Isu muka depan The Star: Geramm gesa mansuh Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984

0
251

Susulan bantahan terhadap susun atur muka depan akhbar The Star edisi Sabtu (27 May), Gerakan Media Merdeka (Geramm) dengan ini mengulang gesaan agar pihak kerajaan memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Kami mengambil maklum pelbagai pihak telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang digambarkan sebagai cubaan oleh The Star untuk mengaitkan umat Islam dengan tindakan keganasan (terorisme) melalui penggunaan tajuk yang tidak berkaitan dengan gambar utama.

Kami juga mengambil maklum gesaan dari pertubuhan bukan kerajaan serta ahli politik agar pihak Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan The Star, atas alasan penggunaan gambar jemaah solat terawih bersama tajuk “Malaysian Terrorist Leader” boleh menyampaikan mesej yang menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Namun, Geramm tegas dengan pendirian bahawa PPPA adalah akta lapuk yang boleh dan telah disalahgunakan untuk membungkam media.

Penggantungan mana-mana agensi media, walaupun hanya untuk sehari, akan memberi kesan terhadap seluruh operasi dan memangsakan semua pekerja agensi terbabit – sebahagian besar tidak langsung terlibat dalam proses menerbitkan bahan yang didakwa menyinggung sensitiviti.

Dalam situasi semasa, Geramm percaya sudah tiba masanya bagi semua pihak berkepentingan untuk beralih dari menggesa kerajaan mengambil tindakan di bawah undang-undang lapuk, ke arah pembentukan industri media yang “self-regulated” ataupun dikawalselia tanpa campur tangan kerajaan.

Bagi pengamal dan pemilik media, pembentukan satu badan bebas untuk mengawalselia operasi industri media boleh menjadi benteng menghalang pihak ketiga daripada menggunakan insiden berkaitan untuk kepentingan agenda masing-masing – sama ada berunsur politik ataupun lain-lain hal.

Dalam situasi terkini, media telah dipergunakan untuk secara tidak langsung menyerang agensi media yang lain.

READ MORE:  Geramm kecam dakwaan ugut kakitangan THR Raaga

Tanpa niat untuk mengulas dari sudut proses penghasilan muka depan The Star, Geramm sekali lagi menegaskan pendirian kami bahawa PPPA haruslah dimansuhkan dan ancaman tindakan penggantungan permit tidak lagi seharusnya digunakan keatas mana-mana media.

Dengan itu, Geramm turut menggesa semua pihak untuk kekal bertenang dan mengelak daripada membuat kesimpulan secara terburu-buru dalam apa-apa isu, termasuk dalam menghadapi ancaman keganasan.

Geramm (dahulu dikenali sebagai Gerakan Media Marah) adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.

(Visited 249 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of