Deklarasi Hari Pekerja: Laksanakan skim tabung henti kerja sekarang

Skim ini harus dilaksanakan dengan segera sebab jika ekonomi rmerosot, para pekerja akan merana, kata 113 kumpulan sivil dan parti politik.

Pada tahun 2016 sahaja, lebih 30,000 orang pekerja telah diberhentikan kerja dan kini Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan adalah sekitar 50,000 orang. Perkara ini berlaku apabila majikan jatuh bankrap, pindah lokasi atau membuat pengurangan pekerja.

Walaupun jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan semakin meningkat sehingga kini, namun tiada sebarang langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu ini mahupun membela nasib pekerja yang kehilangan pekerjaan. Apabila pekerja kehilangan pekerjaan, pekerja dibiarkan tinggal sehelai sepinggang tanpa sebarang pendapatan/pampasan mahupun ganti rugi.

Dalam keadaan ini, pihak kerajaan pula masih berlengah-lengah untuk melaksanakan tabung pemberhentian pekerja (skim insurans pekerja), dan pihak MEF pula membantahnya dengan mengatakan skim ini akan menaikkan kos operasi syarikat sekaligus akan menyukarkan syarikat-syarikat yang sedang mengalami masalah kerana keadaan ekonomi dunia yang lembab.

Maka namun persoalannya, adakah pihak syarikat sahaja yang susah? Bagaimanakah pula dengan nasib pekerja yang hilang pendapatan? Selama ini pekerja dibayar gaji yang rendah, jadi bagaimana mereka akan menampung sara hidup? Para pekerja perlu menyara keluarganya, membayar bayaran ansuran bulanan untuk rumah, kereta, bayaran tuisyen anak–anak, kos pengangkutan serta banyak lagi.

Adakah kerajaan atau majikan kisah? Tidak! Ini adalah kerana fokus kedua-dua entiti hanyalah keuntungan besar bagi mereka dan kroni mereka sahaja. Malahan, sewaktu ekonomi baik dan berkembang sekalipun, inisiatif tabung pemberhentian kerja ini tidak pernah disokong oleh majikan mahupun MEF.

Namun kalau dilihat di dunia sekeliling kita, lebih kurang 170 negara mengamalkan skim keselamatan sosial dimana pelbagai lapisan masyarakat yang tidak dapat bekerja atau menganggur akan dibantu oleh skim kerajaan manakala 20 negara terutamanya negara–negara Eropah seperti United Kingdom, Jerman, Perancis dan juga negara Asia Pasifik seperti Australia dan New Zealand mempunyai skim yang spesifik untuk membantu pekerja yang hilang kerja untuk teruskan kehidupan mereka sehingga pekerjaan baru diperolehi. Kalau untuk harga minyak negara lain diambil sebagai kayu ukur, kenapa tidak untuk tabung pemberhentian kerja.

Skim tabung bemberhentian kerja ini tidak boleh dilengahkan lagi. Dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil, harga barangan serta perkhidmatan asas yang melambung tinggi tanpa kenaikan gaji dan ditambah pula dengan bebanan cukai GST, maka kepentingan hak rakyat khususnya warga pekerja harus dibela dan dilindungi.

Maka, ini adalah detik penting bagi melaksakanakan tabung pemberhentian kerja demi membela nasib pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan sekarang dan di masa hadapan.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei 2017 yang menjadi lambang kebangkitan kaum pekerja terhadap penindasan, kami pekerja Malaysia menuntut :

Tuntutan-tuntutan

1. Laksanakan tabung pemberhentian pekerja (skim insuran pekerja) dengan serta merta. Tabung ini digunakan untuk membayar pekerja sejumlah wang apabila majikan yang muflis dan gagal membayarpampasan. Bayaran ini akan dibuat mengikut faedah renti kerja yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.

2. Meningkatkan gaji minima ke RM1,500 dan melaksanakan Cola (Cost of Living Allowance) untuk menghadapi kenaikan kos hidup.

3. Batalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menindas dan memiskinkan rakyat.

4. Pilihanraya yang bebas dan adil: Suruhanjaya Pilihanraya mesti bertindak secara bebas, adil dan saksama. Proses persempadanan semula yang merupakan “gerrymandering “ dan tidak adil mesti dihentikan segera.

5. Hak kesatuan sekerja: Hormati semangat keharmonian industri  dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di negara ini.

6. Hak pekerja wanita: Hentikan segala bentuk diskriminasi dan gangguan terhadap wanita di tempat kerja. Kuatkuasakan Konvensyen berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (Cedaw) dan gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif.

7. Hak pekerja migran: Pekerja migran harus diberikan hak yang saksama dan perlindungan  yang mencukupi. Hentikan eksploitasi – keadaan kerja yang tidak selamat, waktu kerja yang panjang, tiada latihan kemahiran, hak kesihatan tidak terjamin serta tiada perwakilan kesatuan sekerja.

8. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas: Air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan asas yang harus disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya.

9. Kebebasan media: Media utama dan alternatif harus diberi kebebasan untuk memberi maklumat sebenar kepada rakyat. Maka, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang menyekat kebebasan ini harus dimansuhkan. Pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyekat kebebasan rakyat bersuara harus dibatalkan.

10. Kawal harga barang: Kawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk harga minyak dan berikan semula subsidi kepada rakyat.

11. Hak pelajar: Mansuhkan AUKU, Akta 174, PTPTN, PTPKN dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik mahasiswa. Berikan pendidikan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian

12. Hak Orang Asli: Iktiraf hak tanah adat Orang Asal di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah rizab Orang Asal/Asli di Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak). Rancangan pembangunan tanah Orang Asal hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asal/Asli.

13. Alam sekitar: Hentikan projek yang memudaratkan kesihatan rakyat Malaysia seperti perlombongan Bauksit, Lynas, insinerator, dan loji nuklear. Gunakan tenaga alternatif yang bersih dan murah.

14. Perumahan selesa: Hentikan pengusiran paksa terhadap masyarakat marhain termasuk peneroka bandar, orang asal dan pekerja ladang. Skim perumahan rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus dilaksanakan.

15. Hak bertani dan jaminan makanan: Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan.

16. Mansuhkan Poca, Pota, Sosma dan Akta Hasutan serta segala undang-undang yang menindas rakyat.

17. Hak bekerja orang kurang upaya (OKU) harus dijamin. Skim pekerjaan yang memberi peluang pekerjaan untuk OKU harus dilaksanakan.

18. Laksanakan jaminan perlindungan sekuriti sosial untuk semua termasuk skim pencen dan kemudahan untuk golongan warga emas

19. Hentikan diskriminasi berasaskan gender dan orientasi seksual. Mansuhkan undang-undang, polisi dan tindakan yang mengakibatkan diskriminasi sedemikian. Gubal Akta Kesamarataan Gender (Gender Equality Act).

20. Hak kanak-kanak: Melindungi dan menunaikan hak kanak-kanak mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak

21. Hak pelarian dan pemohon suaka: Ratifikasi Konvensyen Pelarian 1951 dan iktiraf hak pelarian dan pemohon suaka.

22. Hak samarata untuk semua, tidak kira agama, kaum , jantina, gender, kewarganegaraan dan seksualiti.

Deklarasi ini disokong oleh:

1. Academy of Tamil Studies
2. All Women’s Action Society (Awam)
3. Asian Democratic Youth Network
4. Biro Pekerja Hulu Langat
5. Buku Jalanan
6. Buku Jalanan Bentong
7. Buku Jalanan Ipoh
8. Buku Jalanan Seremban
9. Buku Jalanan Waghih
10. Centre For Independent Journalism
11. Centre of Education , Research and Development (Cedar)
12. Child Development Initiative
13. Coalition of Ethical Hackers Undergraduates (Cehu)
14. Coalition of Malaysian Indian NGOs
15. Community Development Centre (CDC)
16. Councils of Temple Malaysia
17. DAP Socialist Youth (Dapsy)
18. Dapur Jalanan Ipoh
19. Diversity
20. EIEU Northern Region
21. EIEU Southern Region
22. Engineering Students Association of Malaysia (Esam)
23. Five Arts Centre
24. Free Education Movement
25. Free Education Movement (Fema)
26. Freedom
27. Gabungan Alam Sekitar Lahat
28. Gabungan Mahasiswa Tertindas (Gamat)
29. Gabungan Selamatkan Petani and Peternak, Perak
30. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
31. Group of Concerned Citizens
32. Hindraf Johor
33. Ikatan Anak Muda Tawau (Ikat)
34. Imagined Malaysia
35. In Between Cultural
36. Indian Malaysian Active Generation (Image)
37. Institut Kesedaran Rakyat
38. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
39. Jaringan Nelayan Pangkor
40. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan
41. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
42. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Bangi
43. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Dunedin
44. Jawatankuasa Bertindak Bekas Pekerja Ladang Semenyih
45. Jawatankuasa Bertindak Kg. Chubadak Tambahan, Sentul
46. Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Ledang
47. Jawatankuasa Bertindak Penduduk Taman Permata, Dengkil
48. Jawatankuasa Penduduk Kampung Bukit Kuda
49. Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka, Mantin
50. Jawatankuasa Perumahan Tetap – Jinjang Selatan Tambahan, Kuala Lumpur
51. Johor Indian Business Association
52. Johor Semparuthi Tholarghal
53. Justice for sisters
54. Kami Anak Taiping (KAT)
55. Kesatuan Mahasiswa Malaysia
56. Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital- Hospital Semenanjung Malaysia
57. Klang Consumer Association
58. KLSCAH Civil Rights Committee
59. KLSCAH Youth Wing
60. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
61. Komrad Borneo
62. Kuala Lumpur Hindu Youth Organisation
63. Malaysia Tamil Artiste Association
64. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (Dema)
65. Malaysian Dravidian Association
66. Malaysian Indian Historical Association
67. Malaysian Indian Youth Development Foundation
68. Malaysian Trades Union Congress (MTUC)
69. National Human Right Society (Hakam)
70. Nationwide Human Development and Research Centre
71. Neighbourhood Performance Group
72. Nobody 5/11
73. North South Initiatives
74. Parti Amanah Negara (Amanah)
75. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
76. Pelangi – Campaign for Equality and Human Rights Initiative
77. Pemuda Amanah
78. Pemuda Sosialis
79. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
80. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
81. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur (Prihatin)
82. Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia
83. Persatuan Perikemanusiaan
84. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
85. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor
86. Persatuan Tamil Neri Malaysia
87. Persatuan Yayasan Amal Bukit Indah
88. Pertubuhan Perkhidmatan Rakyat (PSO)
89. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
90. Plantation Resource centre (PRC)
91. Pusat Komas
92. Rudra Devi Samaj Malaysia
93. Rumah Attap Library & Collective
94. Sahabat Rakyat (人民之友)
95. SamErata Kolektif and Infoshop
96. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
97. Sekolah Untuk Refugee (Sure)
98. Sekretariat Anak Muda Sabah
99. Sekretariat Pemuda Pakatan Harapan Sabah
100. Selangor Action Team
101. Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Association Youth Section (Hokkien Youth)
102. Selangor & KL Hokkien Association Youth Section
103. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
104. Students Progressive USM
105. Students Progressive UUM
106. Student Unity Front (SUF)
107. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
108. Tenaganita
109. Teori Timur (Kuching Youth Group)
110. Universiti Malaysia Association of New Youth (Umany)
111. Universiti Terbuka Anak Muda
112. World Tamil Federation – Malaysian Chapter
113. Youth 2nd Chance (Y2C)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.