SPR mesti mengamalkan tahap akauntabiliti yang tinggi dalam pilihan raya

1
Source: freemalaysiatoday.com

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan penting untuk mengambil tindakan terhadap rasuah dan perbelanjaan kempen, ujar Bersih 2.0.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengambil maklum pilihan raya kecil yang berlangsung di P67 Kuala Kangsar dan P93 Sungai Besar. Memandangkan keadaan politik yang kurang menentu, adalah penting untuk pilihan raya kecil tersebut dijalankan dengan bebas dan adil.

Walau bagaimanapun, integriti proses pilihan raya masih amat diragui, ekoran pengalaman pilihan raya negeri Sarawak pada bulan lalu. Berdasarkan pemantauan Pilihan raya yang telah dijalankan, Bersih 2.0 telah mengetengahkan tujuh kategori kesalahan pilihan raya yang berulang kali berlaku semasa pilihan raya negeri Sarawak.

Kesalahan-kesalahan tersebut termasuklah: rasuah, perbelanjaan kempen berlebihan, ugutan, penjamuan, berkempen pada hari mengundi, mengangkut pengundi, dan menggunakan aset dan sumber kerajaan.

Bersih 2.0 juga menolak tindakan menawarkan projek pembangunan, wang, atau ugutan yang bertujuan mempengaruhi dah meraih sokongan pengundi. Dorongan dan ugutan sedemikian adalah tidak wajar, tidak adil, dan harus dihentikan.

Peranan SPR bukanlah terhad kepada pengendalian aturcara pilihan raya. SPR harus meningkatkan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya bebas dan adil. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memainkan peranan penting untuk mengambil tindakan terhadap rasuah dan perbelanjaan kempen.

Bersih 2.0 dan rakyat Malaysia menyeru dan menuntut supaya SPR, SPRM, parti-parti politik dan calon-calon mengamalkan tahap tatalaku yang tinggi semasa pilihan raya kecil.

Bersih 2.0 menuntut:

(1) SPR, calon-calon, parti-parti politik, dan pemimpin-pemimpin mematuhi ‘Kod Etika Penglibatan dalam Pilihan Raya’ dan ‘Garis Panduan Kerajaan Sementara’ Bersih semasa tempoh berkempen dan hari mengundi. Ini membolehkan pengundi mendapatkan informasi yang diperlukan untuk membuat pilihan yang bermaklum.

READ MORE:  Azhar's departure a lost opportunity for electoral reform

(2) SPR menjalankan tanggungjawab dengan tegas, adil, dan tidak berat sebelah. Ini termasuk mengambil tindakan terhadap parti ataupun calon yang melanggar undang-undang pilihan raya.

(3) SPRM menjalankan tanggungjawab memantau gejala rasuah dan perbelanjaan kempen semasa pilihan raya kecil.

Bersih 2.0 akan menggerakkan pemantau untuk memantau proses pilihan raya dan pihak-pihak yang terlibat seperti parti politik, calon, dan SPR. Orang awam boleh menghubungi hotline Bersih jika mempunyai informasi tentang kesalahan pilihan raya semasa pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH2.0


Election Commission must adopt higher standards of accountability and responsibility in elections

The Coalition for Free and Fair Elections (Bersih 2.0) notes the significance of the by-elections in P67 Kuala Kangsar and P93 Sungai Besar. Given the political uncertainty facing our nation, it is urgent that the by-elections are conducted in a free and fair manner.

However, there are severe concerns on the integrity of the electoral process in view of what has happened during the Sarawak state election last month. Based on our monitoring, Bersih 2.0 has previously highlighted seven categories of election offences that were repeatedly observed and reported during the Sarawak state elections.

These include: bribery, unauthorised expenses during the campaign period, intimidation, treating, campaigning on polling day, ferrying of voters to polling station, and use of government machinery.

Bersih 2.0 also strongly opposes any offers of development projects, monies, financial gains, offers and threats that are tied to or implied as return for support of any particular parties. Such undue influences, briberies, and threats have to stop.

READ MORE:  New Election Commission chair should inspire public confidence and continue with electoral reforms

The role of Election Commission is not only limited to the facilitation of voting process. It must adopt higher standards of responsibility to ensure elections are free and fair given the weaknesses in the electoral system. The Malaysian Anti-Corruption Commission, on the other hand, has absolved itself from taking cognisance of the excessive political financing and bribery at elections.

BERSIH 2.0 and the people of Malaysia expect and demand for higher standards to be set by the Election Commission, MACC, as well as the political parties and candidates.

Bersih 2.0’s demands:

(1) Bersih 2.0’s Code of Conduct to be adhered to. The Election Commission, candidates, political leaders and political parties to abide by Bersih’s Code of Conduct and the Caretaker Government Guidelines during the campaign period and polling day. We believe that voters have a right to make an informed choice at the ballot box, and this is an effort to ensure that voters have the information they need.

(2) EC to carry out its statutory responsibilities stringently, impartially and without fear or favour. This includes taking actions on candidates or parties, regardless of their political affiliations, that break election laws.

(3) The MACC must take full responsibility and monitor bribery and excessive electoral financing at the two by-elections.

Bersih 2.0 will mobilise independent observers (Pemantau) to monitor the conduct of the political parties and Election Commission. Members of the public can contact our hotline if they observe any electoral misconduct during the by-elections.

Steering committee of Bersih 2.0

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
John Foo Sxhong
20 Jun 2016 4.53pm

Mana boleh macam ini ….kuasa melayu mesti jaga