Akta Hasutan: Peguam negara tidak perlu merayu keputusan Mahkamah Rayuan

0
104

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) terkejut dengan keputusan peguam negara untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes akta hasutan Mat Shuhaimi Shafiel vs Kerajaan Malaysia.

Pada bulan November 2016, Mahkamah Rayuan didalam kes Mat Shuhaimi mendapati bahawa Seksyen 3(3) Akta Hasutan, yang menganggap ‘niat’ seseorang tidak relevan dalam kesalahan hasutan, sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah mendapati peruntukan tersebut menjadikan ‘sekatan yang tidak seimbang’ pada kebebasan bersuara dan satu penghinaan kepada kesaksamaan dan perbicaraan yang adil yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan adalah baik, dan membuatkan akta hasutan, yang sudah ketinggalan zaman ini, lebih adil dengan memerlukan pihak pendakwa membuktikan ‘niat’ seperti juga didalam mana-mana kesalahan jenayah yang lain. Ia mengangkat ‘hak’ kesaksamaan yang dijamin didalam perlembagaan.

Mengapa Peguam negara perlu merayu bagi keputusan yang membuat undang-undang yang lebih baik, yang mana menjadikan perbicaraan lebih adil kepada tertuduh kerana ia memerlukan pihak pendakwa membuktikan ‘niat’ seperti yang terdapat dalam semua perbicaraan jenayah?

Oleh itu, kami menyeru peguam negara untuk menarik balik rayuan yang dibuat dalam kes Mat Shuhaimi. Kami seterusnya mengulangi gesaan kami sejak sekian lama agar segala pendakwaan dibawah hasutan digugurkan dan Akta Hasutan dimansuhkan.

(Visited 210 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation:

Persatuan Aliran Kesedaran Negara
Maybank account number: 507246118995.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

Be the First to Comment!

Notify of
avatar
750