Ahli Parlimen digesa untuk hadir dan menolak RUU355 jika dipercepatkan

1
179
Image: Malaysiakini.com

Kami, 67 pertubuhan-pertubuhan masyarakat madani yang berikut, mengingatkan bahawa jika Rang Undang-Undang 355 (RUU355) oleh pengerusi Pas Hadi Awang dipercepatkan dalam agenda perundangan pada hari Khamis dan usulnya diterima, maka rang undang-undang ini akan diambilalih oleh kerajaan seperti yang diisytiharkan oleh Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pada 17 Mac.

Untuk mengelakkan ini, semua ahli parlimen yang membantah mesti hadir dalam persidangan Parlimen sepanjang Khamis, 6 April untuk menewaskan usul yang membawa RUU355 jika ia dipercepatkan sekali lagi oleh menteri Umno seperti yang telah berlaku pada 26 Mei dan 24 November tahun lepas.

Rakyat dan ahli Parlimen harus mengambil perhatian bahawa RUU355 masih berpeluang menjadi realiti sungguhpun kerajaan BN telah mematahkan rancangan sebelumnya untuk membentangkan RUU355 sebagai rang undang-undang kerajaan. BN mungkin sekali lagi akan mempercepatkan usul Hadi dan membenarkan ahli Parlimen mereka untuk mengundi secara bebas.

Jika ramai ahli parlimen yang membantah rang undang-undang ini telah pulang rumah awal, maka rang undang-undang ini boleh jadi diluluskan seperti yang diisytiharkan oleh Zahid. Ketetapan BN yang berubah minggu lepas boleh jadi sekali lagi diubah.

Oleh kerana ini merupakan rang undang-undang biasa, ia hanya memerlukan majoriti biasa untuk diluluskan. Dengan lain kata, jika hanya 60 ahli parlimen berada dalam Parlimen apabila rang ini dibentangkan untuk diundi, ia boleh diluluskan dengan majoriti undi 31-29.

Maka, tak kira apa pandangannya secara terbuka, mana-mana ahli Parlimen yang tidak hadir apabila undi dibuang untuk menentukan nasib usul RUU355 harus dilihat sebagai menyokong rang undang-undang ini secara senyap.

Jika rang undang-undang ini diluluskan dan menjadi rang undang-undang kerajaan, semua ahli Parlimen yang ponteng mesti mengambil tanggungjawab seperti mana-mana ahli Parlimen yang menyokong RUU355.

READ MORE:  Can a holy man lie? Apparently Hadi can!

Oleh itu, walaupun jika ahli Parlimen telah beli tiket penerbangan untuk pulang awal, mereka mestilah kekal di sana sehingga tamatnya sesi Parlimen. Ia adalah tugas mereka untuk membuat undang-undang dan bukan untuk mencari alasan untuk mengabaikan kewajipan perlembagaan mereka.

Jika rang undang-undang ini diluluskan begitu saja, Akta Makhamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) akan dipinda dan makhamah Syariah akan diberikan kuasa untuk menjatuhkan hukuman maksimumnya iaitu hukuman penjara selama 30 tahun, denda sehingga RM100, 000 dan sebatan 100 kali.

Ini bermakna kesalahan peribadi melanggar rukun agama boleh membawa kepada hukuman yang lebih keras berbanding dengan rompakan, yang cuma boleh dihukum dengan 14 tahun penjara dan denda atau sebatan.

Tiga hukuman hudud sudah termaktub dalam undang-undang jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu yakni 100 sebatan rotan jika didapati berzina; 80 sebatan rotan untuk membuat tuduhan tidak berasas untuk zina dan liwat (qzaf); dan 40 – 80 sebatan rotan segera jika didapati meminum arak (syurb).

Semua Muslim termasuk yang berasal dan menetap di Malaysia Timur akan tertakluk kepada hukuman sebegini jika dituduh melakukan kesalahan di Kelantan dan Terengganu.

Malaysia telah dibentuk pada 1963 sebagai sebuah persekutuan sekular. Perkembangan pemerintahan Syariah menimbulkan soalan-soalan moral pembentukan Malaysia dan juga akan menanam benih perpecahan nasional.

Demi Malaysia, kami menyeru semua ahli parlimen untuk hadir dan undi menentang rang undang-undang Hadi jika ia dipercepatkan.

1. Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
2. Alumni Association of National Taiwan University, Malaysia
3. Anak Muda Sarawak (AMS)
4. Baramkini
5. Bebas
6. Borneo’s Plight in Malaysia foundation (Bopim)
7. Borneo Resources Institute (Brimas)
8. Diversity
9. Engage
10. G25
11. Greenfriends Sabah (GF-Sabah)
12. Centre For Malaysian Chinese Studies(CMCS)
13. Friends of  Kota Damansara
14. In Between Cultura
15. Japan Graduates Association,Malaysia (Jagam)
16. Jaringan Tanah Hak Adat Bangsa Asal Sarawak (Tahabas)
17. Jihad for Justice
18. Lawyer Kamek for Change (LK4C) [Sarawak]
19. LLG Cultural Development Centre
20. The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (Faatum)
21. The Federation of Chinese Associations Malaysia Women Division
22. The Federation of Heng Ann Association
23. The Federation of Hokkien Associations of Malaysia
24. The Federation of Malaysia Eng Choon Associations
25. The Federation of Malaysia Lim Associations
26. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
27. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
28. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
29. Komuniti Muslim Universal (KMU)
30. Malaysia Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hindu, Sikh and Tao (MCCBCHST)
31. Malaysian Tamil Writer’s Association
32. National Human Rights Society (Hakam)
33. National Indian Rights Action Team (Niat)
34. National Changhua University of Education (Taiwan) Alumni Association Malaysia
35. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
36. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
37. Partners of Community Organisations Sabah (Pacos)
38. Pelangi – Campaign for Equality and Human Rights Initiative
39. Peoples Service Organisation
40. Perak Women for Women Society (PWW)
41. Persatuan Alumni Taiwan Selangor dan Wilayah Persekutuan
42. Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malayia (LiuHua)
43. Persatuan Anxi Selangor dan WP Kuala Lumpur
44. Persatuan Keluarga Ng Teng Chin Malaysia
45. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
46. Persatuan Kwang Tung Rawang
47. Persatuan Kwang Tung Selangor dan Kuala Lumpur
48. Persatuan Wu Malaysia (KL dan Selangor)
49. Pertubuhan Pembangunan Kebajikan Dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED)
50. PLUSOS
51. Projek Dialog
52. Pusat Komas
53. Sabah Environmental Protection Association (Sepa)
54. Sabah Women’s Action (Sawo)
55. Sahabat Rakyat
56. Save Rivers
57. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
58. Selangor & KL Hokkien Association
59. Sisters in Islam (SIS)
60. Society for the Promotion of Human Rights (Proham)
61. Suara Rakyat Malaysia (Saaram)
62. Tenaganita
63. Tindak Malaysia
64. United Chinese Schools Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
65. United Chinese School Teachers’ Association of Malaysia (UCSTAM)
66. We are Malaysians
67. Women’s Aid Organisation (WAO)

(Visited 236 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Siew Yean Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Siew Yean

A man without integrity …