Kes The Star: Akta Hasutan bukan penyelesaian

1
302

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan rasa kecewa diatas tindakan siasatan di bawah Akta Hasutan yang dikenakan keatas akhbar The Star seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, kelmarin.

The Star, sebuah akhbar berbahasa Inggeris, telah menyiarkan dimuka hadapan akhbarnya bertarikh 27 Mei 2017 satu gambar Muslim sedang bertarawih dengan tajuk besar berbunyi “Malaysian terrorist leader”, yang disalah anggap sebagai merujuk kepada gambar tersebut. Ia mencetuskan rasa kurang senang terutamanya dalam kalangan orang Muslim.

Kementerian Dalam Negeri pada 29 Mei 2017 telahpun memanggil empat orang editor The Star ke Putrajaya untuk tujuan siasatan lanjut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. GHAH tidak melihat sebarang keperluan untuk PDRM menjalankan siasatan jenayah ke atas akhbar The Star kerana akhbar tersebut telahpun memohon maaf.

Ini juga adalah merupakan satu terbitan yang tidak sensitif dan tidak wajar. Namun GHAH merasakan bahawa, pihak Kementerian Dalam Negeri tidak perlu untuk menyiasat kes ini dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta tidak menjadikan isu ini sebagai satu isu jenayah di bawah Akta Hasutan.

Akta Hasutan merupakan akta lapuk yang tidak digubal oleh Parlimen kita. GHAH mengulangi tuntutan serta mengingatkan kembali kepada kerajaan terutamanya Perdana Menteri Najib Razak supaya memenuhi janji yang telah dibuat pada 2012 untuk memansuhkan akta drakonian ini.

Mansuh Akta Hasutan sekarang!

Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).

(Visited 357 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Foodin Locke Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Foodin Locke

What a waste of time and waste of thought of pointing fingers… lets move on…. In Ramadhan… is the month patient and respect… no month infighting and bickering…our nation is dieying of compession….lets make everyone gold.. Ehsan the word.