Pendekatan konsultatif, inklusif ke atas hak pengguna untuk mengetahui

0
18
paint brushes

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menyeru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar mengambil pendekatan yang lebih pragmatik, konsultatif, dan iklusif dalam mempertahankan hak pengguna untuk maklumat pilihan.

Ia juga menyeru agar 2,003 berus cat bernilai RM10,988.94 yang diperbuat dari bulu babi yang dirampas dalam serbuan awal bulan ini dipulangkan.

GBM mengiktiraf hak pengguna untuk maklumat dan hak untuk memilih dalam soal bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan produk termasuk produk yang selain makanan. Ini juga relevan bukan sahaja kepada Muslim yang bimbang dengan babi tetapi juga penganut Hindu berkenaan lembu dan golongan vegan berkenaan haiwan secara amnya.

Walau bagaimanapun, GBM menyeru agar tidak mengambil langkah yang keterlaluan dalam mengejar maklumat dan kebebasan memilih agar tidak menimbulkan kesulitan yang tidak perlu, rasa kurang senang , dan pengasingan.

Walaupun peniaga patut menunjukkan maklumat berkenaan bahan mentah bilamana ia dapat dilakukan, adalah tidak munasabah untuk menghukum peniaga atas kejahilan mereka dengan denda setinggi RM100,000 dan penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Perintah Perihal Dagangan (Barang-Barang Diperbuat Daripada Mana-Mana Bahagian Babi atau Anjing) 2013.

Perlu diakui bahawa produk melibatkan babi digunakan secara meluas dalam kehidupan moden dalam skala yang sukar dibayangkan. Produk-produk yang mungkin mengandungi unsur babi – walaupun hanya sedikit – termasuk penapis rokok, baja, pelembut fabrik, shampu, lilin, serbuk pencuci, kertas, filem fotografik, pensel warna, kasut, peluru, bahan letupan, dan berus selain berus cat.

Oleh itu, penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan 2013 secara ketat akan menyebabkan ramai peniaga – bukan sahaja perniagaan perkakasan tetapi juga dalam bidang pertanian, kelengkapan peribadi, fotografi malahan industri persenjataan – menghadapi masalah perundangan.

Ini sudah pasti akan menyebabkan sesetengah peniaga melabel semua produk yang diragui sebagai “tidak halal” atau “tidak dijual kepada Muslim”, yang mana hanya akan menyebabkan kesulitan kepada pengguna Muslim dan membawa kepada pengasingan mengikut agama dalam perdagangan. Respon seperti ini sudahpun berlaku selepas rampasan berus cat.

GBM kesal dengan langkah terburu-buru yang diambil dalam isu berus cat yang telah menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia dari latar belakang etnik dan agama yang berbeza. Ini juga secara tidak sedar telah menyumbang kepada imej negatif Islam dan Islamisasi kepada sesetengah pihak.

GBM percaya bahawa jika isu ini diketengahkan sebagai isu hak pengguna untuk dimaklumkan dan hak untuk memilih, dan perundingan dijalankan dan bukannya penguatkuasaan, ia akan dapat diselesaikan secara persefahaman.

GBM mengalu-alukan arahan Menteri KPDNK Hamzah Zainuddin untuk menghentikan serbuan berus cat selepas 8 Februari 2017 dan juga menyeru agar barangan yang dirampas dikembalikan. Adalah diharapkan agar langkah pragmatik yang diambil oleh menteri dapat meleraikan kontroversi ini dan hak pengguna untuk dimaklumkan dan memilih dapat diperjuangkan oleh semua pihak.

GBM menyeru pihak berkuasa agar lebih pragmatik, konsultatif, dan inklusif dalam semua perkara berkaitan polisi awam. Sensiviti agama dapat dipertahankan dengan lebih baik apabila semua pihak berkepentingan dibawa bersama untuk perbincangan dan pandangan berbeza dapat dipertimbangkan untuk mengelak dari titik buta.

Disokong oleh pertubuhan-pertubuhan di bawah GBM sperti berikut:

1. Anak Muda Sarawak (AMS)
2. Engage
3. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
4. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
5. LLG Cultural Development Centre (LLG)
6. Merdeka University Berhad (MUB)
7. National Indian Rights Action Team (Niat)
8. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
9. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
10. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu Hua)
11. Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)
12. Pusat KOMAS (Komas)
13. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
14. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
15. Tamil Foundation Malaysia (TF)
16. Tindak Malaysia (TM)
17. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)


Pragmatic, consultative and inclusive approach on consumers’ right to know

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) calls upon the Ministry of Domestic Trade, Cooperative and Consumer Affairs (MDTCCA) for a more pragmatic, consultative and inclusive approach in promoting the consumers’ right to be informed and choices. It also calls for return of the 2,003 paint brushes made from pig bristles worth RM10,988.94 confiscated in the raid early this month.

GBM recognises the legitimate need for consumers’ right to be informed and their right to choose with regard to the raw materials used in producing even non-edible goods. Such a need is relevant to not only Muslims who are concerned over pig parts, but also Hindus over cow parts, and vegans over animal parts in general.

GBM however also cautions against the overzealousness in pursuing such information and freedom to choose to the extent it causes unnecessary inconvenience, ill-will and segregation.

While traders should highlight product raw material information where possible, it is unreasonable to punish them for their ignorance with hefty punishments like fine up to RM100,000 and imprisonment up to three years or both, under the Trade Descriptions (Goods Made from any part of Pig or Dog) Order 2013.

The inconvenient fact is that pig products are used extensively in modern life in unimaginable ways. Products that may cover pig derivatives — often just minutely — include cigarette filters, fertilisers, fabric softeners, shampoo, candles, washing powder, paper, photographic film, crayons, shoes, bullets, explosives and paints, beside paint brushes.

A rigid implementation of the Trade Descriptions Order 2013 may therefore land innocent traders – beyond the hardware business, but also in agriculture, toiletries, photography, even the arms industry – in legal trouble.

This will then inevitably force some traders to just label any products in doubt as “non-halal” or “not sellable to Muslims”, which will only inconvenience Muslim consumers and result in religious segregation in commerce. Such a response is already seen after the raid of brushes.

GBM regrets that such hasty handling of the bristle-brush issue has not only caused disharmony amongst Malaysians of different ethno-religious backgrounds, but also unwittingly contributed to a negative image of Islam and Islamisation for some.

GBM believes that, if the issue had been framed properly as one of the consumers’ right to be informed and to choose, and consultation carried out instead of enforcement, it would have been empathetically resolved.

GBM welcomes the MDTCCA Minister Hamzah Zainuddin’s instruction to stop the paint brush raid after 8 February and calls for the immediate return of the confiscated goods. Hopefully, the minister’s pragmatic approach will bring a good closure to this controversy, and the consumers’ right to be informed and choose will be advanced by all quarters.

GBM urges the authorities to be more pragmatic, consultative and inclusive in all public policy matters. Religious sensitivity is best preserved when all stakeholders are brought together for discussions and diverse views are considered to avoid blind spots.

Endorsed by the following member organisations of GBM:

1. Anak Muda Sarawak (AMS)
2. Engage
3. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
4. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)
5. LLG Cultural Development Centre (LLG)
6. Merdeka University Berhad (MUB)
7. National Indian Rights Action Team (Niat)
8. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
9. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
10. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu Hua)
11. Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)
12. Pusat Komas (Komas)
13. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
14. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
15. Tamil Foundation Malaysia (TF)
16. Tindak Malaysia (TM)
17. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)

(Visited 62 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here