Masyarakat sivil: Wartakan tanah adat Orang Asli di Kelantan

Will they be able to share in the prosperity? - Photograph: Bernama pic/Malay Mail

Kami, kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan NGO yang menandatangani memorandum ini, ingin membawa isu tanah adat Orang Asli ke perhatian kerajaan negeri Kelantan.

Isu perampasan tanah adat Orang Asli melalui penerokaan tanah oleh syarikat pertanian dan konsesi pembalakan telah lama berlangsung dan kini telah mencapai suatu tahap yang kritikal.

Pembalakan berskala besar sedang memusnahkan ekonomi tradisi Orang Asli – produk hutan dimusnah, binatang buruan dihalau dari kawasan, air sungai dicemari dengan lumpuh dan ikan sungai amat berkurangan.

Walaupun pelbagai aduan dibuat kepada pejabat daerah dan Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi tiada tindakan yang menghentikan pencerobohan tanah adat ini sehingga kini.

Kami juga telah diberitahu oleh Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) bahawa JKOAK pernah menyerah memorandum kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah pada 23 Julai 2014 dan beliau telah berjanji menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat aduan dan permohonan masyarakat Orang Asli negeri Kelantan.

Tetapi sampai sekarang tiada sebarang maklum balas berkaitan jawatankuasa ini. Sehingga sekarang pihak JKOAK belum dijemput untuk khidmat dalam jawatankuasa tersebut.

Pemberian tanah yang amat berhampiran dengan kampung-kampung Orang Asli sedang berterusan.

Umpamanya, di beberapa kampung di Lojing, Daerah Gua Musang, projek pertanian komersial sedang dijalankan 50 meter dari rumah-rumah Orang Asli. Sesetengah projek ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan negeri Kelantan sendiri seperti Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin) dan Tabung Amanah Tok Kenali (Tatok).

Pandangan masyarakat Orang Asli tidak diambilkira sebelum sesuatu projek pertanian komersial ataupun konsesi pembalakan diluluskan berhampiran dengan kampung-kampung mereka.

Setelah usaha rasmi gagal menghentikan pencerobohan ini, maka penduduk daripada 33 buah kampung Orang Asli di kawasan Pos Gob/Pos Simpor, Gua Musang telah memulakan suatu “bloked” (sekatan jalan) mulai 28 September yang lalu terhadap lori-lori kayu balak kepunyaan dua syarikat balak yang dianugerah lesen pembalakan di kawasan itu.

READ MORE:  Indigenous rights: Morni's story

Kami difahamkan bahawa masyarakat Orang Asli telah mengambil tindakan ini kerana tiada perkembangan terhadap permohonan mereka untuk menggazetkan tanah adat mereka.

Kami dapat tahu melalui surat khabar tempatan bahawa:

  • pada 28 September 2016 (iaitu hari pertama bloked), tiga orang anggota polis daripada Ibupejabat Polis Daerah Gua Musang telah mengiringi pihak pembalak ke lokasi bloked dan telah mengugut dan menangkap tiga orang pemimpin Orang Asli.
  • pada 3 Oktober 2016, kerajaan Negeri telah bertindak untuk menghentikan pembalakan di kawasan Pos Tohoi/Pos Simpor buat sementara waktu. Keputusan ini telah disampaikan melalui pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Zahari Ibrahim.
  • pada 11 Oktober 2016, Zahari telah mengarahkan untuk memulakan bloked JPNK demi menyekat kemasukan orang luar ke kawasan bloked Orang Asli.
  • selepas itu, kerajaan negeri Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa aksi Orang Asli Pos Tohoi/Pos Simpor adalah hasil hasutan oleh pihak-pihak luar dan permohonan masyarakat Orang Asli adalah tidak munasabah kerana memohon kawasan yang terlalu luas.

Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk menghormati tuntutan tanah adat Orang Asli dan juga cara hidup mereka kerana Fasal 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kerajaan boleh menggubal undang-undang untuk “perlindungan, kesentosaan dan kemajuan” Orang Asli, termasuk merizabkan tanah.

Ini seharusnya difahami bahawa kerajaan negeri dan persekutuan di Semenanjung Malaysia mempunyai tanggungjawab fidusiari/amanah untuk memastikan hak-hak Orang Asli, terutama berkaitan tanah adat, diberi perhatian sewajarnya.

Tambahannya pul, Fasal 26 Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa Orang Asli/Asal mempunyai hak ke atas tanah, wilayah dan sumber yang dimiliki atau diduduki atau yang digunakan atau diperolehi oleh mereka secara tradisional.

READ MORE:  Reflecting on crisis narratives in forests: Anthropological perspectives

Artikel ini juga menyatakan bahawa kerajaan harus memberi pengiktirafan dan pelindungan undang-undang ke atas tanah, wilayah dan sumber tersebut dengan memberi penghormatan sewajarnya ke atas adat resam, tradisi dan sistem pemegangan tanah Orang Asli/Asal yang berkenaan.

Justeru, kumpulan-kumpulan yang tandatangani memorandum ini ingin mengesyorkan supaya:

  1. lesen pembalakan untuk kawasan Pos Gob/Pos Simpor dibatalkan;
  2. bloked yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan diberhentikan.
  3. Rundingan segera diadakan dengan masyarakat Orang Asli di kawasan bloked untuk mencari satu penyelesaian yang adil. Menjemput Jaringan Orang Asli Kelantan menyertai proses perundingan ini.
  4. Satu polisi mesra rakyat digubal supaya kawasan tanah adat dapat diwartakan untuk tiap kampung Orang Asli di Kelantan.

10 November 2016

Memorandum ini disokong oleh ;

1. Parti Sosialis Malaysia
2. Community Development Centre
3. Jaringan Rakyat Tertindas , JERIT
4. Pemuda PSM
5. Aliran
dan 23 NGO yang lain.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Thuraisingham Shan
17 Dec 2016 12.53am

Hantar lah suatu nemo Rm Billion tidak di ambil kira dalam system Kooerasi dan Rm 650 juta di paksa pindah ke Suruhanjaya Koperasi yang haram