2.0, mengenai pemindahan pengundi secara haram dalam Q3 dan Q4 2016 rang daftar tambahan.

Kami juga telah memberi amaran bahawa jumlah pengundi ragu akan bertambah pada suku tahun yang berikutnya semakin hampir pilihan raya menjelang. Oleh itu, kita telah memberi amaran kepada semua pihak yang berkepentingan, termasuk pengundi biasa, supaya berwaspada terhadap pengundi hantu dan menyemak rang daftar tambahan bagi setiap suku tahunan.

Namun SPR bertindak yang sebaliknya. Ia bukannya membantu untuk mengusir pengundi hantu daripada daftar pemilih tetapi menyukarkan semakan sebegini dan juga melakukan perkara yang bertentangan dengan ‘menyembunyikan’ pengundi ragu daripada dikesan sebelum rang daftar diwartakan untuk pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.

Bersih 2.0 telah melahirkan kemarahan kami terhadap apa yang kami lihat sebagai percubaan sengaja oleh SPR untuk mengurangkan lagi ruang di mana kita dapat membersihkan daftar pemilih.

Kawalan maklumat sebegini yang memihak kepada parti pemerintah menimbulkan soalan – adalah SPR mengikut arahan ‘tuan politik’ mereka? Jika ini bukan halnya, SPR mengarut pula kerana tidak mengguna pakai teknologi, yang sepatutnya dapat membantunya berfungsi dengan lebih baik!

SPR perlu sedar bahawa tindakan sebegini tidak membantunya “menjadi sebuah institusi pengurusan pilihan raya demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat”, seperti yang dinyatakan sebagai visinya.

Jika SPR terus berdiam diri mengenai perkara ini dan banyak penyelewengan pilihan raya lain, Bersih 2.0 hanya boleh membuat kesimpulan daripada tindakannya bahawa ia tidak mahu salahlakunya didedahkan dan sebenarnya berusaha untuk menjejaskan keutuhan daftar pemilih!

Ini tidak lain satu tindakan sabotaj oleh institusi yang menyatakan misinya sebagai “mendukung sistem demokrasi berparlimen dan menjamin hak rakyat untuk memilih wakil mereka dengan mengurus, mengawal selia dan menjalankan pilihan raya secara bebas dan adil”.

Jawatankuasa induk Bersih 2.0


Electoral Commission not helping to clean up electoral roll but making it worse

Bersih 2.0 reiterates our outrage at what we see as a deliberate attempt by the Electoral Commission to shrink this important avenue to fight for a clean electoral roll.

The commission has started displaying the draft supplementary electoral roll for the first quarter of the year (Q1 2017).

This will be the first time that the commission is not giving political parties the soft copy of the drafts; nor would political parties be able to buy the hard copy.

The commission did not give any reason for its decision, merely saying that it suffices for interested parties to view the rolls at the 960 designated places across the country.

Bersih 2.0 disagrees and disputes this as political parties – who have the most at stake in this process – have only 10 days of working hours starting today till 22 May to sift through some 500 pages of one parliamentary constituency with an average of 1,500 names, to make sure that all is in order. And they will need to go through the draft supplementary rolls for all 222 parliamentary constituencies.

The commission must explain why after having given out the drafts in soft copy over the past years it suddenly decided to stop doing so. What has changed detrimentally and for whom? What is the commission worried about? And why now, even an ordinary member of the public cannot get their hands on a copy of the draft?

Particularly damning is that this move by the commission appears to be its response to recent exposés by numerous parties, including Bersih 2.0, of the illegal shifting of voters in the third quarter and fourth quarter of 2016 draft supplementary rolls.

We have also warned that the number of dubious voters will continue to increase in subsequent quarters as we get closer to elections. We have thus warned all interested parties, including ordinary voters, to be vigilant against such phantom voters and to check the draft quarterly rolls for their presence.

As it is, instead of helping to expel phantom voters from the roll, the commission is actually frustrating such checks and even doing the opposite by ‘hiding’ such dubious voters from being detected before the rolls are gazetted for the coming 14th general election.

Bersih 2.0 reiterates our outrage at what we see as a deliberate attempt by the commission to shrink this important avenue to fight for a clean electoral roll.

Such control of information in favour of the ruling party raises the question – is the commission taking orders from its ‘political masters’?

If not, it is being ridiculous by not being in touch with technology, which is supposed to help it work better!

The commission should note that such an action is not what makes “an excellent democratic elections management institution that has the trust of citizens”, according to its stated vision.

If the commission continues to keep silent on this and many other electoral irregularities, Bersih 2.0 can only conclude from its actions that it does not want its wrongdoings to be exposed and is actually working to compromise the electoral roll.

This is no less than an act of sabotage by the very institution whose mission is stated as “upholding the parliamentary democratic system and ensuring the right of citizens to choose their representatives by managing, monitoring and conducting elections freely and fairly”.

Bersih 2.0 steering committee

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments