Lagi siasatan Akta Hasutan ke atas Zunar: Ghah akan lancar kempen besar-besaran

0
189
Zunar with Kofi Anan in Geneva

Gerakan Hapus Akta Hasutan (Ghah) kesal dengan tindakan polis, yang menahan dan menyiasat Zulkiflee Anwar Ul Haque atau dikenali sebagai Zunar dibawah Akta Hasutan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, hanya kerana sebuah pameran kartun pada 26 November 2016.

Zunar diserang oleh sekumpulan samseng semasa pameran kartun beliau di Komtar. Mereka bertindak ganas merosakkan pameran, baju Zunar ditarik, dan Zunar cuba untuk dikasari. Beliau malah mendakwa telahpun ditumbuk.

Adalah memalukan, apabila mereka yang bertindak ganas tidak ditahan dan dibiarkan, tetapi Zunar, yang memberikan kerjasama penuh, disiasat dibawah Akta Hasutan dan direman selama sehari.

Penahanan ini menunjukkan bahawa kerajaan berada dalam keadaan terdesak, sehinggakan secara terus menerus mengintimidasi rakyat, dengan menggunakan akta zalim yang sudah tidak relevan ini.

Pindaan yang telah dibuat kepada Akta Hasutan pada 10 April 2015 telah pun memotong keluar perenggan 3(1)(c), menjadikan kritikan terhadap kerajaan bukan lagi satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Kerja atau usaha menahan aktivis- aktivis hak asasi ini hanya akan melemahkan sistem demokrasi parlimen negara.

Zunar adalah merupakan seorang pelukis, yang mendapat pengiktirafan dunia. Amat malang apabila pemenang Anugerah Kartunis Keamanan Sedunia ini diperlakukan sedemikian. Beliau juga adalah seorang pejuang hak demokrasi yang harus dihormati kerana memainkan tanggungjawab yang besar dalam membantu ke arah proses demokrasi yang matang.

Ghah mengambil serius perkara ini, dan melihat ini sebagai signal bahawa kerajaan akan terus menggunakan akta zalim ini bagi menyekat kebebasan bersuara, walaupun pernah berjanji untuk menghapuskan akta ini pada 2012.

Bermula Disember ini, Ghah akan melancarkan kempen besar-besaran bagi mendesak kerajaan berhenti menggunakan Akta Hasutan dan memansuhkan segera akta zalim ini.

READ MORE:  Stop probe into Fadiah Nadwa's alleged rally participation

Mansuh Akta Hasutan segera!

Amir Abd Hadi ialah penyelaras Gerakan Hapus Akta Hasutan (Ghah)

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments