Universiti harus rai mahasiswa yang kritikal, bukan mengintimidasi mereka

1
Students partipating in a #TangkapMO1 protest rally - Photograph: @PutraREFORMASI

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) difahamkan pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada empat orang mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan #TangkapMO1 pada bulan Ogos yang lalu.

Suaram melahirkan kekecewaan di atas perkara ini. Hak untuk berhimpun secara aman adalah merupakan hak fundamental kepada seluruh rakyat Malaysia selaras dengan semangat yang terdapat di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Hak ini juga dijamin di dalam Artikel 20 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Surat tersebut yang diserahkan kepada Anis Syafiqah, Luqman Hakim, Luqman Nulhakim dan Suhail Wan Azahar menyatakan tindakan mereka menyertai perhimpunan tersebut sebagai “merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik Universiti”.

Sekatan-sekatan sebegini hanya akan merencatkan daya fikir mahasiswa yang seharusnya diberikan seluas-luasnya ruang untuk berfikir, dan mengekspresikan pendapat mereka. Pihak universiti seharusnya berbangga kerana memiliki mahasiswa yang kritikal dan peduli dengan isu semasa Negara. Isu korupsi dan salah guna kuasa adalah penyakit yang semakin membarah di dalam negara ini yang telah secara jelas merosakkan ekonomi dan urus tadbir negara.

Tindakan universiti ini seolah-olah merupakan cubaan untuk menakutkan mahasiswa dari terus bersuara dan menyatakan pendapat, serta dilihat sebagai satu penghinaan terhadap daya fikir mahasiswa. Pihak universiti harus berhenti melayan mahasiswa seperti pelajar tadika, dan berhenti dari me’robot’kan mahasiswa. Universiti bukan hanya tempat untuk melahirkan ‘tenaga kerja’, tetapi juga tempat lahir bakal pemimpin masa hadapan Negara.

Suaram memberikan sokongan penuh kepada keempat-empat mahasiswa ini dan berharap akan ada lebih ramai lagi mahasiswa yang tampil kehadapan. Selagi mana ia tidak melibatkan kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda awam, selagi itu ruang harus diberikan kepada mereka untuk terus bersuara. Kebebasan akademik juga dijamin melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Sebagai tanda solidariti, Suaram bersedia untuk memberikan khidmat bantuan guaman kepada keempat-empat mereka, sekiranya perkara ini dibawa ke mahkamah kelak.

Salut buat mahasiswa!

Sevan Doraisamy adalah pengarah eksekutif Suaram.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
KAMARUDDIN M YUSOFF
5 Nov 2016 11.30pm

Mahasiswa kritikal adalah BAKAL PEMIMPIN berwibawa, justeru perlu diberikan KEBEBASAN bersuara dan bertindak seperlunya,,,