Sertai Bersih 5, sokong reformasi institusi, ujar 45 NGO

0
203
Image: Bersih.org

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) serta badan-badan masyarakat madani yang berikut menyeru semua rakyat Malaysia, tidak kira agama dan bangsa, untuk menyertai perhimpuan Bersih 5 pada 19 November…

… dan sokong lima tuntutan perhimpuan tersebut untuk pilihanraya yang bersih, kerajaan yang bersih, mengukuhkan demoraksi berparlimen, hak membantah dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

Tiada lagi masa yang lebih mendesak berbanding sekarang unutk semua rakyat Malaysia untuk membuat pendirian yang jelas bahawa orang ramai menolak secara bulat:

  • korupsi besar-besaran yang berleluasa seperti skandal 1MDB,
  • kekerasan kerajaan untuk menutup korupsi dan mewujudkan perasaan takut dalam rakyat;
  • manipulasi system pilihanraya untuk kekal berkuasa tanpa keinginan rakyat; dan
  • peningkatan kesusahan ekonomi rakyat yang disebabkan oleh kesalahgunaan kuasa, korupsi besar-besaran dan salah-urus sumber negara.

Rakyat Malaysia harus menghantar pesanan yang jelas kepada kerajaan bahawa kita semua tegas menuntut:

  • reformasi institusi dalam negara yang menyeluruh, termasuk pemansuhan undang-undang yang menindas,
  • penubuhan semula institusi bebas,
  • pilihanraya yang bebas dan adil untuk diperkenalkan semula dan
  • paling penting, mekanisma semak dan seimbang dalam ketiga-tiga cawangan kuasa dikembalikan.

GBM dan masyarakat madani percaya bahawa tanpa melalui reformasi institusi yang tulen, masa depan Malaysia akan berada dalam keadaan bahaya.

Kami mendesak kerajaan untuk menghormati hak rakyat untuk perhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengizinkan perhimpunan Bersih 5 diadakan seperti yang dirancangkan.

Kami juga menggesa ketua polis dan angkatan polisnya untuk bertindak mengikut Perlembagaan dan menjalankan tugas mereka dengan saksama dan profesional. Peranan polis adalah untuk menyenangkan penggunaan hak asasi rakyat dengan cara yang aman seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan bukan mencabuli hak dengan menyekat perhimpunan.

Kami juga ingin mengingatkan Jamal Md Yunus dan penyokong berbaju merah beliau bahawa walaupun mereka mempunyai hak untuk mengadakan perhimpunan mereka, mereka mestilah merancang bantahan mereka dengan cara yang aman. Mereka tiada hak menghalang perhimpunan orang lain, apa lagi mengambil tindakan ganas.

Kami menyeru polis untuk bertindak dengan profesional dan mengambil langkah yang segera dan tegas terhadap kumpulan berbaju merah yang melakukan tindakan ganas.

Ini adalah masa untuk semua rakyat Malaysia untuk menolak secara tegas permainan sentimen agama dan bangsa yang diketuai oleh Jamal Md Yunus dan penyokong-penyokong berbaju merah yang seolah-olahnya menerima kerestuan daripada pihak berkuasa untuk memesong perhatian orang ramai daripada korupsi besar-besaran dan kesalahgunaan kuasa yang melampau tanpa memperdulikan bahawa tindakan mereka akan memecah-belahkan negara ini.

Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang menyayangi keamanan dari semua bangsa untuk bersama menyertai perhimpunan Bersih 5 dan menolak secara tegas ugutan dan keganasan oleh kumpulan berbaju merah. Masa depan negara sebagai negara yang berdemokrasi, progresif dan makmur tidak boleh diperas-ugut oleh Jamal Md Yunus, penyokong-penyokong berbaju merah dan ketua politiknya di sebalik takbir.

Semua rakyat Malaysia mestilah menuntut kembali negara kita daripada mereka yang korup dan salahguna kuasa dengan berani. Jalan ini bukanlah jalan yang senang tetapi ia sahajalah jalan yang ada. Jumpa anda di Perhimpunan Bersih 5.

Senarai badan-badan pertubuhan ahli Gabungan Bertindak Malaysia:

1. All Women’s Action Society (Awam)
2. Anak Muda Sarawak (AMS)
3. Engage
4. Islamic Renaissance Front (IRF)
5. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
6. LLG Cultural Development Centre (LLG)
7. Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
8. Muslim Professionals Forum (MPF)
9. National Indian Rights Action Team (Niat)
10. Pacos Trust
11. Persatuan Masyarakat Sel dan Wilayah Persekutuan (Permas)
12. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
13. Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram)
14. Pusat Komas (Komas)
15. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
16. Suaram Malaysia
17. Tindak Malaysia (TM)

Senarai badan-badan masyarakat madani lain:

1. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAman)
2. Baramkini
3. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
4. Greenfriends Sabah
5. Hakam
6. Institut Kajian Dasar
7. Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)
8. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
9. Jawantankuasa Bertindak KL Tak Nak Insinerator
10. Jihad for Justice
11. Malaysian Indians Progressive Association (Mipas)
12. Malaysian Indians Transformation Action Team (Mitra)
13. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
14. Malaysia Youth & Students Democratic Movement (Dema)
15. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
16. One Race – Human Race
17. Perak Women for Women Society (PWW)
18. Persatuan Rapat Malaysia (Rapat)
19. Projek Dialog
20. Sabah Women’s Action Resource Group (Sawo)
21. Sisters in Islam (Sis)
22. Student Progressive Front USM
23. Student Progressive Front UUM
24. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
25. The Society for the Promotion of Human Rights (Proham)
26. We Are Malaysians
27. Women’s Aid Organisation (WAO)
28. Women Center for Change (WCC)

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments